sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SCORPANE. Show all posts
Showing posts with label SCORPANE. Show all posts

Monday, 10 March 2014

#MH370 : TIMB. PANGLIMA TENTERA LAUT BALUN KIT SIANG KAW KAW KERANA BODOH !!!



Timbalan Panglima Tentera Laut, Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin menempelak sindiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang di laman Twitternya yang mempersoalkan tindakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menggunakan kapal selam negara bagi membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau yang membalas persoalan Kit Siang di Twitter berkata, kapal selam negara hanya berfungsi dan berkeupayaan melakukan misi serangan search and destroy (mencari dan memusnah) dan tidak bersesuaian dengan misi membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines itu.




Saturday, 4 May 2013

KES BUNUH ALTANTUYA !! APA KAITAN DAP NI !! LAIN MACAM JA NI DAP !!! MAI SINI TENGOK !!!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #TukarKedah




Apa Kaitan DAP Dengan Pembunuhan Altantuya?

Kes pembunuhan Altantuya telah lama selesai seiring dengan selesainya isu scorpene yang mendedahkan penipuan SUARAM iaitu NGO yang didalangi Pakatan Rakyat.  Walaupun ada yang masih tertanya-tanya siapakah yang memberi arahan bunuh, namun, mengikut bukti, saksi dan undang-undang ia adalah selesai.

Dari situ, pembangkang membuat kesimpulan dengan menuduh bahawa dalangnya ialah kerajaan, atas motif hubungan sulit yang bertukar menjadi ‘gangguan’.  Dari mana pembangkang mendapat kesimpulan ini sedangkan tiada satu pun saksi atau pun bukti yang boleh mengaitkannya dengan kerajaan?

Jawapannya ialah kesimpulan ini dibuat dari pembohongan yang dimulakan oleh Raja Petra Kamaruddin.  Bagaimanapun, RPK telah pun membuat U-Turn dan mengaku bahawa beliau hanya mereka cerita berdasarkan arahan dan dengar cakap.

Namun, walaupun RPK telah membuat pengakuan tetapi pembohongan PR mengenai kes ini terus berkembang.  Antaranya:

1.      Chegubard menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah sendiri yang membunuh Altantuya, menembak anak dalam kandungannya dan meletupkannya.  Sedangkan, pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah sedang menghadiri program buka puasa dengan anak yatim dan gambar serta berita mengenainya juga telah direkodkan oleh media massa.

2.      Dato’ Seri Najib punya hubungan dengan Altantuya dan gambar mereka berdua di satu majlis pun disebarkan.  Sedangkan Dato’ Seri Najib telah bersumpah mengikut cara Islam sebanyak 3 kali bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan gambar tersebut juga dibuktikan sebagai di-edit dengan lemah sekali sehingga boleh dilihat dengan mata kasar.

3.      SUARAM menyatakan yang Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian scorpene.  Sedangkan urusan jualbeli scorpene diadakan dalam Bahasa Inggeris dan tidak perlukan penterjemah.

4.      SUARAM mengeluarkan nama mereka yang bakal disapina oleh mahkamah Perancis.  Sedangkan pihak mahkamah Perancis sendiri membuat kenyataan bahawa aduan SUARAM telah ditolak sejak dari mula kerana tidak berasas, oleh itu tiada kes mengenainya.

5.      PR mewar-warkan gambar Altantuya di Perancis konon diambil pada tempoh waktu urusniaga scorpene sedang berjalan.  Sedangkan polis Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada rekod langsung tentang kemasukan Altantuya ke Perancis dalam tempoh tersebut.

Maka, jelaslah bahawa semua kisah-kisah mengenai penglibatan Perdana Menteri dan isteri atau kerajaan dalam pembunuhan Altantuya hanyalah pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun, malang sekali kerana kematian Altantuya adalah benar.

Melihat dari senarai pembohongan yang disebarkan oleh pembangkang berdasarkan kes ini, maka jelaslah bahawa motif Altantuya dibunuh adalah untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri!

Siapakah yang mempunyai motif sedemikian?  Sudah tentulah pembangkang.  Siapakah di antara pembangkang yang sanggup melakukannya?  Ini sudah tentu merupakan satu persoalan yang perlukan pemerhatian dan siasatan yang lebih mendalam.

Tiada keraguan lagi bahawa Anwar Ibrahim adalah ahli politik ‘Anugerah Tuhan’ yang ‘tiada taranya’ dan ‘tiada yang sepertinya’.  Tetapi, kita juga tidak ragu-ragu lagi bahawa DAP adalah yang paling licik di antara ketiga-tiga parti sekutu Pakatan Rakyat.

DAP dan Anwar/PKR saling bersaing untuk memperalatkan sesama sendiri.  Beza DAP dan PKR ialah PKR berjuang untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri sementara DAP berjuang untuk Dinasti Lim dan seluruh bangsa Cina di Malaysia yang menyokong kepimpinan mereka.

PKR bergerak secara meraih simpati dan kukubesi dan DAP pula bergerak secara kukubesi dan cara kongsi gelap.

Sikap samseng DAP jelas boleh dilihat walaupun hanya melalui media maya.  Lihat sahaja bagaimana tentera Red Bean Army DAP mencaci, mengugut malah berusaha menutup periuk nasi sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan dan menentang mereka.  Itu belum lagi dikira ugutan secara nyata seperti yang didedahkan oleh bekas ahli mereka iaitu Shen Yee Aun sehinggakan ramai mangsa takut untuk melaporkannya.  VIDEO DISINI

Kecurigaan kita terhadap DAP semakin meningkat apabila papan tanda mengenai kes Altantuya dikesan diKuching beberapa hari menjelang pilihanraya.  Di papan tanda itu, terpapar jelas logo DAP.  Sedangkan, selama ini yang menjadi juara kes ini adalah PKR dan bukan DAP.

Justeru, mungkinkah DAP sebenarnya terlibat secara langsung tetapi membiarkan PKR sahaja yang memainkannya sebagai langkah menyelamatkan diri sekiranya segala pembohongan terdedah?  Sudah tentulah papantanda haram itu diturunkan oleh Majlis Bandaraya Kuching tetapi PR kemudiannya memainkan isu kononnya ia diturunkan kerana kerajaan takut pula.

Hakikatnya, kerajaan tidak perlu takut, tetapi hanya mengikut undang-undang untuk tidak membenarkan papantanda haram dipasang di tepi jalan.   Sebenarnya, ada pihak di dalam PR sendiri yang sangat takut jika PR tidak menang dalam PRU ini dan kes Altantuya timbul semula.

Kerana itu, tidak boleh tidak, PR perlu menang PRU ini supaya mereka boleh terus menutup kisah sebenar di sebalik semua pembohongan mereka.  Kerana itu juga mereka sanggup merusuh dan menghancurkan negara jika tidak menang pilihanraya.

Untuk itu, semua rakyat diminta berjaga-jaga dan jangan mudah terhasut untuk berdemonstrasi di jalanraya.  Undi anda rahsia, undilah dengan bijaksana.



Friday, 26 April 2013

PANAS !!! SUARAM DAH MULA GELABAH BIAWAK !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR



SUARAM Gelabah Persoalan Tentang Orion Strategies Timbul

Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.

Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan 'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut? Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab...

Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk 'bersembunyi' seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh  Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.

Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan 'scorpene-Altantuya' adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan Malaysia terbesar', yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.

Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih belum selesai.

Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.

Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia.

Melalui emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis tersebut.

Emel yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.

Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel.

Scheunemann 'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 - perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh Israel.

Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah dijangka.

'Lawatan' tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan.

Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut.

Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan selepas pilihan raya dan masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan kekacauan' jika PR kalah dalam PRU-13.

Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...