sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday, 16 November 2012

ISRAEL LAKNATULLAH SERANG SAUDARA KITA SEMPERNA TAHUN BARU ISLAM !! ALLAHUAKBAR !!!!




Tentera Israel mengebom bandar Gaza Palestin sejak semalam dalam sati misi khas yang dinamakan 'Pillar of Defence' yang sehingga kini membunuh 15 orang termasuk seorang pemimpin kanan Hamas.

Israel melancarkan serangan tersebut kira-kira jam 10 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.

Selain serangan udara, serangan roket juga dilancarkan dari kapal tentera laut Israel ke penempatan masyarakat Palestin di Gaza.

Berikutan itu berbagai pihak mengecam tindakan Israel tersebut termasuk Malaysia.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.

Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza.

“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga menuntut Israel menghentikan serta merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahkan mengancam untuk melakukan serangan darat ke atas Gaza jika sekiranya keadaan memerlukan.

Beliau telah mengarahkan semua pasukan tentera negara itu berada dalam keadaan siap sedia untuk serangan darat.


"Hari ini kita menghantar satu mesej yang jelas kepada Hamas dan pertubuhan pengganas yang lain, dan jika keadaan memerlukan kita bersedia untuk mengembangkan operasi," katanya dalam satu ucapan yang disiarkan TV Israel.

Sebelum itu pemimpin sayap ketenteraan Hamas Ahmed al-Jaabari terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kereta di Gaza.

Pembunuhan Jaabari mencetuskan kemarahan di Gaza, dengan ratusan anggota Hamas dan sayap bersenjata, Briged Ezzedine al-Qassam melaungkan ancaman membalas dendam.

Tentera Israel memberitahu orang ramai mengenai serangan tersebut menggunakan twitter, dan facebook.

Mereka juga menyiarkan imej video 11 saat bagaimana kereta yang dinaiki Jaabari di bom oleh pesawat Israel.

Tentera Israel memberikan alasan 'pertahanan negara' sebagai punca mereka melakukan serangan terhadap Gaza dan dengan angkuh dalam satu tweetnya memberi amaran supaya anggota Hamas semua peringkat tidak 'keluar rumah' atau dibom oleh mereka

Israel haram jadah jelas telah memalukan negara-negara Islam semperna sambutan tahun baru Islam, mereka membuat serangan membuta tuli menunjukkan kelemahan nenaga-negara Islam. 

Ya Allah satukanlah saudara-saudara Islam kami di negara arab bagi menentang Israel habis-habisan. 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive