Penulis tidak faham kenapa Akhbar Sinar Harian terus melaporkan berita yang tidak benar kepada rakyat. Mengenai isu bencana puting beliung yang melanda Pendang baru-baru ini, akhbar Sinar Harian ini telah melaporkan berita yang tidak betul.
Katanya bantuan tidak di terima mangsa ribut itu. Hari kedua kejadian penulis turut bersama Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz, Adun Sungai Tiang, Ketua Umno Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan pelbagai Agensi telah melawat dan Dato Seri MB sendiri memberi sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa kejadian.
Agensi-agensi kerajaan juga di arahkan membuat penilaian dan memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa terlibat.
Penulis berasakan kenyataan dari Sinar Harian ini adalah satu perbuatan yang berniat jahat dan menyebarkan berita palsu kepada rakyat.
Bukan sekali akhbar ini membuat berita palsu dan fitnah, sebelum ini mereka memutar belitkan cerita kononnya Sultan tegur kepimpinan Dato Seri Mukhriz dan ia telah mendapat bantahan dan kemarahan pejabat Istana Kedah.
Jika begini sikap Akhbar Sinar Harian tidak mustahil ia akan menjadi akhbar 'sampah' di mata rakyat.
3 comments:
Komen je x lut. Saman je sinar harian ni.
Pemimpin UMNO mana ada telor
Akbar Sinar ni dari dulu memang sokong pembangkang.
Post a Comment