sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 24 February 2014

HOT NEWS !! UMNO DAN PAS BAKAL BERSATU DI PUTRAJAYA ATAS SATU PEGANGAN IAITU ISLAM ?? #SelawatPerdana




Salam buat semua pembaca sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terutama mereka yang beragama Islam tak kita berbangsa Melayu atau bukan bangsa melayu. Buat seketika kita letakkan perbezaan pendapat dan idealogi politik ke tepi buat sebentar. Marilah kita lakukannya atas nama agama yang kita sanjung iaitu Islam dan kita lakukannya kerana sayangnya kita kepada nabi junjungan kira Rasullullah swt.


Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal. Majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )



Atas rasa sayangkan agama iaitu Islam adalah dirayu kepada semua yang membaca artikel ini agar sama-sama membantu mempromosikan dan jika punya kelapangan untuk hadir sama ke majlis agama seperti ini.


Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :


Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram : @SelawatPerdana


Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan yang akan turut sama hadir ke program Selawat Perdana ini dan semoga Allah swt memberikan pahala kepada tuan/puan yang turut sama menyebarkan berita baik ini kepada orang lain selaras dengan janji Allah dalam surah Firman Allah SWT :


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ


Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Marilah kita sama-sama menghayati kemerduan qasidah memuji nabi junjungan kira Rasullullah swt... selamat berzikir dan berqasidah



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive