sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

RAMADHAN : MASYARAKAT TAIWAN PELIK SOO WINCCI BERPUASA



Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

MANFAATKAN RAMADHAN PETEGUHKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH, SESAMA MANUSIA - @NajibRazak



Hari ini melalui kenyataan dalam Facebooknya , Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kesatuan dalam beribadah di bulan Ramadan dapat dimanfaatkan dalam memperteguh hubungan dengan Allah serta sesama manusia.

"Alhamdulillah, kita selamat melalui hari kedua Ramadan 1435 Hijrah. Ramadan mempersatukan kita dalam satu agenda ibadah yang murni.

"Semangat kesatuan inilah yang seharusnya kita manfaatkan dalam memperteguh hubungan dengan Allah SWT, hubungan silaturahim dengan anggota keluarga khasnya dan masyarakat amnya," .


Keistimewaan Ramadhan
Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)

Sunday, 29 June 2014

RAMADHAN PERTAMA BUAT FELIXIA YEAP !! ALLAHUAKBAR !!!



Model pakaian Muslimah,Felixia Yeap akan mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadhan ini sempena hari ulang tahun kelahirannya.

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

VIDEO : UCAPAN RAMADHAN DARI DS MB @MukhrizMahathir #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur @NajibRazak




Wednesday, 31 July 2013

JOM MEMBANTU !! DI MAJLIS SUMBANGAN DEWAN MUDA SELANGOR BERSAMA ANAK YATIM DI KLANG !!! @NajibRazak @tunfaisal @Khairykj


MAJLIS SUMBANGAN DEWAN MUDA SELANGOR BERSAMA ANAK YATIM RUMAH PENYAYANG HEMBUSAN KASTURI Jalan Kapar, 41200 Klang

Butiran majlis :
Tarikh : 3hb Ogos 2013
Tempat : Tupai2 Seksyen 13,

Monday, 8 July 2013

NOTA RAMADHAN !!! SENARAI KELEBIHAN SETIAP HARI PADA BULAN RAMADHAN !! SUBHANALLAH BESARNYA RAHMAT ALLAH !!!

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.

Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:

'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti diadilahirkan oleh ibunya' .

Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


Subhanallah besarnya rahmat yang Allah kurniakan pada kita di bulan Ramadhan ni , semoga kita sama-sama mengejar segala apa yang Allah berikan pada bulan ini dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepadaNya. 

Selamat beramal 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...