sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 23 July 2015

Cerita Panas Seminggu Mengenai Isu 1MDB

Ikuti rentetan insiden yang menjadi inti pati rangkuman peristiwa melibatkan 1MDB sepanjang minggu ini. -Gambar fail

Sorotan seminggu isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Kes melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menjadi tumpuan ramai sejak beberapa bulan lalu.

Peristiwa penangkapan beberapa individu, penyerahan bahan bukti oleh sebuah akhbar, selain penutupan akses kepada sebuah portal yang didakwa boleh mengganggu-gugat kestabilan negara menjadi inti pati rangkuman peristiwa melibatkan 1MDB sepanjang minggu ini:

15 JULAI: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terdapat bukti kukuh termasuk pengakuan video dalam satu laporan polis oleh individu tertentu.

Individu tersebut akhirnya didedahkan sebagai salah seorang pengarangSarawak Report, Lester Melanyi.

Dalam video berkenaan, individu itu menamakan beberapa pemimpin pembangkang.


15 JULAI: Abdul Rahman mendakwa terdapat bukti kukuh termasuk sebuah video pengakuan (oleh Melanyi) disertakan bersama satu laporan polis dibuat Presiden sebuah NGO iaitu Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao Krishnan Naidu.


Abdul Rahman menyokong dakwaan Melanyi yang ada pemimpin pembangkang bekerjasama dengan Sarawak Report untuk memalsukan dokumen berhubung 1MDB. - Gambar fail

16 JULAI: Sarawak Report melalui pengasas dan pengarang laman web itu Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan Melanyi bahawa dia salah seorang pengarang yang bekerja dengan portal berita itu.

Bagaimanapun, Melanyi menegaskan semua maklumatnya adalah tulen dan dia berpegang teguh kepada dakwaannya.

16 JULAI: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Abdul Rahman yang mengatakannya memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai 1MDB.


17 JULAI: Abdul Rahman terus berperang mulut dengan pihak pembangkang dalam mempertahankan Melanyi, selain menegaskan semua pihak harus memberi tumpuan kepada mesej yang dibawa Melanyi, bukan kredibilitinya.


19 JULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses ke portal berita Sarawak Report.

SKMM berkata pihaknya menerima aduan bahawa laman web itu memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan.


20 JULAI: Tony Pua bercadang untuk memfailkan saman terhadap Melanyi jika beliau tidak menarik balik dan memohon maaf berhubung dakwaan terdapat komunikasi di antara kedua-dua mereka awal tahun ini.

Tony memberikan Melanyi tujuh hari untuk menarik balik dakwaannya.


21 JULAI: Seorang pengarah sebuah syarikat swasta telah ditangkap Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi membantu siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Majistret Mahkamah Putrajaya Lau Eric pada Rabu telah mengeluarkan perintah tahan reman empat hari sehingga Jumaat.


Individu dipercayai berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 21 Julai berhubung siasatan berkaitan SRC International. -Astro AWANI/SHAHIR OMAR

21 JULAI: Sarawak Report mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Abdul Rahman Dahlan dan akhbar The New Straits Times serta beberapa pihak lain.

Sarawak Report memberitahu individu yang melemparkan kritikan terhadapnya sudah melampaui batas seterusnya itu dijadikan alasan Putrajaya untuk menyekat laman itu.

21 JULAI: The Edge menerbitkan artikel yang mendakwa 1MDB dan rakan usahasamanya PetroSaudi International telah menipu Malaysia berbilion ringgit.

Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Media Group, Ho Kay Tat kemudian dalam satu kenyataan media berkata telah menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya tentang 1MDB kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Set dokumen yang sama juga diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis.


22 JULAI: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak PDRM telah menerima dokumen berkenaan daripada The Edge.

22 JULAI: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta direman selama lima hari bagi membantu siasatan ke atas SRC International.

22 JULAI: Polis Singapura telah memulakan siasatan ke atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dua akaun yang terlibat dalam kes 1MDB.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 47 Akta Rasuah, Rasuah Dadah, Perdagangan Dadah dan Jenayah Berat Lain.

22 JULAI: Tony Pua telah dilarang meninggalkan negara ketika hendak menaiki pesawatnya yang dijadualkan mahu berlepas ke Yogyakarta, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Satu sidang media telah dibuat sejurus selepas itu dan Tony menyatakan bahawa dia menjadi mangsa salah guna kuasa.

Pua bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang selepas insiden beliau dihalang daripada menaiki pesawat untuk keluar negara pada 22 Julai, dan beliau percaya arahan halangan itu berpunca daripada kritikannya terhadap 1MDB. -Gambar fail

sumber berita astro awani 

2 comments:

roslan othman said...

Cerita lain itu aku terima la tapi cerita Rahman Dahlan guna Iban mabok tuak yang pernah anti islam tak berapa lama dulu tu yang buat aku gelak nak pecah perut , nak tutup bangkai gajah apa pasal pi guna bangkai mabok tuak kah kah kah .

Anonymous said...

Dah nak buat macam mana sama 2 mabok...!..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive