
Sebagai seorang yang gemar menghantar tweet dengan 4,999 tweet and 1,745,037 pengikut setakat ini, menurut perangkaan Twitter.Com, Najib dikenali dalam kalangan pemimpin dunia antara yang paling aktif menghantar tweet.
"CEO asing kagum dengan pengetahuannya mengenai IT...beliau malah lebih tahu banyak perkara mengenai aspek teknikal berbanding sesetengah daripada kami. Beliau menarik perhatian CEO dan tokoh usahawan dengan pengetahuannya dalam cara yang mengkagumkan," kata seorang pegawai Malaysia mengulas lawatan kerja perdana menteri ke San Francisco dan New York dari 22 September hingga 29 September.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Najib dijadual melakukan lawatan kerja ke San Francisco untuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sain dan Inovasi Global (GSIAC) dari 22 September hingga 24 September dan selepas itu perdana menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York dari 25 September hingga 29 September.