Pages
▼
Thursday, 26 February 2015
Video : Air Mata Aku Jatuh Jua Pagi Ini
Nyanyian Adik Ini Buat Semua Orang Nangis
Adik ni masuk Indonesian Idol Junior. Tapi sume nangis dengar nyanyian lagu yg ditulis sendiri untuk ibu bapanya yang sudah meninggal.
Post by Siakap Keli.
Wednesday, 25 February 2015
RAFIZI DI MATA RAKYAT MALAYSIA @ibdil @azwanbro Jom #DebatLiwat2
Rafizi Ramli seperti kita semua tahu dia pernah menjadi Pengarah Strategi PKR, dan kini menjadi Naib Presiden PKR dan juga Setiausaha Agung PKR. Dia terkenal dengan kegagalan ‘Kajang Move’. Rafizi Ramli merupakan pengarah strategik PKR ketika itu. Kedudukannya sepatutnya menggambarkan beliau merupakan pakar strategi. Namun, semenjak "Kajang Move" watak pakar strategi hanyalah omongan kosong.
Langkah-langkah politik yang diambil oleh Rafizi di lihat mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat Malaysia.
Rafizi ada mengatakan ‘jika harga minyak turun, harga barangan juga akan turun’. Sejauh manakah kebenaran di sebalik teori ini?
Namun Rafizi terbukti gagal dalam teori ekonominya. Seperti yang dijangka, Rafizi kerap kali kalih kepada GST (Goods & Services Tax) apabila teori ekonominya menemui kegagalan. Beliau sering menggunakan GST sebagai alasan punca kenapa harga barang tidak turun walaupun minyak sudah semakin murah.
Maka tidak hairanlah mengapa sekarang rakyat mengingati Rafizi sebagai ikon “Minyak Murah, Harga Barang tidak murah-murah”.
CABARAN DEBAT RAFIZI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
Baharu ini Rafizi ada melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Topik yang dipilih Rafizi ialah ‘Penghakiman Kes Liwat II Anwar Ibrahim’.
Tuesday, 24 February 2015
Monday, 23 February 2015
Terkini : Mahpuz Omaq Kencing Wartawan Hidup-hidup !!! Jenis Haprak
Kah kah kah.. Mahfuz.. Mahfuz.. senak perut aku ketawa.. wakakakaka
Tele - Konferen antara Mahfuz & Sirul tak berjaya selepas 15 kali cuba di hubungi.
Walhal sebelum ini pihak Aussie tidak memberi kebenaran tele - konferen ini.
Apabila wartawan bertanya kepada Mahfuz, bukan kah beliau berjaya menghubungi Sirul sebelum ini?
Mahfuz menjawab : " Itu gurauan"
Wakakakakakaka..
Video : CEO SADA BALUN MAHFUZ OMAR
Makin melalut pulak Mahpuz ni aku tengok, dah terbelit dengan jawapan dari SADA di kona pi kot lain pulak !! Mula-mula bising kata SADA nak bawak naik TARIF AYAQ kat Kedah padahal SADA tak penah duk bincang pun pasal TARIF AYAQ, Lepas Terbelit dengan jawapan SADA, MAHPUZ Kona pulak kata SADA nak buat untung BESAQ nak bagi kat Kerajaan Negeri !!
Apa punya ngok la Mahpuz ni !!! nak tunjuk pandai dan hebat bab kira-kira tapi bodoh piang !!! buat malu Pas saja oii !!
Ni hang dengaq apa CEO SADA Habaq na !! Jangan duk menFITNAH memanjang !!
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Din berkata, pelarasan deposit itu hanya membabitkan 1.73 peratus atau 9,401 daripada kesemua 540,000 pemegang
akaun Sada di negeri Kedah.
"Pelarasan deposit oleh SADA bukanlah satu isu kenaikan (tarif) sebagaimana diuar-uarkan atau langkah pertama untuk menaikkan tarif. Tarif bekalan air Sada
sebenarnya masih belum dibuat kajian. Ia tidak relevan langsung (dakwaan pembangkang)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Friday, 20 February 2015
Nik Nazmi Tak Payah Nak Guna Taktik Lapuk @azwanbro
Aku tak nampak pun masalah yang timbul apabila Tan Sri Shafee menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat mengenai kes liwat Anwar Ibrahim.
Rakyat dan juga penyokong Anwar sendiri harus tahu apa yang terjadi sebenarnya antara Anwar dan Shaiful. Jadi tidak ada perkara pun yang harus timbul. Kita nak tahu juga.
Mengenai isu Pemuda memberi ruang kepada Tan Sri Shafee di pentas mereka, aku rasa setiap pihak mempunyai hak untuk mendengar sendiri penjelasan dari Shafee kerana beliau dekat dengan kes liwat II Anwar ini.
Cabaran debat terbuka dari Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad, nak saja aku gelakkan Nik Nazmi ni, inilah wajah-wajah puak pembangkang, tak habis-habis dengan debatnya. Kalau debat tu berfakta ok juga tapi lebih kepada provokasi kepada Umno itu sendiri. Macam Anwar la waktu meroyan dalam kandang mahkamah apabila dijatuhkan hukuman. Peluang untuk berhujah tapi dimaki hamunnya Hakim-hakim mahkamah masa tu.
Bagi Naib ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, beliau menyarankan Nik Nazmi berhenti menggunakan taktik lapuk bila cabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai kes liwat Anwar.
"Shafee secara sukarela mahu menjelaskan cerita sebenar jadi kita tawar pentas Pemuda kepadanya.
"Tidak timbul soal menggunakan Shafee, selepas enam tahun kita diam kerana menghormati proses perundangan negara, kini tiba masa kami untuk menjelaskan semuanya kepada rakyat," katanya.
Khairul Azwan mengulas dakwaan Nik Nazmi yang menyifatkan Khairy terdesak dengan menggunakan Shafee sebagai 'alat' untuk mendapatkan kepercayaan rakyat di dalam siri isu liwat Anwar ke seluruh negara.
Tegas Khairul Azwan, Pemuda Umno juga tidak berminat malah tidak mahu mengendahkan langsung cabaran Nik Nazmi yang disifatkan hanya sia-sia jika disahut.
"Inilah waktu kita turun padang memperjelaskan tuduhan dan juga memberitahu cerita sebenar terhadap dakwaan mereka kononnya isu ini merupakan konspirasi BN dan Umno.
"Tidak guna jika menghabiskan masa untuk berdebat dengan orang yang sentiasa menipu dan lari dari fakta sebenar.
"Kita rasa AMK harus menerima cadangan Pemuda Umno supaya mereka pergi berdebat dengan peguam-peguam Anwar yang gagal membela ketua mereka sendiri," jelasnya.
Dalam pada itu kata Khairul Azwan, nilai pembangkang kini kelihatan sangat murah dengan berselindung di sebalik Majlis Peguam di dalam setiap tindakan mereka.
"Cerminlah diri sendiri. Tidak payah hendak menuduh semberono jika diri sendiri tidak betul dan menggunakan Majlis Peguam sebagai pelindung," ujarnya.
Thursday, 19 February 2015
Kedai Biadap Letak Kasut Babi Depan Kedai Di QueensBay
Aku kongsikan kemarahan seorang pembeli yang terianaya akibat perbuatan kurang ajar sebuah kedai di queensbay meletakkan kasut "Pig Skin" di ruang paling hadapan kedai mereka.
Selalunya orang ramai tidak membaca dahalu apa yang di tulis dan terus memegang kasut yang diperbuat daripada hasil babi seperti kulit dan lain-lain lagi.
Aku sendiri penah terkena perkara serupa, perbuatan peniaga yang seolah sengaja mahu kenakan umat Islam.
Mereka meletakkan potongan hebat pada kasut itu tetapi meletakkan nota kasut diperbuat dari hasil babi diletakkan dicelah-celah kasut.
KPDNKK dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri harus memandang serius perkara ini. Bertindaklah demi kepentingan beragama di Malaysia ini.
Jangan sampai rakyat yang ambil tindakkan.
Tuesday, 17 February 2015
ISIS Malaysia : Nora Danish Report Polis
Video manusia tak ada kerja yang menunjukkan mereka memegang potret si comel Nora Danish tetapi membuat ugutan mahu mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara pada 18 februari ini mengemparkan seantero Malaya.
Dalam video itu jelas mereka memegang gambar Nora tetapi motif mereka memegang gambar Nora tidak dapat dipastikan lagi.
Nora semasa dihubunggi Sinar harian semalam berkata beliau akan membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan dalam video sekumpulan empat lelaki bertopeng itu.
Nora yang mengetahui video tersebut menerusi seorang rakan tengah hari tadi, enggan memberi komen lanjut mengenai video terbabit.
Monday, 16 February 2015
500 Warga Emas Tiong Hoa Terima Sumbangan Dari YTPS @azwanbro
Petang tadi Yayasan Tranformasi Pasir Salak (YPTS) dengan kerjasama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) telah mengadakan program Sejahtera Rakyat Sempena Tahun Baru Cina di Parlimen Pasir Salak.
Program ini disampaikan sendiri oleh Pengerusi YPTS, Khairul Azwan Harun yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Majlis ini di hadiri lebih 500 masyarakat Cina yang menentap di Parlimen Pasir Salak dan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin.
Saturday, 14 February 2015
Anwar Boleh Guna Media Sosial !! Apa Cerita Ni Menteri KDN ?
Apakah keistimewaan Anwar Ibrahim sampai dibenarkan terus menggunakan medium media sosial untuk balun Kerajaan kerana melarangnya keluar dari penjara untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Nik Aziz.
Apakah di Penjara di benarkan menggunakan internet kepada Banduan-banduan penjara? Berasa curiga atas keistimewaan ini jadi aku mahu penjelasan dari Menteri Dalam Negeri mengenai perkara ini.
Hari tu aku baca dalam paper Menteri KDN kata layanan kepada Anwar sama saja seperti SOP kepada banduan lain . Tidak ada yang istimewa tetapi di facebook dan twitter anwar masih aktif.
Sama ada ia digunakan oleh admin ataupun keluarga Anwar mahupun beliau sendiri dari dalam penjara.
Aku akan tunggu jawapan dari menteri KDN ini bagi merungkai apa yang terasa dihati ..
Peminat Fanatik Cemburu Yana Samsudin Bergelar Isteri
Kedua-dua pasangan kelihatan segak mengenakan pakaian dari rona putih.
Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan teman wartawan.
Fadzil membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Fadzil turut membawa mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM50,000.
psssstttt : siapa yang cemburu tu ya ? muahaha aku pun tak tau .. apapun tahniah buat yana dan suami ... jom tengok gambar2 di bawah
Friday, 13 February 2015
Amerika Jangan Belagak Pandai - @azwanbro
Siapa yang tak kenal perangai Amerika yang suka mencampuri urusan negara lain, dalam kes Anwar yang dijatuhkan hukuman menjara 5 tahun kerana
Kesalahan
Dari dulu Amerika memang mempertahankan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah sekutu rapat mereka dan mengharap Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia agar mudah tunduk atas setiap arahan.
Bagi Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, Amerika Syarikat berperangai seperti kanak-kanak kerana mempertikaikan dan mencampuri urusan negara orang lain.
Amerika juga dilihat sebuah negara ekstremis kerana menjadi penyibuk dan menjaga 'tepi kain' negara secara keterlaluan yang melampaui batasan diplomatik serta demokrasi sedia ada.
"Anwar dan Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) bukan rakyat Amerika, jadi mereka tidak payah hendak menyibuk hal negara kita. Ini soal Anwar dan bekas pembantu dia dahulu dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau rakyat Amerika.
"Pentadbiran Rumah Putih juga dangkal sistem demokrasi dan kehakiman kita. Negara Uncle Sam berlagak pandai seolah-olah mereka arif sangat apa yang sedang berlaku.
"Amerika sendiri banyak isu hak asasi dan perundangan sendiri yang perlu diperbaiki dahulu," katanya
Thursday, 12 February 2015
Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Sebentar Tadi
Dimaklumkan bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali Kerahmatullah tepat jam 9.45 tadi di rumahnya.
Perdana Menteri di satu majlis di Kuala Lumpur telah memberhentikan ucapan beliau dan menyeru kepada hadirin untuk mensedekahkan Al-Fatihah untuknya.
Akan menyusul
Wednesday, 11 February 2015
Dr Hatta Ramli Orang Kuat Anwar Rupanya !!! Dedah !!!
Pagi tadi Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar melancarkan kempen "March to Freedom" selepas ayahnya dihukum penjara, semalam.
Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas ayahnya sebelum ini.
"Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya
Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.
Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.
Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.
Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.
"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.
Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.
Tuesday, 10 February 2015
Mat Sabu Bakal Calon PRK Permatang Pauh ?
Belum pun 24 jam Anwar berada di penjara, kem Pakatan Rakyat dikatakan teLah mula berebut untuk bertanding dalam PRK Permatang Pauh.
PRK dikatakan ada calon pilihan yang mahu diletakkan iaitu Mat Sabu . Ehh betui ka ni ? Tapi kalau betui pun kita tak heran sebab Mat Sabu adalah sekutu rapat Anwar dan Dap.
Cuma aku duk fikir adakah Pas setuju untuk meletakkan Mat Sabu. Yalah Mat Sabu ni kalah teruk di Pendang dalam Pru 13 dan juga musuh kepada Pro Ulama dalam Pas.. tentu Pas tak mahu hancurkan harapan ahli-ahlinya yang pro Ulama.
Jika betui ini terjadi maka kita akan lihat Puak2 Pasma dalam Pas akan ke hadapan untuk membantu Mat Sabu kerana Mat Sabu juga diantara mereka kan kan ...
Bagi aku PKR sebenarnya dah tak ada calon yang layak dan ketandusan kepimpinan selepas PRU13.
Apapun kita tunggubdan lihat perebutan kerusi panas ini dalam kem Pakatan Rakyat.
Terkini !! Anwar Tiba Di Penjara Sungai Buloh
Mahkamah hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.
Moga Anwar dapat muhasabah diri dan ingatlah Pintu taubat Allah sentiasa terbuka .. Semoga keputusan ini diterima dengan hati yang terbuka .
Kantoi !! MAT SABU MENGAMOK PADA TOK GURU HADI ISU ANWAR
Panas gila kem Pas la ni no , satu team yang di bela oleh Anwar dan DAP .. satu lagi team yang memang pejuang Pas betui-betui. Huh
Tadi kecoh jugak kem Pakatan Anwar apabila Satu kenyataan rasmi dari Presiden PAS mengenai Pas tidak menyeru mana-mana ahli untuk hadiri sokongan pada Anwar esok di Putrajaya.
Kita pun tau Kem Pas sejati memang tak ngam dengan PKR dan DAP tp masalah paling besar Pas adalah group Pasma dan kita tau Mat Sabu adalah antara manusia yang mahu jatuhkan Tok Guru Hadi Awang ..
Cuba kita lihat sendiri mesej daripada Setpol Tok Guru yang terpaksa kata surat tu palsu kerana Abg Mat Sabu kita marah ..
Hoho apa dah jadi .. dah macam mat Sabu pulak yang jadi presiden Pas .. adohhh makin parah Pas la ni .. dah jadi dua puak ...
Pada aku inilah kesannya apabila Pas bergabung dengan PR dulu .. bila Dap dan Pkr tak boleh makan geng2 Ulama Pas akhirnya mereka cari jalan untuk pecahkan Pas ..
Betulahkan .. manusia ni bila dijamu dengan pangkat,harta, duit ringgit segala perjuangan lebur mcm tu saja ....
Apapun eson kita boleh lihat siapa yang dibela oleh PR dan sapa Pro ulama Pas ... adiosss
LIWAT TETAP LIWAT
Monday, 9 February 2015
TUN M Rasmi Muzium 3D Langkawi
LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.
Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.
Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan.
Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan muzium itu sebagai satu kejayaan baharu untuk mempromosikan aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village, di mana terletaknya perkhidmatan kereta kabel yang begitu popular dalam kalangan pelancong.
PAS Tidak Seru Ahli Ikut Demo Untuk Anwar - Haji Hadi
Menarik jugak kenyataan Presiden PAS ni berkenaan isu Anwar yang akan dijatuhkan hukuman bersalah ataupun tidak esok di Mahkamah Putrajaya.
Menurut kenyataan Hadi, PAS tidak pernah menyeru ahli-ahlinya berkumpul di Putrajaya esok. Jika ada ahlinya yang terlibat ianya hanyalah bersifat peribadi mereka.
Aku dengar semalam dalam mesyuarat PR, Hadi lantang menentang beberapa perkara yang dibangkitkan oleh DAP dan PKR terutamanya isu Hukum Hudud dan pilihanraya PBT di Pulau Pinang.
Tiada kata putus dapat diperoleh PR semalam dalam beberapa isu. Tentunya perkara ini meresahkan DAP dan PKR juga penentang-penentang Hadi dalam PAS.
Sunday, 8 February 2015
Isu Harga Barang, Pemuda Umno Hantar Memorandum Ke KPDNKK @azwanbro
Mengenai isu harga barang yang masih belum turun, Pemuda UMNO Malaysia telah menghantar memorandum cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha Pemuda Umno membantu Kementerian menyelesaikan isu ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun mengetuai delegasi Pemuda Umno bersama Mohd Ar Rahman Husin yang juga Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup (KASKH) dan beberapa Exco Pemuda telah hadir ke Kementerian di Putrajaya menghantar cadangan memorandum itu kepada Menteri KPDNKK.
Menurut Azwan, memorandum ini adalah hasil perbincangan pihak Pemuda Umno Malaysia dalam membantu kerajaan melalui KPDNKK bagi mencari jalan untuk menangani masalah harga barang.
" Pemuda Umno telah meneliti beberapa perkara berkaitan intipati cadangan yang disampaikan melalui memorandum ini, bagaimanapun kita yakin KPDNKK dibawah kepimpinan YB Dato' Seri Hassan Malek telah mempunyai perancangan yang teliti untuk dilaksanakan". Ujarnya.
Tuesday, 3 February 2015
Kesabaran Melayu Sudah Sampai Waktunya
Aku tertarik dengan kenyataan dari Facebook Ramesh Rao mengenai isu kenyataan Dato Seri Ismail Sabri tentang peniaga Cina. katanya :
Jika Kenyataan Ismail Sabri Dianggap Terlampau,Bagaimana Pula Dengan Fitnah DAP & PKR Yang Mendakwa
1.BarisanNasional Pembunuh Teohbenghock ?
2.Kerajaan Barisan Nasional Kerajaan Berasuah?
3.40K Bangla Menangkan Barisan Nasional?
4.Najib razak Pembunuh Altantunya ?
5.300K Kaum India Dinafikan Hak Kewarganegaraan
Dan Banyak Lagi Fitnah dan Hasutan Terlampau Terhadap Barisan Nasional.Malahan Mereka Masih Lagi Bebas Menabur Fitnah!!!
Aku tumpang bangga kerana orang seperti Ramesh Rao boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Cukuplah kita rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu bersabar, akibatnya mereka ini naik TOCANG dan pijak kepala kita.
Aku tumpang bangga kerana orang seperti Ramesh Rao boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Cukuplah kita rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu bersabar, akibatnya mereka ini naik
Mereka sudah bangga kerana boleh menguasai ekonomi dan perniagaan di Malaysia ni tapi mereka lupa kerakusan mereka ini membuatkan negara dalam bahaya 'perkauman' akibat dari perbuatan mereka sendiri .
Mereka marah bila rakyat Malaysia mula bercakap tentang isu ini terutama seperti keluar dari mulut seorang Menteri yang mempertahankan hak rakyat .
MCA PONDAN
Bagi aku MCA sekarang seperti PONDAN , mereka langsung tidak mempertahankan parti-parti komponen lain apabila diserang oleh DAP dan Pakatan Rakyat tetapi bila isu mengaitkan peniaga-peniaga cina ini mereka boleh pulak duduk semeja kononnya memperjuangkan nasib bangsa Cina !!
Bagaimana nasib BANGSA MELAYU diperlakukan seperti di bawah ini ??
Dimana suara MCA membantu orang Melayu apabila diskriminasi KAUM berlaku dalam syarikat-syarikat milik KAUM CINA ?
Jelaslah pada kita semua bahawa MCA ni tak punya nilai apa-apa buat rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional. Sama saja seperti DAP
Ingatlah Melayu, mereka telah menunjukkan belang mereka apabila mereka berkuasa, cukuplah bangsa kita dipijak oleh mereka ini !!
Penyatuan kita dapat menumbangkan mereka dan menundukkan sikap biaDAP mereka.
Ayuh Bangkitlah Pengguna @AzwanBro #tolakpeniagadegil #boikot
Kita dapat lihat betapa peniaga-peniaga Cina marah termasukalah pemimpin Pakatan Rakyat apabila Dato Seri Ismail Sabri meluahkan perasaan kecewa dan menasihati pembekal, pemborong dan peniaga Cina agar bersama mebantu untuk menurunkan harga barang.
Aku melihat dari kaca mata sebagai pengguna dan rakyat Malaysia sendiri bagaimana mereka ini hanya pandai bercakap tentang harga minyak yang tinggi, kos itu ini yang membebankan mereka, persoalannya sekarang adalah ketika ini harga minyak turun dengan banyak jadi di mana lagi alasan mereka untuk tidak menurunkan harga barang-barang?
Inilah sikap tamak dan melampau mereka !! Marah bila orang bersuara tetapi mereka sendiri menunjukan sikap yang tidak baik !!
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah
Monday, 2 February 2015
MH370 Terus Menjadi Misteri Terbesar Dalam Sejarah Penerbangan Dunia
Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.
Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan? Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?
Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas kapten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seorang pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata saiz sebuah pesawat B777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.
"Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus kedalaman pesawat MH370.
"Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pesawat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung," katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.
Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia. Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Abdul Rahmat, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia menjelaskan, pencarian untuk MH370 bukanlah satu pencarian yang mudah dan mencadangkan agar kapal dan peralatan ditambah bagi memperkuat operasi pencarian pesawat Boeing yang ke-404 dibina itu.
Memetik laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu, beliau berkata kawasan pencarian MH370 bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai 'lengkungan ketujuh' di lautan tersebut.
Ia ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.
Senada dengan Abdul Rahmat adalah Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang berpendapat lokasi pencarian adalah tepat kerana ia berdasarkan analisis terperinci akan isyarat 'ping' yang berasal dari pesawat itu yang mana setiap ping mempunyai "pengenalan" nya yang tersendiri dan pengenalan ping ini menunjukkan yang ia memang berasal dari MH370.
"Lokasi di selatan Lautan Hindi yang di "tunjukkan" oleh Inmarsat dikukuhkan lagi oleh radar yang mengatakan pesawat MH370 telah bergerak ke laut Andaman. Pencarian telah dilakukan dengan menggunakan aset yang mencukupi dan canggih.
"Cuma lokasi pencarian telah dikenal pasti lebih kurang seminggu selepas pesawat itu dilaporkan hilang. Dalam tempoh seminggu ini, serpihan atau pesawat tersebut mungkin telah dibawa arus ke lokasi-lokasi lain mengikut pola arah ombak dan angin. Inilah yang menyukarkan pencarian serpihan dan pesawat tersebut," katanya.
Mohd Harridon yang juga ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universti Kuala Lumpur (UniKL) itu menjelaskan satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kebanyakan serpihan ini diperbuat daripada bahan metalik yang mudah tenggelam, jadi pencarian adalah lebih kepada pencarian dasar laut dan ini mengambil masa yang agak lama.
Menurutnya ini kerana dasar laut di selatan Lautan Hindi mempunyai lurah dan bukit bukau yang menindaskan lagi operasi pencarian dan disebabkan kawasan dasar laut ini belum lagi dipetakan, ia menyukarkan lagi pencarian.
Sehubungan itu, Mohd Harridon mencadangkan kaedah matematik digunakan untuk menambahkan lagi keberkesanan pencarian.
"Kaedah yang saya cadangkan ialah kaedah kebarangkalian iaitu "Bayesian Inference" di mana kaedah ini akan mengambil kira beberapa kebarangkalian dan kaedah ini akan mengambil kira pola angin, ombak, beberapa orientasi pesawat ini mungkin menjunam ke laut, berat pesawat berdasarkan minyak yang digunakan, dan lain-lain lagi.
"Dengan kaedah ini segala maklumat dan data akan diguna pakai dan kemungkinan ini akan mengecilkan lagi radius pencarian," kata Mohd Harridon.
Mengenai persoalan apabila kerajaan dan pasukan pencari telah mengisytiharkan pesawat itu hilang, beliau berkata mengikut undang-undang antarabangsa, satu penyiasatan menyeluruh akan diadakan.
Sunday, 1 February 2015
Panas !!! Orang tengah dan kartel pensabotaj ekonomi negara - @AzwanBro
Harga minyak dah 2 kali turun tahun ini, namun rakyat Malaysia masih dihidangkan dengan kedegilan pihak pengeluar, pemborong, dan pembekal menurunkan harga barang-barang. Dulu alasan mereka adalah kos pengangkutan mahal akibat harga minyak naik, nah sekarang dah dua kali turun tapi harga barang terus meningkat.
Siapa yang desak kerajaan untuk turun harga minyak melainkan puak-puak ini yang meminta pihak Pakatan Rakyat sendiri untuk menekan kerajaan turunkan harga minyak !!
Dimana suara-suara lantang Rafizi dan Pihak-pihak Pakatan ? mengapa tidak ditekan kepada pihak-pihak ini agar menurunkan harga barang ?
Aku petik kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun di laman sesawang www.astroawani.com
Tudiaa !!! Nik Abduh Balun Guan Eng Kaw Kaw !!! @cmlimguaneng
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang anggap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak pandai buat kerja berkaitan dengan musibah banjir terburuk, bulan lalu.
Sebaliknya, Nik Abduh bersyukur kerana menteri besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sebelum ini.
Nik Abduh berkata, hasil daripada sikap teladan mulia tersebut, membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan.
“Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB (menteri besar) kaya dan bongkak. Adakah ALLAH SWT akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk habiskan wang untuk membantu?,” kata Nik Abduh dalam Facebooknya.
Dalam masa sama, Nik Abduh berkata, kerana tauladan mulia kepimpinan di Kelantan, telah menyebabkan puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir dari seluruh rakyat Malaysia sampai ke negeri ini.
“Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan penuh dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara.
“Definisi baru demokrasi tegar ketua menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah, you are fired (awak dipecat)!” katanya.
Sebaliknya, Nik Abduh bersyukur kerana menteri besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sebelum ini.
Nik Abduh berkata, hasil daripada sikap teladan mulia tersebut, membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan.
“Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB (menteri besar) kaya dan bongkak. Adakah ALLAH SWT akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk habiskan wang untuk membantu?,” kata Nik Abduh dalam Facebooknya.
Dalam masa sama, Nik Abduh berkata, kerana tauladan mulia kepimpinan di Kelantan, telah menyebabkan puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir dari seluruh rakyat Malaysia sampai ke negeri ini.
“Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan penuh dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara.
“Definisi baru demokrasi tegar ketua menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah, you are fired (awak dipecat)!” katanya.
rakyat news