APJ MOHON PENCERAHAN DARI PIHAK BERKENAAN TENTANG ISU INI !!!!
Dua orang yang dimaksudkan bernama Asri dan Ehsan yang mana isteri kepada Ehsan adalah pembantu (PA) kepada salah seorang Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri iaitu Tan Sri Ab. Aziz hin Kasim.
Tapi macam biasa la, takkan buat kerja free kan, mesti ada imbuhan yang diberikan atas kerja kerja tersebut dan jumlah yang diminta oleh kedua dua lelaki ini adalah sebanyak RM 150k dan wang tersebut mengikut kata mangsa ni diserahkan di Kelab Tasik Putrajaya.
Dan semua dokumen sokongan untuk pengurangan cukai tersebut telah diberikan oleh kedua dua lelaki ini kepada mangsa.
Tapi apabila wang sudah diserahkan, mangsa masih dikehendaki oleh kastam membayar jumlah cukai yang dikenakan keatas syarikat beliau.
Apabila beliau menghubungi kedua dua lelaki ini, mereka berdolak dalik hinggalah mangsa mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Tan Sri Aziz Kasim dan apa yang mengecewakan ialah, Tan Sri serta dua orang lagi Setiusaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertindak untuk mengatakan bahawa mereka tidak kenal dengan dua orang lelaki tersebut.
Persoalannya, bagaimana Tan Sri serta dua orang SUSK lagi tu boleh kata tak kenal sedangkan ketiga tiga mereka menurunkan tandatangan dalam surat sokongan tersebut dan tandatangan Perdana Menteri sendiri ada dalam surat sokongan itu.
Jom kita baca semua dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa.