sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Tuesday, 28 April 2015

Lepas ' 5 Sekawan ' Timbul Pulak Kes '4 Sekawan'



Empat warga Myammar dituduh membunuh seorang rakan mereka dalam kejadian di daerah Yan, 12 April lalu, di Mahkamah Sesyen 3 Sungai Petani, semalam.

Kesemua empat tertuduh termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dituduh dengan niat menyebabkan kematian seorang lelaki yang juga warganegara Myammar, dalam kejadian terbabit.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka bersama-sama menyebabkan kematian antara jam 8 hingga 8.30 malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor dekat Kampung Telok Mat Acheh, Yan, Kedah.

Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya, Hasnurliza Mohd Radzi di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 30 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Apabila ditanya sama ada kesemua tertuduh itu boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, tiada sebarang reaksi diberikan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh sebutan semula kes pada bulan hadapan bagi menunggu kehadiran jurubahasa.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Mei 2015.

Monday, 5 January 2015

Panas : Pelancong Jepun Dakwa Dirogol



PATNA - INDIA. Seorang pelancong Jepun dijadikan tebusan selama hampir tiga minggu dan dirogol oleh penculiknya di Bodha Gaya, India, menurut pegawai semalam.

Mangsa berusia 22 tahun berjaya melarikan diri selepas penculik terbabit membawanya ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Susulan itu, polis menahan dua suspek iaitu Sajid Khan, 32 dan adik lelakinya, Jawed Khan, 25.

Kedua-duanya merupakan pemandu pelancong di kawasan tersebut.

"Mangsa berjaya melarikan diri sebelum bertembung dengan pelancong lain dari Jepun. Mereka membawa mangsa membuat aduan di kedutaan Jepun di Kolkata.

"Selepas menerima laporan, kami menahan dua pemandu pelancong yang juga pasangan adik beradik di Gaya," kata Alok Kumar Singh, semalam.

Difahamkan, mangsa seorang pelajar universiti dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Gaya, November lalu - AFP

Tuesday, 23 July 2013

HOT NEWS!! HATI-HATI JENAYAH MASA KINI !!

Berhati-hati dengan Jenayah Masa kini di Malaysia!

Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama. Ini telah dihantar asalnya oleh seorang anggota polis Malaysia

Berkongsilah  dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik anda, anak-anak perempuan, nieces, ibu, kawan-kawan perempuan dan rakan-rakan.

Di stesen minyak, seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada seorang wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan kad perniagaan ( contact card) .

Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk  ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.

Apabila wanita meninggalkan stesen perkhidmatan, dia melihat lelaki tersebut turut keluar dari stesen pada masa yang sama.

Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik  nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari ada satu bau pada tangannya yakni sebelah tangan yang sama semasa menerima kad dari orang di stesen minyak tadi.

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya dan dia merasakan dia perlu untuk melakukan sesuatu pada ketika itu.

Dia memandu ke jalan masuk rumah org yang yang pertama di temui dan mula membunyikan hon dia berulang kali untuk meminta bantuan.

Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerana setelah beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas beliau seperti biasa.

Rupa-rupanya, ada bahan sejenis bahan diletakkan pada kad nama yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia  yakni sejenis Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA' dan ia digunakan oleh orang-orang yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri atau mengambil kesempatan daripada mereka.

Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah rogol dan dipindahkan dari kad atau kertas kepada manusia dgn mudah.

OLEH YG DEMIKIAN, pastikan anda tidak menerima kad daripada sebarangan orang apabila anda bersendirian atau di jalan-jalan mahupun jurujual yang datang menjaja dirumah dan memberikan anda kad nama apabila mereka menawarkan perkhidmatan mereka.

SAMA KITA BERINGAT DAN SEBARKAN  !!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...