sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 27 July 2015

Berhenti Hentam Tun M - TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti menghentam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Muhyiddin, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.

"Lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," kata Muhyiddin semasa ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea," ujar Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Tambahnya, Tun Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein)."

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," kata Muhyiddin.

5 comments:

Anonymous said...

jarang manusia jujur pada orang lain pada zaman ini....kesetiaan rupa-rupanya boleh didagangkan tak kirala anda ulamak ,pemimpin mahupun rakyat biasa.Inilah ciri-ciri kejatuhan sesuatu tamadun bangsa.

paridah said...

hanya yg bijak tahu menilai kebijaksanaan orang lain....

Anonymous said...

semasa zaman tdm, tar mempunyai perbezaan pendapat yang banyak dengan tdm. bila terdapat ahli umno memberikan komen yang buruk terhadap tar, tdm sebagai presiden menegur dan mengarahkan agar tidak memburukkan tar walaupun waktu itu tar dikelilingi oleh musuh tdm seperti kuli dan gengnya. pendapat tar dalam akhbar the star juga tidak diganggu dan disekat. tdm akan menjawab teguran tar dan menjawab soalan wartawan yang mengaitkan dengan artikel tar. itulah hebatnya tdm yang menghormati orang tua. tetapi, sekarang, orang muda umno terlalu kurang ajar dalam penulisan dan percakapan mereka. tidak menghormati orang tua dan bodoh sombong.

Anonymous said...

I love Tun M dari dulu hingga sekarang. Jadi, semakin hentam Tun M, semakin saya meluat kat Ah Jib Gor.

Anonymous said...

Mahataik perosak bangsa.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive