
Penulis tidak faham kenapa Akhbar Sinar Harian terus melaporkan berita yang tidak benar kepada rakyat. Mengenai isu bencana puting beliung yang melanda Pendang baru-baru ini, akhbar Sinar Harian ini telah melaporkan berita yang tidak betul.
Katanya bantuan tidak di terima mangsa ribut itu. Hari kedua kejadian penulis turut bersama Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz, Adun Sungai Tiang, Ketua Umno Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan pelbagai Agensi telah melawat dan Dato Seri MB sendiri memberi sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa kejadian.

