sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 22 May 2013

BONGKAR !!! MAS BAWA PULANG JENAZAH RAKYAT MALAYSIA DI INDONESIA !! AIR ASIA LEPAS TANGAN !!!! BANGSAT !!!



Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.


Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.-Utusan Online


APJ : SIKAP TIDAK MESRA PELANGGAN DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI TELAH DITUNJUKKAN AIR ASIA SENDIRI !! DARI KES KANAK-KANAK CACAT DAN KES JENAZAH INI TELAH MENYEDARKAN AKU AKAN SIKAP MENGEJAR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA OLEH AIR ASIA INI !!!! 

5 comments:

Unknown said...

Jom semua melayu pakat boikot air asia. Murah kepala hotak apanya kalau setiap kilo bag dia caj rm 30/kilo. Kalau bawa 20kg= 600 ringgit...aku naik mas dari Langkawi ke ke KLIA dg isteri + anak + bag 60kgs free. Minuman free kacang free tiket 3 orang baru rm 90 × 3 org baru rm 270, murahla tuu booking online....beberapa bulan lalu kerajaan Australia saman air asia x Australian dollar 500,000.00 ( setengah juta aud) sebab tak istihar caj tersorok iaitu caj berat bag, caj tiket kalau tak tau guna mesin tiket. Kalau terbang jarak jauh, semua makanan dan minuman kena beli. Kerusi pula sempit sampai langgar lutut. Naik MAS semua makan dan minum dapat free. Ada pula entertainment kat setiap kerusi...Jom naik MAS semua. Harap Malindo air cepat beroperasi...

Anonymous said...

terbaik MAS

Zahari Zainan said...

cara islam, jenazah wajib dikebumikan ditempat dia meninggal. cara melayu punggah balik ke kampung asal.

Anonymous said...

Low cost, low self-esteem, low class punya airline..

Anonymous said...

Wooii zahari zainan..betul tu aku setuju..lau kat mekah mmg semua akan setuju apa yg ko ckp ni tp ni meninggal kat indon la lembu..lau mak kau mampos kat singapore ko nak tanam kat sana ke lembu..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive