sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 30 August 2014

#HAJI1435H : JANGAN TOKOK TAMBAH HINGGA ADA CERITA PASAL KARPET TERBANG PULA


"Jangan tokok tambah hingga ada cerita pasal karpet (permaidani) terbang pula.

"Kadang-kala kerana nak perhatian, kita cerita itu ini kisah para Nabi. Sedangkan ini perlu diperjelaskan menerusi rujukan al-Quran dan sirah."

Komen itu diluahkan oleh anak muda Malaysia yang berperanan sebagai mutawif dalam memberi penerangan mengenai kisah para Nabi dan anbia kepada jemaah haji Malaysia dalam program ziarah di sini.

Pelajar universiti Madinah jurusan al-Hadis, Abdul Fattah Abdul Rahman, 25, yang telah tiga tahun mengiringi jemaah haji dan umrah dalam kalangan orang kenamaan dalam program ziarah berkata, penerangan mengenai kisah-kisah dalam al-Quran bergantung kepada teknik penyampaian seseorang mutawif. Ini termasuk berkemampuan menyelitkan unsur pengajaran dan menghiburkan.

"Tetapi jangan sesekali menyentuh soal politik.

"Namun yang penting, penerangan dalam program ziarah ke tempat-tempat bersejarah dan ada syafaat seperti Masjid Nabawi, Masjid Quba' dan Bukit Uhud perlu merujuk kepada sirah.

"Dalam kunjungan ke Masjid Quba' contohnya, hadis menyebut barang siapa yang membersihkan diri atau berwuduk di rumahnya, kemudian dia mendirikan solat sunat dua rakaat di Masjid Quba', pahalanya adalah seperti mengerjakan umrah," katanya kepada petugas media Tabung Haji di perkarangan Masjid Quba' di sini.

Abdul Fattah sebelum itu mengiringi sekumpulan 40 jemaah Malaysia yang datang bersama rakan-rakan mereka menaiki 19 buah bas dari tempat penginapan Hotel Al-Haram.

Dalam pada itu, nada sama turut dikongsi oleh rakannya, Muhamad Fitri Abdul Razak, 21, yang baru pertama kali bertindak sebagai mutawif mengendalikan jemaah haji.

"Memberi penjelasan mengenai kisah-kisah Nabi dan tempat-tempat suci di Madinah ini perlu ilmu pengetahuan bagi mengelakkan timbul unsur-unsur syirik," katanya yang kini di tahun tiga jurusan Usuluddin di Universiti Madinah.

Anak ketujuh dari sembilan beradik berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang itu memberitahu, jemaah haji Malaysia cukup dihormati oleh penduduk Madinah kerana sifat lemah lembut, selain Malaysia telah pun dikenali sebagai negara Islam yang pesat membangun terutama dalam meningkatkan syiar Islam.

"Nama Kuala Lumpur cukup tinggi di mata rakyat Arab Saudi sehinggakan peraturan visa kerja di negara ini menetapkan jika ada dari Malaysia yang berminat, hanya golongan profesional seperti doktor, jurutera dan pensyarah boleh berbuat demikian di sini," katanya.

Zulkifli Jalil
Utusan Malaysia
29 Ogos 2014

# Anda boleh juga layari utusan malaysia untuk membaca artikel ini keluaran 30 Ogos 2014 

Friday, 29 August 2014

HAJI1435H : AIRMATA MADINAH, TINGGAL 2 HARI DAN HARAPAN



Nota Khutbah Jumaat

Masjid Nabawi
29 Ogos 2014
Air Mata Madinah

1. Bertakwalah kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun.

2. Khatib memulakan khutbah dengan berdoa memohon ampun kepada Allah di atas segala kesilapan yang dilakukan.

3. Khatib membicarakan berkenaan taubat.

4. Banyak ayat Quran dan hadith membincangkan tentang taubat lebih lebih lagi taubat nasuha.

5. Khatib memaklumkan bahawa hendaklah seseorang itu bertaubat sebelum kematian dihadapi oleh setiap insan.

6. Gesaan utk memperbanyakkan istighfar.


#Airmata Khatib tadi sanggat menyayat hati. . Lagi 2 hari saja di Bumi Madinah sebelum berlepas ke Mekah yang terletak 5 jam perjalanan dari sini.


Rasa sekejap saja masa berlalu, tidak puas mengabdikan diri di Masjid Nabi.Tidak puas rasanya menziarah Makam Nabi dan sahabat-sahabat Rasulullah.


InsyaAllah ada masa aku akan datang lagi melawatmu Ya Rasulullah dan sahabat-sahabatmu.


Akan aku ceritakan semua catatan harianku disini. Bumi yang penuh sejarah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat menegakan syiar Islam.


29 Ogos 2014
Madinah 1435H

Thursday, 28 August 2014

#HAJI1435H : JEMAAH HAJI DI BAWA MELAWAT MAKAM RASULULLAH DAN SAHABAT2 DI MADINAH



Pagi ini selepas solat subuh kumpulan jemaah haji pertama Malaysia di bawa melawat Makam Rasulullah dan sahabat2 di Masjid Nabawi Madinah.

Ada jemaah yang menitiskan airmata bila pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan melihat makam Rasulullah.



Selesai sahaja melawat Makam Rasulullah, Jemaah2 Haji ini di bawa melawat perkuburan Baqi, 10 ribu sahabat2 Nabi dikebumikan di tanah perkuburan yang penuh dengan sejarah ini

Madinah 1435H
28 Ogos 2014

#MMFC #Haji1435H #KedahSerataRata

P/S : Laporan Harian Haji 1435H juga boleh diikuti di Page Rasmi Mukhriz Mahathir FC

#HAJI1435H : KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI SELAMAT TIBA DI MADINAH


Laporan Harian Haji 1435H

KUMPULAN JEMAAH HAJI PERTAMA SELAMAT TIBA DI MADINAH

"Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni'mata Laka Wal Mulka La Syarikalah."

Pagi tadi kira-kira pukul 9 pagi di sini (2 petang waktu Malaysia), pesawat pertama yang membawa Jamaah Haji Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Prince Mohammad Abdulaziz, sini.

Jemaah kedua pula selamat tiba di Madinah jam 2 petang waktu Saudi dan ketiga baru sahaja tiba di Madinah

Seramai kira-kira 1,000 jemaah haji Malaysia yang dibawa dengan tiga pesawat, satu Saudi Airlines manakala dua lagi, Malaysia Airlines (MAS).

Ini merupakan kumpulan jemaah haji pertama tiba di Arab Saudi.

Wednesday, 27 August 2014

#Haji1435H : SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN SAMBUT KETIBAAN JEMAAH HAJI MALAYSIA



Laporan Harian Haji 1435H
26 ogos 2014
Madinah

Selepas sahaja solat Maghrib malam tadi lebih 100 orang petugas Haji 1435H di Madinah telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Menyambut Ketibaan Jemaah Haji Malaysia di Madinah di Hotel Dar Siba

Selesai saja bacaan Yassin diikuti pula dengan tahlil dan solat Isyak. Petugas - petugas yang hadir di hidangkan dengan Nasi Arab berlauk kambing dan makan dalam talam, makanan disediakan oleh petugas bahagian masakan.

Majlis selesai lebih kurang jam 9.30 malam waktu saudi. Semoga majlis ini di redhai dan di berkati Allah.

Admin MMFC

#MMFC #Haji1435H #Madinah #Mekah

Tuesday, 26 August 2014

#HAJI1435H : JEMAAH PERTAMA MALAYSIA DI JANGKA TIBA ESOK DI MADINAH



Laporan Harian Haji 1435H 

PENERBANGAN PERTAMA JEMAAH HAJI DIJANGKA TIBA ESOK

Hanya tinggal sehari saja lagi kira lebih 900 jemaah haji terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga, akan tiba di Madinah dalam tiga penerbangan secara berperingkat

Penerbangan pertama yang membawa 413 bakal jemaah akan tiba kira-kira pukul 9 pagi waktu Saudi di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz

Penerbangan kedua dengan 261 jemaah haji akan tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan penerbangan ketiga dengan 269 jemaah haji pada pukul 5.50 petang.

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : 2 SLOT PROGRAM BARU BUAT JEMAAH HAJI 1435H



Laporan Haji 1435H
25 ogos 2014
Madinah

LAWATAN KE MASJID JUMUAH DAN IJABAH SLOT BARU PROGRAM BUAT JEMAAH HAJI 1435H

Semasa sidang media di Madinah semalam , Pengurus Ibadat Tabung Haji Madinah , Haji Mohd Razali Zakaria menerangkan bahawa Tabung Haji telah menambah dua program baharu iaitu lawatan ke Masjid Ijabah dan Masjid Jumuah akan mengisi slot ziarah para jemaah haji Malaysia di Madinah dalam musim haji tahun ini.

"Dua program ziarah ini merupakan nilai tambah kepada program ziarah sedia ada di Madinah seperti ziarah ke Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Bukit Uhud, ziarah ke Masjid Quba' (masjid pertama dibina dalam sejarah Islam), Masjid Qiblatain (masjid di mana Nabi mendapat wahyu semasa solat supaya memindahkan kiblat pertama umat Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Mekah) dan Masjid Tujuh (tujuh masjid yang dibina semasa Perang Khandaq) serta ke ladang kurma,"

Saya selitkan sedikit sejarah mengenai dua Masjid ini ;

Monday, 25 August 2014

#HAJI1435H : MENANTI BURUNG-BURUNG SYURGA


Menanti Burung-Burung Syurga

DUA hari sahaja lagi sejumlah 450 jemaah bakal menjadi kumpulan jemaah haji Malaysia pertama tiba di Madinah.

Penerbangan yang akan berlepas pada pukul 5.30 pagi waktu Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Ogos itu turut menjadi kumpulan jemaah haji terawal mendarat di Arab Saudi untuk mengerjakan haji tahun 1435H ini.

Ini kemudian disusuli oleh rakan-rakan mereka secara berperingkat dengan keseluruhan 22,320 jemaah sehinggalah penerbangan terakhir 27 September.

Cuaca di Madinah semalam sekitar 44 darjah celsius. Penulis merasakan panas terik dan berbahangnya. Hendak merasakannya sama seperti kita baru masuk kereta semasa panas terik. Dan kalau terus dibuka pendingin hawa, rasanya macam wap panas ke muka.

Namun keadaan di Madinah serta Mekah sekitar 38 hingga 41 darjah celsius itulah cuacanya. Ini dijangka berterusan sehingga Hari Wukuf di Padang Arafah 9 Zulhijjah, awal Oktober nanti.

Sebenarnya tidak ada masalah cuaca sebegitu kerana panas dan kering itulah ujian-Nya. Apatah lagi kalau dilihat kelibat rata-rata semua penduduk Madinah berjubah. Lelakinya lengkap berjubah putih, dengan potongannya `slim fit' dan 'regular fit' - terletak kemas pada tubuh. Wanitanya pula, sebahagian besarnya berpurdah serba hitam.

Ketibaan para jemaah haji Malaysia Rabu ini sememangnya cukup dinantikan oleh penduduk Mekah dan Madinah. Di Madinah, kedatangan jemaah haji negara menggembirakan penduduknya.

Saturday, 23 August 2014

LAPORAN HARIAN #HAJI1435H :LIHAT SEJARAH PERJUANGAN RASULULLAH DI 3 MASJID DI MADINAH



Laporan Harian Haji 1435H

23 Ogos 2014

Pagi ini selepas sahaja menunaikan solat subuh petugas-petugas media dibawa melawat 3 buah Masjid sekitar Madinah, masjid yang penuh dengan sejarah dan kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat2.

Lokasi pertama kami ialah di Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Lokasi kedua pula kami dibawa ke Masjid Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.


Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : KHUTBAH JUMAAT MASJID NABAWI MADINAH



Nota Khutbah Jumaat - Nota Khutbah Jumaat

22 Ogos 2014

MASJID NABAWI, MADINAH

1. Khatib membincangkan berkenaan Islah. Islah bermaksud perubahan sama ada dalam diri atau masyarakat dan sebagainya.

2. Takwalah kepada Allah dengan islah diri dan bentuk diri ke arah kebaikan.

3. Beberapa bentuk perubahan yang perlu dilakukan. Antaranya, Islah dengan banyakkan memberi nafkah dan sedekah.

4. Islah di antara kedua-kedua pasangan suami dan isteri. Jauhkan diri daripada perbuatan yang boleh menyebabkan Nusyuz dan Syiqaq antara suami isteri.

5. Islah dapat membentuk keluarga yang harmoni.

6. Islah dalam bentuk hubungan silaturahim sesama umat.

7. Islah hubungan dengan jiran.

8.Islah hubungan dengan kaum kerabat dan keluarga.

9. Islah hubungan dengan dua orang yang sedang bergaduh.

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : PERJALANAN KE BUKIT UHUD DAN SOLAT GHAIB MH17 #Haji1435H


Hari kedua 22 Ogos 2014 di Madinah petugas Media Haji 1435H di Bawa melawat Bukit Uhud di Madinah tepat jam 7 pagi. perjalanan mengambil masa 10 minit dari Masjid Nabawi.

Berdekatan bukit Uhud juga terdapat makam para syuhada sahabat2 Nabi SAW yang terkorban dalam perang uhud. Hati sedikit bangga ada beberapa papan kenyataan dalam pelbagai bahasa termasuk bahawa Melayu. sedikit kisah tentang sejarah Uhud kami kongsikan

Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit di utara Madinah denganu ketinggian sekitar 1.077 meter. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.

Selesai di Bukit Uhud kami bergegas ke Ibu Pejabat Tabung Haji di Madinah untuk menunaikan solat sunat Ghaib dan Tahlil buat jenazah Mangsa MH17 yang beragama Islam secara berjamaah bersama petugas-petugas Tabung Haji lebih kurang 50 orang

Al-Fatihah

* pembaca juga boleh mengetahui berita2 terkini musim haji di Page Mukhriz Mahathir FC

#MMFC #KedahKeMekah #Haji1435H #MH17

Friday, 22 August 2014

LAPORAN HARIAN HAJI 1435H : PETUGAS MEDIA HAJI SELAMAT TIBA DI MADINAH #Haji1435H


Alhamdulillah petugas media tabung haji selamat tiba di jeddah tepat jam 4pm waktu Arab Saudi setelah berlepas dari Doha Qatar

Setelah tiba petugas media di bawa ke wisma Tabung haji jeddah utk makan malam dan taklimat oleh Konsul Haji di Mekah iaitu Haji Redhuan Sabaruddin


Saturday, 2 August 2014

PANAS : ISU PANTAI JOHOR, PAS KEDAH PUNYA TAIK LAGI NAK TUDUH BN! ! HUH


Geli ketiak aku semalam apabila terbaca dalam blog puak pakatan yang Pas Kedah cuba nak jadi Hero isu Pasar Malam Pantai Johor di Alor Setar semalam siap maki hamun BN Kedah lagi. 

Isu ini masa zaman depa lagi,  depa punya TAIK lepas tu tuduh TAIK tu BN punya angkara. Huh! !! 

Hampa nak tau cerita sebenar jom baca artikel di bawah ; 

Semalam kecoh pasal isu Pasar Malam Pantai Johor, tak dinafikan pasar malam Pantai Johor sudah lama beroperasi. Ia merupakan tapak pasar malam sementara sebelum menunggu tapak pasar sebenar siap dibina dan dipindahkan untuk kekal beroperasi. Kalau dulu, negeri Kedah ni negeri yang agak lembab ekonominya, soo kereta pun tak banyak.

Tapi lanie dah beza, jalan sudah diperbesarkan, tetapi ianya gagal menampung kesesakan lalulintas di jalan-jalan utama. Akibat daripada kesesakan tersebut, dikenalpasti ada diantara pasar malam tepi jalan menjadi punca utama. Termasuklah salah satunya pasar malam Pantai Johor.

Diatas sebab demikian, arahan dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk pepindahan pasar malam tersebut. Malah notis yang dikeluarkan oleh MBAS itu disokong oleh Menteri Besar Kedah untuk penutupan dan perpindahan.

Maka tarikh tamat notis tersebut adalah pada 1 Ogos 2014, penutupan dan perpindahan pasar malam Pantai Johor diberi notis 24 jam semula pada 31hb Julai 2014 dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2014 berpandukan arahan pada notis mula-mula dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBAS dan Menteri Besar Kedah.

Selepas kecoh dan riuh rendahnya penutupan pasar malam Pantai Johor, Pas Kedah yang diketuai oleh YB Amirudin, adun Anak Bukit (kaki sapu bini orang) menjadi hero kononnya BN Kedah kejam, zalim, jahat dan segala macam lagi depa bubuh nak bagi nampak BN Kedah ni tak elok.



Jika anda baca balik tulisan diatas, anda mesti nampak arahan dari Menteri Besar Kedah. Arahan awal dan notis awal dikeluarkan oleh Datuk Bandar Alor Setar atas arahan Menteri Besar Kedah Allahyarham Ustaz Azizan Razak (bukan Mukhriz Mahathir). Notis awal tersebut dikeluarkan pada 4 tahun lepas, semasa perancangan awal untuk mengubah pasar malam terbabit ke tapak baru yang hanya beberapa meter dari tapak asal.

Friday, 1 August 2014

PANAS LAGI : PAS KEDAH VS PKR, PI PEBAIK PARTI HAMPA DULU - SANUSI


Aku makin tertarik dengan pergolakan perang nuklear antara Pas Kedah dan PKR ni. Selepas perang Sanusi Setpol dengan Saifudin dan Rafizi kini perang nuklear ni beralih arah kepada PKR Kedah iaitu Ketua Penerangan PKR Kedah Dr Azman Ismail. 

Makin parah dah 2 parti satu bumbung reput ni. Jom ikuti apa kata Sanusi ; 


Sanusi: Kalau tak tahu, lebih baik diam

ALOR SETAR - Pemimpin PKR di negeri ini diingatkan tidak mengkritik pemimpin komponen PR yang lain sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar semasa pemerintahan kerajaan PR yang diterajui Pas suatu ketika dahulu.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pendedahannya yang dikeluarkan di media sosial itu adalah benar dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

Menurutnya, hanya individu yang mempunyai pengalaman dan merasai keperitan ‘menjaga’ PKR semasa zaman pemerintahan Pas di Kedah mampu menceritakan kebenaran situasi pada ketika itu.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive