
Zain Saidin Jawab Gambar Kontroversi bersama Rozita Che Wan
Pelakon Zain Saidin menjawab mengenai gambar kontroversi yang dimuat naik kedalam laman akaun sosial miliknya dan isteri beliau Rozita Che Wan sewaktu bercuti di Bali.
Tambah Zain, segala mengenai isteri beliau yang sering kali menjadi buah mulut oleh pelbagai sehingga mengundang kontroversi yang menyebabkan beliau enggan mengendahkan perkara terbabit.
"Gambar yang melibatkan Che Ta memang akan mengundangkan kontroversi dan ia memang sudah dijangka. Masa kami pergi Krabi dan Paris sering menjadi buah mulut orang, jadi saya tidak terkejut apabila gambar percutian kami di Bali menjadi perbualan hangat orang ramai," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Oh My English musim ketiga di SMK Seri Serdang, hari ini.

Tambah beliau, tindakan beliau memuat naik gambar tersebut kerana teruja dengan destinasi percutian bersama isterinya.
Beliau juga berpandangan paparan gambar itu tidak melampau dan tidak sewajarnya diperbesarkan.




.jpg)
.jpg)
.jpg)


