sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label OTHMAN AZIZ. Show all posts
Showing posts with label OTHMAN AZIZ. Show all posts

Monday, 18 July 2016

Panas !! Akibat Tikam Belakang Mukhriz , Man Aziz & Abu Hasan Ditolak Ahli Umno Jerlun


Baru-baru ni Othman Aziz yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kerana membantu beliau menjatuhkan Mukhriz di Jerlun dan Kedah telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengaruh Mukhriz tidak gugat Umno Jerlun yang baru dirampas beliau dan Abu Hasan.

Nanti aku ceritakan bagaimana Mukhriz membantu Othman Aziz yang hampir berkubur politik dia selepas kalah pru12 dulu dan cerita sebuah syarkat berpengkalan di Penang. 

La ni aku nak kongsikan cerita pasal program terbaru yang Abu Hassan (Pemangku Ketua Bahagian Jerlun)  dan Othman Aziz anjurkan selepas mereka merampas Umno Jerlun dari Mukhriz. 


Surat jemputan kepada semua Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan Jerlun. 

Kalau diikutkan pastinya ramai yang akan hadir seperti kenyataan Othman Aziz di berita harian baru-baru ni yang sokongan ahli umno Jerlun kepada kepimpinan baru (kroni najib ) diterima semua. 



Nah ramai sungguh yang hadir , daripada 404 orang yang di jemput hanya 50 orang lebih saja yang hadir .. kalau difikirkan secara logik takkan dari 404 tu hanya 50 org lebih ja hadir ? Yang lain pi mana ? Othman Aziz Timbalan Menteri Kewangan kot !!! Asyuk tu !! 

Aku kongsikan cerita yang ditulis oleh mak yan di facebook beliau untuk hampa buat renungan ..

Tuesday, 23 April 2013

VIDEO PANAS !!! PENYOKONG HIJAU KUNING BAKAL DAPAT BERITA BAIK PUNYA !!! TUDIAA #TukarKedah #JelapangPadi #PRU13 3GE13


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Jerlun, Datuk Othma Aziz berkata kegemilangan pasukan bola sepak Kedah boleh dikembalikan sekiranya BN berjaya memerintah semula Kedah.


Bekas pengurus pasukan Kedah berkata, antara faktor yang menyebakan skuad Kenari berprestasi hambar ketika ini dan terpaksa bermain di Liga Perdana ialah kerana tidak mendapat sokongan dan perhatian sewajar kerajaan negeri pimpinan PAS, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

Kedah pernah gah dengan menjulang tiga piala Liga Malaysia dua musim berturut-turut pada 2006/2007 dan 2007/2008.


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ketika ini.

Othman berkata, usaha membangunkan bidang sukan negeri memerlukan sokongan kuat semua pihak khususnya pemimpin atasan.

“Hanya BN yang faham mengenai bola sepak. Saya harap peminat beri keyakinan kepada BN dan BN berjanji akan bangunkan semula Kedah sebagai pasukan yang dihormati,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA



BIAR JASA JADI KENANGAN HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...