sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PILIHANRAYA. Show all posts
Showing posts with label PILIHANRAYA. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

HOT NEWS !!! PASUKAN TERBAIK UNTUK MENCIPTA TRANFORMASI BARU UNTUK MALAYSIA #PRU13 #GE13 #BNBagus


KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah selesai membuat persiapan terakhir untuk menerajui perjuangan menentang pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), manakala Barisan Nasional (BN) pula kini bersiap sedia untuk menurunkan mereka yang cukup berpengalaman serta muka baharu yang penuh bertenaga sebagai calonnya.

BN akan menampilkan muka baharu yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah calonnya untuk bertanding di kerusi parlimen dan hampir separuh daripada jumlah calon untuk kerusi negeri, dengan kebanyakan mereka diletakkan di negeri dikuasai pembangkang sebelum ini.

Tidak akan berlaku pertukaran pada saat-saat akhir, kata Najib, yang pertama kali menerajui BN untuk menghadapi pilihan raya umum sebagai perdana menteri, selepas beliau menyerahkan dokumen pencalonan dan aku janji parti gabungan itu kepada para pemimpin parti komponen dan pengerusi perhubungan negeri BN di sini Isnin.

Ditanya tidakkah beliau bimbang untuk menghadapi kesan daripada kekecewaan yang mungkin dirasai mereka yang tidak terpilih sebagai calon, Najib berkata: "Saya lebih bimbang tentang kekecewaan rakyat."

Spekulasi tentang perang besar yang akan berlaku di Gelang Patah, Johor antara Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang, kini menjadi bertambah sahih apabila kawasan parlimen itu tidak terdapat dalam senarai calon yang dikeluarkan MCA hari ini.

Gelang Patah dimenangi MCA pada PRU 2008 dan parti itu dilaporkan merancang untuk meletakkan ketua bahagiannya Jason Teoh bertanding di kawasan berkenaan berikutan perkembangan yang berlaku selepas Lim mengumumkan keputusannya untuk bertanding bagi kerusi majoriti kaum Cina itu.

MCA dan Gerakan merupakan parti komponen BN paling awal mengumumkan senarai penuh calon masing-masing, manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) pula menamakan empat daripada calonnya.

Esok, Umno, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dijangka mengumumkan calon mereka.

Kali ini, MCA akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri, berbanding 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri pada PRU lepas. Selain Gelang Patah, parti itu juga tidak meletakkan calonnya bagi kerusi parlimen Kuantan dan Wangsa Maju.

Bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Pandan di sini, manakala dua naib presidennya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga ketua Wanita MCA, dan Gan Ping Sieu, juga tidak disenaraikan sebagai calon.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang terlibat dalam pemilihan parti menentang dua presiden sebelum beliau, Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting, untuk merebut jawatan presiden pada 2010, tidak akan bertanding, seperti yang beliau umumkan awal-awal lagi.

Kerusi parlimen Pandan kali ini akan ditandingi penasihat undang-undang MCA bahagian itu Garry Lim.

Presiden PPP Datuk Seri M. Kayveas muncul sebagai presiden parti komponen BN terbaru dan keempat yang tidak akan bertanding. Kayveas, yang menang kerusi parlimen Taiping pada 2004, tetapi kalah pada 2008, tidak tersenarai sebagai calon parti itu kali ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui merupakan dua lagi pemimpin yang sejak awal lagi mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjadi calon.

Gerakan diperuntukkan 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi negeri, kurang satu kerusi parlimen berbanding pada 2008. Parti ini mengalami kecederaan teruk apabila ia hanya menang dua kerusi parlimen dan lima kerusi negeri pada PRU lepas. Bagaimanapun, hasrat parti ini untuk kembali bertanding di Taiping, tercapai.

Naib presiden dan ketua wanitanya Datuk Tan Lian Hoe, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum ini, akan bertanding di kawasan situ - kali ketiga beliau bertanding bagi kerusi parlimen selepas mencatat kemenangan di Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada 2008.

PPP, yang diberi peluang bertanding di kawasan parlimen Taiping serta kerusi negeri Pasir Bedamar di Perak pada 2008, kali ini akan bertanding bagi kerusi parlimen Kepong, dengan ketua penerangannya Datuk A. Chandrakumanan dipilih sebagai calon.

Parti itu juga akan meletakkan calonnya di empat kerusi negeri - Pasir Bedamar, Guchil (Kelantan), Kota Laksamana (Melaka) dan Kota Alam Shah di Selangor.

Najib, yang juga pengerusi BN Selangor, dijadual mengumumkan calon Umno yang akan bertanding di negeri itu esok, dalam usaha BN untuk memenangi semula negeri berkenaan daripada pakatan PKR-DAP-PAS.

Calon BN bagi 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri akan menerima surat pelantikan masing-masing daripada ketua perhubungan negeri BN esok.

Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau mengambil kira sentimen dan harapan pemilih sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan 33 peratus muka baharu bagi kerusi parlimen dan 49 peratus untuk kerusi negeri.

Najib berkata beliau yakin mereka yang dipilih sebagai calon mampu mengotakan aku janji BN seperti yang terkandung dalam manifestonya, yang dikeluarkan pada 6 April.

Beliau menggesa mereka yang tidak terpilih sebagai calon supaya terus memberi sokongan kepada parti itu kerana ia bukan kerana mereka gagal menunaikan tanggungjawab atau bermasalah, tetapi untuk memenuhi harapan pengundi dan masyarakat untuk menikmati perubahan.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini, manakala hari mengundi ialah pada 5 Mei.

Sementara itu, pembangkang terus kehilangan sokongan apabila lebih 200 anggota PKR dan DAP berketurunan India di Paya Besar, Lunas, Kedah, menyertai MIC.

Di Pasir Puteh, Kelantan, setiausaha PAS Cawangan Danan Timur Ibrahim Ismail, 63, mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi negeri Selising kerana membantah keputusan parti itu meletakkan Saiful Baharin Mohamad untuk mempertahan kerusi berkenaan.

-- BERNAMA

Monday, 15 April 2013

SAH !!! SENARAI PENUH CALON BN (GERAKKAN) UNTUK PRU13 #PRU13 #GE13



Gerakan Bertanding 11 Kerusi Parlimen & 31 Kerusi DUN

Gerakan mengumumkan yang mereka akan bertanding di 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri.

Jumlah ini hanya kurang satu kerusi sahaja berbanding pilihan raya yang lalu.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika mengumumkan demikian berkata, daripada 42 calon mereka itu, 22 orang atau 52.4 peratus merupakan muka baru.

Manakala lima lagi calon (12 peratus) adalah terdiri daripada calon wanita dan tiga calon (7 peratus) adalah calon dari kalangan pemimpin India.

"Calon paling muda berusia 31 tahun," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Isnin.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon Gerakan:

> KERUSI PARLIMEN:

1. Batu Kawan - N.Gobalakrishnan (muka baru)

2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baru)

3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baru)

4. Jelutong - Ng Fook On

5. Taiping - Tan Lian Hoe

6. Beruas - Chang Ko Youn

7. Telok Intan - Mah Siew Keong

8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baru)

9. Batu - Dr Dominic Lau Hoe Chai (muka baru)

10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baru)

11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng

> KERUSI DUN:

P.PINANG:

1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baru)

2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow

3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock

4. Tanjung Bungah - Chia Kwang Chye

5. Kebun Bunga - H'ng Chee Wey (muka baru)

6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baru)

7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baru)

8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye

9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee

10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten

11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baru)

12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah

13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe

KEDAH:

1. Derga - Dr Cheah Soon Hai

2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baru)

PERAK:

1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baru)

2. Aulong - Soo Key Ping (muka baru)

3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baru)

4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baru)

PAHANG:

1. Tanah Rata - Ho Yip Kap

2. Triang - Tan Tin Loon

SELANGOR:

1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baru)

2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baru)

3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baru)

NEGERI SEMBILAN:

1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baru)

2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baru)

MELAKA:

1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baru)

JOHOR:

1. Pemanis - Lau Chin Hoon

2. Bukit Batu - Cheong Chin Liang

SABAH:

1. Elopura - Au Kam Wah

2. Tanjong Papat - Raymond Tan Shu Kiah


SELAMAT BERJUANG PEJUANG-PEJUANG BN 

SENARAI PENUH PARLIMEN DAN DUN BAGI NEGERI KEDAH DARULAMAN #PRU13 #GE13 #TukarKedah


Berikut merupakan senarai kawasan pengundian Parlimen dan diikuti dengan kawasan pengundian Dewan Undangan Negeri di Kedah.




Di Malaysia pula , Sempadan kawasan pengundian dan sempadan kawasan pentadbiran boleh mengatasi satu sama lain dan seringkali tidak boleh serupa dengan setiap yang lain. Kerusi Parlimen (peringkat kebangsaan) diwakili tanda P.xxx manakala kerusi DUN (peringkat negeri) diwakili tanda N.xx. Terdapat 222 kerusi Parlimen dan juga 576 kerusi DUN secara keseluruhannya.

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini telah diwartakan setelah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

UNTUK MELIHAT JOM LAYARI 

BAGI PENAMAAN NAMA CALON BAGI PRU13 BAGI NEGERI KEDAH AKAN DIUMUMKAN PADA 16 APRIL 2013 DI DEWAN ANAK BUKIT . 

VIDEO HANGAT !!!!! JOM KITA LIKE RAMAI-RAMAI #PRU13 #GE13


JOM KITA LIKE !!!!! 



SAYA SOKONG BN 

I LIKE 

Thursday, 11 April 2013

VIDEO PANAS !!! JOM TENGOK SAPA CIPLAK SIAPA !! BODOHNYA PAKATAN SYAITAN !!! #ManifestoBN #APromiseofHope #GE13 #PRU13 #BetterNation

Inline image 4

Semakin ramai pakar-pakar ekonomi memuji dan yakin dengan Manifesto BN yang baru dilancarkan 6 April lepas. Contohnya seperti  Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia percaya dan yakin kepada Manifesto BN. ManifestoBN menepati kehendak rakyat, kata Presiden Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)


Video ini menunjukkan sebenarnya Pakatan Syaitan menciplak apa yang di buat oleh Barisan Nasional dalam manifesto PRU13. Pembangkang tuduh BN ciplak manifesto mereka. Sebenarnya mereka yang ciplak polisi-polisi BN.



Inline image 5


Inline image 6


Inline image 7


Inline image 8


TENTUNYA HANYA BN SAJA YANG MAMPU MENUNAIKAN JANJI DAN PASTI !!! 

SAYA UNDI BN



Wednesday, 10 April 2013

GEMPAR !!! TUN M AKUI SILAP BUAT PUTRAJAYA !!! #PRU13 #GE13 #TukarKedah




KAH KAH KAH !!! SAYA SAYANG TUN M 

PANAS !! CALON PRU13 DIDEDAHKAN !!! JOM KITA TENGOK SAPA YANG KENA !!! #PRU13 #GE13 #CalonPRU


Debaran semakin terasa !! Yang niat berjuang pasti berjuang !!! 

Dipercayai bermungkinan akan berlaku sabotaj dari pihak dalaman yang tidak berpuashati dengan senarai nama calon ini.

Sg Limau - Azizan Razak
Guar Chempedak - Musoddak Ahmad
Belantik - Md Isa Shafie
Jeneri - Yahaya Abdullah
Pkln Kundor - Phahrolrazi Zawawi
Kbg Rotan - Nasir Mustafa
Anak Bukit - Amiruddin Hamzah
Ayer Itam - Abd Ghani Ahmad
Bukit Pinang - Mahfuz Omar
Bukit Lada - Ahmad Izzat Shauki
Tokai - Taulan Rasul
Sg Tiang - Mohd Hayati Othman
Alor Mengkudu - Ahmad Yahaya
Tg Dawai - Hamdan Khaleb
Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh
Kuala Ketil - Md Zuki
Kupang - Johari Abdullah
Bayu - Rosli Azmi
Merbau Pulas - Aishah Ghazali
Bandar Bharu - Hassan Razak
Kota Siputeh - Cikgu Azhar
Kuala Nerang - Ust Azam

Salah sedikit tentang calon pakatan rakyat yang bertanding !!! 

Tuesday, 9 April 2013

PANAS !!! AKTA PERHIMPUNAN AMAN DIKUATKUASA SEBELUM HARI PENAMAAN CALON !!! #PRU13 #GE13


UNDANG-UNDANG DAN ANDA: Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dikuatkuasakan sebelum hari penamaan calon.

Seksyen 4 -Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan

(1) Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah akta ini tidak meluas kepada yang berikut:
(a) seseorang bukan warganegara;
(b) perhimpunan yang diadakan dimana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) suatu proses jalanan;
(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah dua puluh satu tahun; dan
(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

(2) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika-
(a) sebagai seorang bukan warganegara, dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan;
(b) dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) dia menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan;
(d)sebagai seorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun, dia menganjurkan suatu perhimpunan;
(e)sebagai seorang kanak-kanak, dia menyertai suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual kedua; atau
(f) dia merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak untuk menghadiri suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
perenggan (2)(a), (b), (c), (d) atau (e) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(4)Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Jadual Kedua
[Perenggan 4(1)(e)]

Perhimpunan yang boleh disertai oleh kanak-kanak
Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Perhimpunan berhubung dengan adat
Perhimpunan yang diluluskan oleh menteri

Sunday, 7 April 2013

GEMPAQ !!! HAMPA TAU KA APA DIA 17 PERKARA TU DER ?? MAI SINI !!! #AKUJANJIBN @PRU13


17 PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM MANIFESTO BARISAN NASIONAL

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik Dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan Dan Keharmonian Agama

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi

HIDUP BN HIDUP RAKYAT 

Friday, 5 April 2013

HOT : 4 TAHUN NAK BINA MASA DEPAN KITA LEBIH CERAH #PRU13 #GE13 @NajibRazak


Salam 1Malaysia,

Kelmarin genaplah empat tahun pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Sepanjang tempoh itu, saya dan para Jemaah Menteri telah berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Matlamat saya adalah untuk melihat negara kita ini terus maju. Sebab itulah, saya sentiasa bekerja keras bagi memastikan hasrat itu tercapai.

Sebaik memegang jawatan Perdana Menteri, saya telah memperkenalkan prinsip 1Malaysia yang menekankan mengenai perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menerusi prinsip ini, saya telah perkenalkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat dan meringankan beban setiap rakyat tidak kira bangsa mahupun kepercayaan agama mereka.

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pentadbiran negara, ekonomi global berada pada keadaan tidak menentu. Namun, pengenalan Program Transformasi Ekonomi telah berjaya memberi kemajuan ekonomi kepada negara sekali gus mengelakkan kita dari terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang berterusan.

Dalam tempoh itu juga, saya telah melaksanakan pelbagai transformasi politik yang memberi lebih kebebasan kepada Rakyat. Ini termasuklah dengan meminda, memansuh serta menggantikan undang-undang yang dianggap tidak lagi sesuai dilaksanakan dalam landskap politik semasa.

Selain itu, pentadbiran saya juga turut menyumbang kepada kepimpinan global. Pergerakan Kesederhanaan Global yang saya perkenalkan mendapat pengiktirafan ramai pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Kerajaan pentadbiran saya sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan Rakyat. Maka sebab itulah Kerajaan memperkenalkan saluran secara online untuk menggalakkan penglibatan Rakyat dalam setiap keputusan Kerajaan. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter benar-benar membantu saya bukan sahaja berkomunikasi malah juga mendengar suara hati Rakyat.

Untuk itu, dengan pembubaran Parlimen ke-12 kelmarin, kini, terpulanglah kepada anda untuk menilai kerja keras kami selama ini. Teruslah menyokong saya dan kongsilah emel ini bersama rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sekerja anda agar kita dapat sama-sama memastikan impian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.

Najib Razak

TUDIAA !! VIDEO PANAS !! TAK TAU UNDI ??? MAI SEMUA KITA TENGOK KALAU TAK TAU !! #PRU13 #GE13


BAHAGIAN SATU 



BAHAGIAN DUA



JOM MENGUNDI PASTI BN PILIHAN SAYA 

Thursday, 4 April 2013

MANIFESTO BN GEGARKAN PAKATAN SABTU INI #PRU13 #GE13


HIDUP HIDUP HIDUP BN 

PRU13 - JANGAN CETUS KEKECOHAN !!! #PRU13 #GE13

Setiap individu dan masyarakat harus mematuhi undang-undang serta menghayati nilai-nilai moral untuk kebaikan semua pihak. Kerjasama ahli politik penting dalam memastikan keamanan semasa PRU-13 dan paling penting adalah keamanan Negara itu sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Utama Haji Ismail bin Haji Omar berkata, “Jangan timbulkan kekecohan, jangan cetuskan isu sensitif dan perkauman serta hendaklah saling hormat antara satu sama lain. Ini adalah PRU kali ke-13 dan pengalaman ini seharusnya menjadikan kita lebih bertanggunjawab.

Orang ramai dinasihati tidak mempercayai khabar angin dalam media social dan boleh menghubungi pusat kawalan PDRM jika mahukan pengesahan di talian 03-22663333 atau 03-22663444

Friday, 29 March 2013

TUDIAAA !!! NAJIB YAKIN MENANG 2/3 DALAM PRU13 !! TAK PERCAYA JOM TENGOK SINI !! #PRU13



Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional - peraktoday 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...