sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 26 November 2012

EKSKLUSIF : RAHSIA AZIZAN TERBONGKAR KES KUIN !!! JAMIL JAHANAMKAN KUIN !!! #TUKARKEDAH



Majlis Perpisahan Tn Hj. Shaya'a sebagai CEO Insaniah Holdings dan kini dia nak beli pulak KUIN sekali dengan Azizan Razak dan Jamil..???!!


 Sebelum ni memang ada dakwaan bahawa KUIN akan dijual kepada sebuah syarikat di Turki.


Tapi, pernahkah kita tengok bukti dakwaan tersebut? Emelnya adalah seperti di bawah..


Dalam emel itu, jelas ada komplot yang mahu memperdagangkan KUIN yang menjadi aset kebanggaan Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah sebelum ini.

Melalui emel ni jugak kita dapat tengok seorang yang bernama Shaya'a Othman telah menyatakan dia ada memasukkan sebanyak RM200,000 sebagai sumbangan pendahuluan dari Caprice Group yang berpengkalan di Turki.

Siapakah Shaya'a Othman? Dia adalah bekas CEO Insaniah Holdings yang kini bekerja di Caprice Group di Istanbul, Turki.

Di dalam emel itu apakah niat Caprice Group melalui Shaya'a "menderma" sebanyak RM1 juta untuk membina sebuah masjid baru untuk Insaniah? Baik hati sangat sampai "menderma" sebanyak RM1 juta?

Mula-mula dia serahkan RM200,000 dan akan masukkan lagi duit dalam akaun Insaniah sebanyak RM100,000 sampai cukup RM1 juta, itu katanya. Apa tujuan "derma" tu? "Derma" atau "RASUAH" sebenarnya?

Jawapannya terjawab di akhir perenggan emel tersebut yang menyatakan bahawa...

"Saya faham KUIN sedang menghadapi masalah kewangan dan jika Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk menjual KUIN maka syarikatnya boleh mempertimbangkan untuk mengambil alih pegangan saham universiti itu sebanyak 90% dan menawarkan agar semua pihak pengurusan universiti itu dikekalkan di dalam kumpulan syarikat itu.

"Kami juga akan membuka cawangan (KUIN) di Turki serta merta"

Dari itu, kita faham bahawa Shaya'a cuba "memancing" untuk membeli KUIN dari Kerajaan Negeri Kedah dan mengambil alih sebanyak 90%. Jadi, aku boleh menyifatkan derma berjumlah RM1 juta itu adalah bertujuang untuk "merasuah" pengurusan tertinggi KUIN untuk menjual KUIN padanya.

Siapa pengurusan tertinggi KUIN kalau bukan Azizan Razak, Jamil dan konco-konconya?

Penat-penat Kerajaan BN bina dan tubuhkan KUIN, tapi dalam masa 4 tahun PAS memerintah saja KUIN sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing sehingga datang syarikat luar yang "simpati" dan mahu membeli universiti berpotensi tinggi tu..!!!

Memang teruk betul PAS Kedah! Apa yang bernilai di dalam Kedah ni semua depa nak jual! Balak depa sapu bersih sampai tinggal tunggul pun depa tak tinggal. KUIN pun depa nak jual jugak..???

Sebenarnya, aku dapat tahu Azizan pernah terfikir untuk menjual KUIN. Katanya, kalau terdesak sangat, payah-payah dia jual saja KUIN tu...itulah yang terbit dari mulut Azizan Razak, MB Kedah yang "paling banyak tau" tu...

Kalau macam ni la punya gaya, kalau rakyat Kedah bagi lagi PAS memerintah Kedah, dengan negeri ni pun depa jual nanti. Tu pun hangpa sokong lagiiiii...???

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive