sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 30 March 2015

GST : MOF Perlu Segera Beri Pencerahan Kepada Rakyat - @azwanbro @ahmadmaslan


Sebenarnya aku sendiri masih belum memahami sepenuhnya apa itu GST walaupun dah beberapa kali mengikuti sesi penerangan GST ini. 

Yang aku lihat sebenarnya penerangan GST ini belum mencapai sasaran sebenar iaitu rakyat di bawah. Mereka langsung tidak tahu apa itu sebenarnya GST. 

Sesi penerangan hanya dibuat di peringkat bahagian dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang datang tapi masih belum memahami erti sebenarnya GST. 

Rakyat bercerita mengikut persepsi yang dimainkan oleh pembangkang sampaikan rakyat bawah yang menyokong kerajaan pun terikut 'penerangan' dari pembangkang. 

Perkara ini turut mendapat perhatian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, melalui Naib Ketua Pemudanya Khairul Azwan Harun. 

Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kewangan (MoF) untuk menggunakan baki dua hari lagi untuk memberi penjelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung cukai barangan ‎dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.

Tuesday, 24 March 2015

HUDUD : KIT SIANG AJAK AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM TUMBANGKAN PEMIMPIN ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA ?




Terkejut aku bila membaca kenyataan Lim Kit Siang semasa beliau berucap di majlis makan malam DAP Bukit Bintang semalam. Kenyataan mahu pembentukan kerajaan baharu diantara ahli Parlimen Kerajaan (bukan Islam) dan Ahli Parlimen Pembangkang ( bukan Islam ) yang menolak hudud untuk menumbangkan ahli Parlimen Kerajaan (Islam) dan Ahli Parlimen PAS ( Islam ) yang menyokong HUDUD. 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang seperti yang dipetik dari Roketkini.com mendakwa, kemelut BN dan PR semakin meruncing serta langkah untuk mengemukakan usul persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan oleh Pas akan menimbulkan krisis Perlembagaan, khususnya jika Umno menyokong enakmen berkenaan.

“Jika enakmen hudud kerajaan Pas Kelantan diluluskan menerusi dua usul persendirian di Parlimen dengan majoriti mudah, pelaksanaan undang-undang itu akan bertentangan dengan Perlembagaan dan boleh dicapai di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan ‘Kesamarataan di sisi undang-undang’.

“Dalam senario politik baharu sedemikian, di mana Najib (Datuk Seri Najib Run Razak) mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud Pas, mungkin tiba masanya untuk membentuk pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ yang terdiri daripada Ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan seorang Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang baharu,” kata Kit Siang dalam majlis makan malam Ulangtahun DAP Bukit Bintang, malam semalam.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan pelantikan perdana menteri baharu menggantikan Perdana Menteri sedia ada.


AKU : Gantikan Perdana Menteri ? Maknanya dari Ahli Parlimen yang bukan Islam
Jelasnya, perdana menteri baharu boleh dilantik dari mana-mana parti politik kerajaan atau pembangkang yang ada sekarang.

“Dengan mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan sama sekali keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PR pada 8 Februari lalu bahawa sebarang rang undang-undang persendirian berkaitan hal itu perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis tersebut.

“Sebagai pelanggaran setelah Pas Kelantan melanggar Kerangka Kerja Dasar Bersama Pakatan dengan mengemukakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kemudiannya diluluskan oleh Dun Kelantan, Pakatan seolah-olah tidak lagi wujud di mata Presiden Pas,” 

aku , apa yang dimainkan oleh Kit Siang ini sangat bahaya, walaupun beliau tidak mengeluarkan 'bahasa' yang kasar seperti pembentukkan kerajaan campuran untuk ahli parlimen yang bukan Islam dan yang menolak hudud. 

Kita semua tahu bahawa kesemua ahli parlimen yang dikatakan bakal menyokong sama ada dari PAS mahupun Umno adalah Melayu dan Islam jadi kenyataan KIt Siang ini adalah kerajaan campuran bukan Islam dan yang menolak hudud, maknanya disini adalah BUKAN ISLAM LAWAN ISLAM. ini bahasa kasarnya. 

Kenyataan ini tidak baik kepada kemakmuran negara yang terdiri daripada pelbagai KAUM dan AGAMA . Ini membawa maksud MENGHASUT dan rasis !! 

Siapa mahu bertindak ke atas LIM KIT SIANG ? Rakyat Melayu Islam atau pihak berkuasa ? 

PAS PERAK TEMPAH NAMA SEBAGAI KAFIR DAN MAHU KE NERAKA


Isu HUDUD terus menjadi mainan puak-puak PAS terutama yang Pro Anwar dan PASMA sejak berkawan dengan DAP dan PKR, mereka terus hanyut dari asas perjuangan sebenar mereka yang meletakkan HUDUD paling atas dalam perjuangan, namun mereka tumbang di tangan DAP dan PKR. 

Apa yang menarik sekali apabila , PAS Perak seolah menempah neraka jahanam apabila dengan slamber terus bersama DAP dan PKR Perak menolakj hudud sekiranya mereka sekali lagi menjadi pemerintah di Perak. 

Jika DAP dan PKR menolak aku tak terkejut lansung namun bila PAS sendiri menolak HUDUD kita nak buat macam mana ? Dari aku kecil sampai besar aku dimomokkan dengan kutukan dan hinaan PAS pada UMNO kerana PAS kata UMNO tolak HUDUD adalah KAFIR, jadi sekarang PAS PERAK adakah lebih dari KAFIR ? 

Umno Kelantan baru-baru ini telah bersama-sama dengan PAS Kelantan menyokong usul Enakmen Jenayah Syariah II ( HUDUD) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, jadi maknanya UMNO menerima HUDUD. Sebagai orang Islam sememangnya kita wajib menyokong HUDUD untuk dilaksanakan. 

Berbalik kepada cerita PAS Perak ini , aku menilai dari sudut politik , mereka inilah barua-barua yang mempermainkan agama ALLAH sebenarnya , bukannya UMNO dan PAS yang Pro Ulama yang mempertahankan HUDUD. 

Sekali lagi aku ingin bertanya , jika dulu UMNO dicop KAFIR kerana dituduh menolak HUDUD , jadi sekarang PAS Perak sendiri yang menolak HUDUD , adalah ini BAPAK SEGALA KAFIR yang kita boleh gelarkan ? 


ALLAH MAHA KAYA , TELAH DITUNJUKKAN KEPADA KITA SIAPA PAS SEBENARNYA !!! 



Saturday, 21 March 2015

Apapun Alasan SPAD, Kenaikan Tambang Tidak Boleh Diterima - @azwanbro



Pemuda UMNO hari ini membantah kenaikan kadar teksi dan bas ekspres yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan alasan SPAD menaikkan tambang itu adalah kerana peningkatan kos penyelenggaraan dan sara hidup selain kenaikan terakhir pada 2009 adalah lemah.

"Apa guna ada teknokogi Natural Gas Vehicle (NGV) pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yang meningkat sebenar?" soal beliau dalam satu catatan di Twitter peribadinya hari ini.

Beliau berkata Pemuda UMNO akan menyerahkan satu memo bantahan kepada SPAD hari ini melalui Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO pada jam 3 petang nanti.

Pada Khamis, SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.

Beliau berkata harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut.

Bagi teksi, kos penyelenggaraannya meningkat ke 33 peratus, manakala bagi bas ekspres sebanyak 36 peratus.

Thursday, 19 March 2015

Rang Undang-Undang Farmasi: Bincang Dahulu Sebelum Terlambat - @AzwanBro


Pergerakan Pemuda UMNO melihat cadangan pengasingan klinik dan despensari di pusat rawatan negara ini masih belum boleh dilaksanakan lagi.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia memerlukan satu pelan jangka panjang selain pelbagai perbincangan khusus sebelum perkara itu dapat direalisasikan.

"Pengasingan itu belum boleh dibuat. Semua pihak perlu memberi pandangan masing-masing dan agensi penguatkuasa harus melihat aspek ini dari sudut jangka masa yang panjang.

"Sebarang keputusan harus memikirkan kehendak rakyat dan tidak menyusahkan masyarakat secara keseluruhannya, kerana itu sebarang rang undang-undang mengenai isu ini yang akan dibentang harus mencari titik persetujuan semua," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Khairul Azwan mengulas kenyataan media Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr H. Krishna Kumar hari ini yang menolak Rang Undang-Undang Farmasi dengan alasan pemegang taruh yang berkaitan tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Katanya, MMA bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan beberapa organisasi berkaitan juga telah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkaitan cadangan pemisahan dispensari dan hak preskripsi mengenai hal berkenaan.

Sebelum ini, cadangan memisahkan peranan klinik dan farmasi dalam pemberian ubat kepada pesakit telah menarik perhatian orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam dilaporkan berkata, kerajaan sedang dalam proses menerima maklum balas daripada orang ramai mengenai isu tersebut.

Dr H. Krishna juga sebelum ini dilaporkan berkata pemisahan fungsi farmasi dan klinik hanya akan berlaku selepas penyusunan semula perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Mengulas lanjut kata Khairul Azwan, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein juga akan menganjurkan sidang meja bulat dalam masa terdekat untuk membincangkan isu berkenaan.

"Kita adakan 'roundtable' pada minggu hadapan sebagai langkah proaktif dan progresif Pemuda untuk beri cadangan penyelesaian kepada pihak KKM sendiri," jelasnya.

Video : Hubungan Umno Kedah Dan Umno Pusat Kukuh Dan Erat #UmnoKedah


YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berharap ahli UMNO Kedah jangan bimbang dengan perhubungan diantara kepimpinan UMNO Negeri Kedah dan UMNO Pusat. Menurut YAB, UMNO Negeri Kedah sentiasa memupuk hubungan yang amat baik dengan UMNO Pusat.

Keyakinan ini juga diberi YAB dalam sidang media beliau serta ucapan pengulungan Konvensyen UMNO Kedah 2015 setelah ada pewakilan UMNO dalam Konvensyen bertanya tentang perhubungan diantara UMNO Negeri dengan UMNO Pusat.




Karnival Hari Sukan Pemuda Umno Malaysia Di Melaka Bermula @azwanbro


Untuk pengatahuan semua Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan Karnival Hari Sukan Pemuda UMNO Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada 20-22 Mac 2015 di Melaka. 

Karnival ini adalah Anjuran Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Pemuda UMNO Melaka.

Penyertaan melibatkan 13 kontijen dari seluruh negeri dengan penyertaan 1300 atlet yang terpilih dari setiap negeri.

InsyaAllah penganjuran Karnival Sukan Pemuda ini akan menjadi platform untuk mengenalpasti bakat-bakat baru yang akan diketengahkan.

Tahniah kepada semua pihak 

Video Kisah Sejarah Perjuangan Orang-orang Melayu Kedah Dalam Umno


Video Kisah sejarah perjuangan orang-orang Melayu Kedah didalam UMNO semenjak cadangan penubuhannya untuk menentang Malayan Union yang diceritakan oleh YAB Dato' Seri Hj Mukriz Tun Mahathir.

Untuk makluman, dalam surat tauliah atau piagam UMNO yang dipersetujui dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO kali yang pertama, Orang Melayu Kedah telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Kedah dan SABERKAS.

Dalam sejarah UMNO juga tercatat, persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO ke 3 pada 27 Julai 1946 yang diadakan di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang, Almarhum Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah hadir sendiri bagi merasmikan mesyuarat tersebut dan tepat pukul 10.15 pagi, Almarhum telah mengetuai mengibarkan bendera UMNO yang kini dikenali Sang Saka Bangsa.



HUDUD : PASMA Ikut DAP Atau PAS Kelantan ?


Aku tak terkejut kalau DAP terus maki hamun PAS apabila Pas Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II ( HUDUD) di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam tapi aku akan terkejut kalau PAS terus tunduk dengan desakan DAP.

Pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac depan bagi menentukan hala tuju parti itu bersama Pakatan Rakyat (PR) selepas “ditikam dari belakang” oleh PAS Kelantan yang membentangkan enakmen hudud semalam.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook yang menyifatkan PAS sebagai pengkhianat itu berkata, mesyuarat jawatankuasa tertinggi (CEC) akan diadakan di Kuala Lumpur membincangkan masa depan parti itu terhadap PAS yang enggan mendengar bantahan mereka terhadap hudud.

"DAP menegaskan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac, 2015 dan ini adalah tindakan provokasi untuk memecahkan PR.

"Tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini satu keputusan yang melanggar Dasar Bersama PR dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya 

Sebagai orang Islam aku menyokong penuh atas pembentangan untuk melaksanakan enakmen Jenayah Syariah II atau HUDUD ini. Aku juga nak lihat sejauhmana kepimpinan PAS yang lain dan PASMA akan menyokong PAS Kelantan ataupun bersama DAP. 

#KATAKITA DI JAKARTA BERSAMA PELAJAR MALAYSIA @azwanbro


#‎KATAKITA‬ Jakarta, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun bersama Ustaz Fathul di dewan Malaysia Jakarta bersama bersama Kelab Umno Jakarta, Kelab Umno Bogor dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dalam program Kata Kita 










Kerajaan Perlu Ambil Serius Kenaikan Kos Perubatan - @AzwanBro


Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan memberi penekanan terhadap aspek kualiti perkhidmatan kesihatan dan kemampuan rakyat Malaysia untuk menghadapi kos perubatan yang semakin hari semakin naik.
Khairul Azwan Harun

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khai­rul Azwan Harun berkata, kebimba­ngan itu berikutan kos perkhidmatan kesihatan di rantau Asia mengalami peningkatan antara enam hingga lapan peratus setiap tahun.

“Kita tidak persoalkan mengenai akses perkhidmatan kesihatan ke­rana kemudahan hospital dan klinik boleh didapati di banyak tempat.

“Bagaimanapun, kita minta kerajaan tekankan soal penjagaan pesakit kerana tahap kualiti dan kos kesihatan boleh dipertikaikan apabila pesakit perlu melalui peringkat untuk rawatan lanjut dengan doktor pakar,” katanya dalam sidang akhbar di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di sini hari ini.

Tuesday, 17 March 2015

PANAS : DAP Jangan Derhaka Pada Sultan Kelantan - Ramesh Rao



Sikap campur tangan DAP dalam menentang Pelaksanaan Hukum Hudud dilihat sudah melampaui batas .

Menurut Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Perihatin Malaysia, Ramesh Rao Krishnan Naidu, DAP dilihat sudah terlalu melampau menentang hak Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015.

Semalam DAP melalui Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata DAP tidak akan menyokong pelaksanaan enakmen tersebut dan membantah keras jika enakmen hudud dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan.

Anthony Loke juga juga berkata PAS tidak jujur terhadap rakan Pakatan Rakyat.

Tuesday, 10 March 2015

DS Mukhriz Hadiri Majlis Kerajaan Negeri Bukan Segaja Tidak Ke Majlis Bersama PM


Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan sokongan serta akan bersama kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam mendepani segala cabaran khususnya membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada pertemuan itu yang berlangsung hampir dua jam bersama Ketua UMNO bahagian seluruh negara, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO memberi jaminan tidak ada mana-mana individu dalam 1MDB akan terlepas daripada hukuman jika terbukti melakukan penyelewengan.


Hadir sama di pertemuan itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor,Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

Dari 191 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara 160 hadir.Seramai 30 yang lain termasuk Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana ada urusan lain.

Begitu juga Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian yang tidak dapat hadir ialah dari Johor dan Sabah kerana ada program awal yang perlu mereka hadiri.

Apapun Pengerusi Penyelaras pertemuan itu,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ketua UMNO Bahagian Bera sewaktu sidang akhbarnya itu menjelaskan pertemuan itu adalah pertemuan biasa.

Ia diadakan atas inisiatif Ketua-ketua Bahagian UMNO sendiri.

Menurutnya mereka saling berhubung sesama sendiri untuk atur pertemuan itu.

Katanya pertemuan Ketua-ketua Bahagian UMNO dengan Perdana Menteri diadakan sekali pada tahun lalu dan mula sekarang mereka berharap ia dapat diadakan dua kali setahun.

Jadi menurut beliau pertemuan hari ini adalah pertemuan pertama untuk tahun ini.

Mengenai ketiadaan Timbalan Perdana Menteri beliau menjelaskan Muhyiddin hendak hadir namun tidak dapat datang kerana ada komitmen lain.

Malah katanya semasa pertemuan yang lalu pun beliau tidak dapat hadir.

Ismail Sabri memberitahu dalam pertemuan itu beberapa isu dalaman parti diperbualkan termasuk isu 1MDB.

Katanya hasil penerangan yang diberikan oleh Perdana Menteri mereka semua berpuashati khususnya jaminan tidak akan lindungi sesiapa jika berlaku penyelewengan.

Ismail Sabri berkata ketua-ketua bahagian UMNO memandang berat dan tidak berkompromi sekiranya wujud penyelewangan dalam 1MDB.

Anwar Dengki Khalid Ibrahim Boleh Ke Sidang Parlimen #SuaraDariPenjara


Semua rakyat Malaysia tau apa Anwar buat pada bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dulu, kerana cita-cita Anwar mahu jadikan Isterinya sebagai Menteri Besar, Anwar sanggup menjatuhkan Tan Sri khalid. 

Allah tu maha kaya, Cita-cita Anwar tidak kesampaian apabila Sultan Selangor tidak memilih Wan Azizah bagi mengantikan Tan Sri Khalid tetapi memilih Azmin Ali bagi memegang jawatan itu. 

Semalam Allah tunjukan lagi, akibat perbuatan Anwar, beliau tidak layak ke Sidang Parlimen kerana dipenjarakan kerana meliwat bekas pembantunya. Manusia yang Anwar mahu kuburkan dulu masih boleh ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas. 


Dengan nada yang sinis, Tan Sri Khalid memuat naik status di facebooknya berbunyi " Tadi saya hadir ke Majlis Pembukaan Parlimen sesi ke-13. Saya ditempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas. Alhamdulillah saya 'masih layak dan boleh hadir selaku MP Bandar Tun Razak'. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan perlindungan". 

Inilah kuasa Allah wahai Anwar, selicik manapun kamu , namun kuasa Allah tidak ada manusia dapat halang. Semoga menjadi pengajaran kepada semua pemimpin di Malaysia ini. 


Monday, 9 March 2015

Pembangkang Biadap Terhadap AGONG di Parlimen Tadi


Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang Di-Pertuan Agong dengan berpakaian serba hitam bukannya pakaian rasmi pembukaan Sidang .

Mereka bertindak sedemikian sebagai tanda protes apabila banduan kes liwat, Anwar Ibrahim tidak dibenarkan menghadiri sidang Parlimen kerana dipenjarakan. Tindakan kurang ajar mereka ini jelas sekali boleh membunuh sistem Raja berpelembagaan negara kita.

Aku sebagai rakyat Malaysia rasa terhina dengan tindakan mereka ini, langsung tidak menunjukan kesetiaan pada Raja kita. Kalau nak protes pun esok masih ada, YDP Agong hanya datang merasmikan pembukaan sidang parlimen hari ini. Kenapa sampai nak biadap ???

Perkara ini sudah melampaui batas, pemimpin biadap, jangan sampai rakyat juga biadap pada pemimpin pakatan ini. !!!

Sunday, 8 March 2015

Lebih 120 temu bual rungkai misteri MH370


Sebuah pasukan penyiasat antarabangsa yang ditubuhkan Malaysia menemu bual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkenaan untuk menyiasat dengan sedalam-dalamnya tentang apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang hilang setahun lepas bersama 239 penumpang dan anak kapalnya.

Antara yang ditemu bual ialah petugas Jabatan Penerbangan Awam, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Perkara itu terkandung dalam laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370 untuk memberi maklumat tentang kemajuan yang dicapai dalam penyiasatan mengenai MH370, pesawat Boeing 777-200ER yang menggunakan pendaftaran 9M-MRO.

Muncul melalui siaran televisyen hari ini untuk menjelaskan tentang usaha yang dilakukan setakat ini berhubung kehilangan pesawat itu ialah Datuk Kok Soo Chon, yang mengetuai pasukan berkenaan.

"Satu-satunya objektif penyiasatan sesuatu kemalangan atau kejadian ialah untuk mencegah berlakunya kemalangan atau kejadian serupa pada masa akan datang," katanya sambil menjelaskan bahawa siasatan yang dilakukan bukan bertujuan untuk meletakkan tuduhan atau liabiliti kepada mana-mana pihak.

Wednesday, 4 March 2015

Umat Islam Diminta Jayakan Agenda Perpaduan - Mukhriz



Umat Islam diseru bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda penyatuan dan perpaduan, selari dengan firman Allah SWT yang menuntut kepada perpaduan ummah, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menurutnya walaupun usaha pemupukan perpaduan memakan masa yang lama, namun rakyat perlu menunjukkan tahap kematangan berasaskan nilai hormat-menghormati.

"Saya menyeru segenap lapisan rakyat bersama-sama memperkukuh perpaduan dalam menghadapi cabaran yang mendatang," katanya ketika merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-36 di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan telah dan sentiasa mengambil sikap tegas untuk memelihara kesucian agama Islam di negara ini.

Gambar : Lawatan Pemuda Umno Malaysia Ke Karang Kraf Shah Alam @AzwanBro


Semalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang di ketuai oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun bersama barisan exco pemuda telah melawat ke pejabat Karang Kraf di Shah Alam Selangor.







Monday, 2 March 2015

Dalam 2 Minggu 8000 Anak Muda Sertai Pemuda Umno @azwanbro @najibrazak



Gerak kerja tersusun dan perancangan yang mantap dari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah berjaya menarik minat lebih 8000 anak muda menyertai sayap parti Umno itu. 
Kempen #JomDaftarPemuda yang dilancarkan sejak 13 Februari lalu disasarkan sebanyak 120,000 ribu anak muda menyertai Pemuda Umno.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun berkata, kempen yang digerakkan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda itu turut mensasarkan sebanyak 120,000 anak muda menyertai sayap parti itu sebelum akhir tahun ini.

"Ini sejajar dengan hasrat Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menjadikan pergerakan Pemuda lebih memahami denyut nadi anak muda dengan membuka seluas-luasnya ruang bagi mereka menyertai UMNO," katanya 
Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, Pemuda di peringkat pusat, negeri dan cawangan perlu melaksanakan usaha merekrut keanggotaan baharu berkenaan secara berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

1MDB : Rafizi Dan Tony Pakar Spekulasi Semata-mata @azwanbro


Serangan bertali arus daripada Rafizi dan Tony Pua terhadap 1MDB tidak pernah berhenti tapi semua orang tau itu hanya mainan politik kotor daripada pembangkang terutama dari Tony dan Rafizi. 

Mereka berdua ni seolah pakar segala bidang ekonomi negara. Apa yang 1MDB buat semuanya tak betul, semuanya buruk pada mereka. 

Penulis bersetuju dengan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang mempelawa Rafizi dan Tony berjumpa bagi memperjelaskan tentang keadaan terkini 1MDB tetapi nampaknya Rafizi dan Tony tidak berminat, ia menunjukkan mereka berdua ni bukan mahu mambantu 1MDB tetapi berniat memusnahkan dan buruk di mata rakyat. 

Mengenai isu yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO menyarankan Ketua Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dari terus membuat andaian serta tuduhan lemah mengenai syarikat berkenaan.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, soal kredibiliti dan integriti juga wujud di pihak Tony dan Rafizi kerana kedua-duanya selama ini hanya kerap bermain dengan spekulasi semata-mata.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive