sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 7 March 2016

NGO bidas laporan 1MDB diklasifikasi bawah OSA



Keputusan Ketua Audit Negara untuk mengklasifikasikan laporan audit berkaitan 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) merupakan satu halangan kepada keadilan, kata sebuah NGO anti-rasuah.

Pengarah eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata langkah itu bertentangan dengan fungsi yang mendasari audit itu sendiri.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata langkah melindungi laporan itu di bawah OSA menghalang wacana dan perbahasan terbuka, tetapi yang lebih penting, ia merupakan halangan kepada keadilan kerana mencerobohi peruntukan perundangan dalam pengendalian kes-kes seumpama itu.

Keputusan itu juga bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), yang mana Malaysia telah menandatanganinya pada 2003 dan disahkan pada 2008.

Pasal 5 (1) UNCAC menyatakan bahawa "setiap pihak negeri hendaklah, selaras dengan prinsip-prinsip asas sistem undang-undang... melaksanakan atau mengekalkan dasar anti-rasuah yang berkesan dan diselaraskan, yang menggalakkan penyertaan masyarakat dan mencerminkan prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang, pengurusan yang betul hal ehwal dan harta benda awam, integriti, ketelusan dan akauntabiliti."

Oleh itu, tegasnya ia menjadi tanggungjawab Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memastikan siasatan 1MDB adalah telus dan dengan "penyertaan tanpa halangan" anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Sebaliknya, langkah tersebut menghapuskan penyertaan masyarakat, menghalang kedaulatan undang-undang dan menghalang ketelusan dan akauntabiliti," tegas Gabriel.

Ini, katanya, hanya menyerlahkan kontroversi sekitar siasatan 1MDB, dan mencalarkan sistem keadilan Malaysia.

Saturday, 5 March 2016

Amarah Rakyat Pada Najib Sudah Tidak Dapat Dibendung - Mukhriz



Kenyataan dari YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir

1. Perlu difahami bahawa matlamat yg satu yg dipelopori oleh Tun Mahathir dan semua yg menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar DS Najib undur sebagai PM. Tiada langsung niat utk menjatuhkan Kerajaan BN yg memerintah ketika ini.

2. Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun M ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yg hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yg baru - dari kalangan Ahli2 Parlimen BN, bukan dari Pembangkang.

3. Kalau ikut lojik, Pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan Rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total. Tapi sebaliknya, Pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yg rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.

4. Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila Parti Pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

5. Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa Rakyat perlu tunggu PRU14 utk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN. Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan Pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun M.

6. Utk selamatkan negara, malah utk pertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14. Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya. Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yg kedengaran rata2 dikalangan Rakyat sekarang.

Selamatkan UMNO. Selamatkan BN. #SelamatkanMalaysia. #UndurNajib!

Thursday, 3 March 2016

Anak Muda Desak Najib Letak Jawatan



BANGI, Rabu – Sekumpulan anak muda Malaysia, termasuk pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) beberapa universiti hari ini menyatakan hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendesak beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Mereka yang menamakan kumpulan 25 pemimpin generasi muda – Challenger (Gerakan Perubahan oleh Generasi Muda) – menyatakan pendirian itu dalam satu kenyataan media diketuai Pendebat Terbaik Asia tiga kali, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq yang juga penerima Anugerah Tokoh Belia Merdeka berkata, pemimpin anak muda Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

“Kecintaan kami terhadap Malaysia sukar ditandingi. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini.

“Sebagai generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang, adalah menjadi kewajipan kami untuk menyelamatkan masa depan dari sekarang,” katanya dalam kenyataan yang mendapat sokongan 24 pemimpin muda.

Berikut adalah sebab-sebab generasi anak muda menolak kepemimpinan Najib dan sekutunya.

Salah Tadbir Urus Yang Ketara Dalam Krisis 1MDB

Krisis ini melampaui kes-kes rasuah yang lain kerana ia melibatkan serangan yang konsisten terhadap rukun tadbir Malaysia.

Kami telah hilang keyakinan terhadap keupayaan pentadbiran Najib Razak untuk mengendali krisis 1MDB secara bebas dan tidak berat sebelah. Siasatan terhadap krisis ini telah terjejas akibat daripada gangguan luaran dan ugutan. Pegawai-pegawai SPRM umpamanya telah dipindahkan sewenang-wenangnya semasa siasatan dijalankan. Bekas Peguam Negara telah diganti secara tiba-tiba. Laporan Bank Negara turut tidak dipeduli. Syor daripada SPRM diketepikan. Pegawai Tertinggi Cawangan Khas disingkir dan dilantik semula. Bekas anggota Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) tiba-tiba telah dilantik ke jawatan baharu di pertengahan siasatan krisis.

Media juga telah digantung dari serangan ini. The Edge. Sarawak Report, Medium dan terbaru, Malaysian Insider telah digantung kerana laporan yang begitu kritikal terhadap 1MDB dan tuduhan skandal rasuah terhadap Perdana Menteri.

Kami juga telah melihat undang-undang telah disalahguna atas nama “Keselamatan Negara”. Ketidakadilan permohonan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menahan Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang adalah satu tindakan yang amat tercela sekali.

Kami juga tidak bersetuju dengan sekatan meninggalkan negara ke atas YB Rafidzi Ramli dan YB Tony Pua yang tidak berasas. Kami juga menentang taktik ugutan yang digunakan terhadap aktivis muda seperti Fahmi Reza.

Turut membimbangkan apabila pegawai-pegawai kerajaan dihukum kerana menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu ini. Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan ramai lagi telah dihukum kerana bersuara lantang. Budaya menutup mulut ahli-ahli yang berlainan pendapat untuk menutup kebenaran merupakan satu trend yang membimbangkan.

Nama baik negara kita telah tercemar di seantero dunia berikutan krisis ini. Hong Kong, Sweden, Singapore, United Kingdom dan United States juga telah menjalankan siasatan ke atas kes ini. Krisis ini juga mendapat perhatian media-media luar seperti The New York Times, The Wall Street Journal, BBC, Aljazeera dan banyak lagi. Maruah Malaysia yang tercalar ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.

Serangan berterusan ini akan meningglkan kesan pada masa depan Malaysia. Masa depan yang akan diwarisi oleh golongan muda zaman kini. Kami tidak lagi ingin berdiam diri apabila masa depan kami diragut.


Disokong oleh,

1. Syed Saddiq Syed abdul rahman (Penerima Anugerah Perdana Belia Negara, Anugerah Tokoh Belia Merdeka dan Pendebat Terbaik Asia tiga kali)

2. Abdul Hannaan Khairy (YDP MPP UTHM 2014/2015)

3. Abdul Naem Suhaimi (YDP MPP UMP 2012/2013)

4. Qamarudin Mohd Fauzi (SUA MPP UMP 2014/15)

5. Muhammad Zulhelmi Muktar (YDP MPP UMT 2014/15)

6. Muhamad Zulfiqar Bin Mustapa (YDP MPP UPNM 2013/2014)

7. Muhammad Khairudden Bin Sulaiman (YDP MPP UniMAP 2012/2013)

8. Affendy Mohd Saleh (YDP MPP 2013/14)

9. Muhammad Nas Akmal Merican Bin Md Zainuddin (YDP MPP UniKL BMI 2013/2014)

10. Mohd Fahim bin Mohd Farid (Wakil MPP Politeknik Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2013/2014)

11. Muhammad Farouq Bin Abdul Patah (PRESIDENT, Student Representative Council 2014/2015

SEGi University)

12. Fadhli Umar (Law Society President, IIUM 2014/2015)

13. James Chai (Co-Founder & President of Malaysian Progressives in the UK (MPUK))

14. Mukhzani Alia (Co-Founder & Deputy President of MPUK)

15. Ameera Natasha Moore (Chair of Asian BP Council & Recipient of The Youth Merdeka Award)

16. Muhammad Bin Ahmad Zahid (Recipient of The National ‘Tokoh Maulidul Rasul’ Award)

17. Hafidzi Razali (Advisor, Youth Advisory Council, World Federations of UN Associations)

18. Amshar Aziz ( Former VP of Australasia Debate Council)

19. Mohd Ridhwan Bin Haji Othman (President of Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu-PERIMAU)

20. Ishvinder Singh A/L Manmohan Singh (Perdana Fellow)

21. Norsyamimie A Rahman (Co-Founder and media manager of KMU Malaysia)

22. Ahmad Mustaqim bin Amiruddin (PT Foundation Advocate)

23. Numan Afifi (DAP SY Subang Publicity Secretary/ Naib Juara Sejarawan Muda RTM)

24. Ahmad Salami Zakuan (Aktivis Mahasiswa/Freelance Writer)

25. Azzan Aznan Bin Abdul Rahim (Student Activist)




sumber ISMA

Najib akan musnahkan negara, kata pemimpin belia



Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memusnahkan negara ini untuk generasi akan datang, kata sekumpulan pemimpin belia.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri sebagai Challenger - singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “perubahaan yang diterajui generasi muda” menggariskan beberapa alasan berhubung pendirian mereka tersebut.

"Kami, para pemimpin belia Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.




"Cinta kami kepada Malaysia tidak berbelah bahagi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini...


"Kami tidak akan menutup mulut sedangkan masa depan kami sedang dirompak," kata seorang jurucakap Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq adalah seorang pendebat pada peringkat antarabangsa.

Kenyataannya itu disokong oleh bekas pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Abdul Hannaan Khairy; bekas pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Naem Suhaimi dan Qamarudin Mohd Fauzi serta Naib Presiden Majlis Debat Australasia Amshar Aziz.

Turut menandatangani kenyataan itu adalah bekas pemimpin pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu, Helmi Muktar; Muhammad Khairudden Sulaiman dari Universiti Malaysia Perlis; Affendy Mohd Saleh, Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Muhammad Zulfiqar Mustapar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bekas presiden persatuan undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Fadhli Umar.

Juga menyokong kenyataan itu adalah pengerusi Majlis Asia BP, Ameera Natasha Moore, aktivis pelajar, Azzan Aznan Abdul Rahim; penasihat Majlis Penasihat Belia, Hafidzi Razali, pengasas Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman dan pengasas bersama Rakyat Malaysia Progresif di UK (MPUK) James Chai dan Mukhzani Ali.

Antara alasan hilang kepercayaan mereka terhadap Najib adalah terpalit dengan dakwaan salah urus 1MDB, pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) (Sosma) terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Turut dijadikan alasan adalah pemecatan pengkritik Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan dalam kerajaan, serta sekatan media di The Edge, Sarawak Report, Medium.com dan The Malaysian Insider.

Thursday, 25 February 2016

Najib Tidak Saman WSJ Kerana Takut Kebenaran Terbongkar


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.

Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.

"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.

"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.

"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.

Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia. – 24 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-saman-wsj-kerana-tahu-dirinya-bersalah-kata-dr-mahathir#sthash.XVW8V2Fl.cxPP8mQc.dpuf

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...