sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 8 November 2015

Hentikan Operasi Rampas Cecair Vape! - @azwanbro



Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan terhadap pengusaha perniagaan berkenaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan merampas cecair berkenaan bukan penyelesaian kepada isu yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

"Saya desak KKM menghentikan operasi merampas stok cecair vape ini. Bukan ini caranya selepas Kerajaan putuskan tidak melarang vape di negara ini.

"Caranya ialah dengan membimbing dan mendidik pengusaha serta pengguna vape ke jalan yang betul iaitu dengan panduan mengeluarkan cecair secara dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bukan dengan merampas," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Khamis, KKM sudah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Terdahulu, menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.

Katanya, kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Mengikut Akta, nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilangkan, mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen.

Dalam pada itu Khairul Azwan menimbulkan pertanyaan pihak mana yang akan membayar semula ganti rugi rampasan kepada pengusaha vape yang terlibat.

"Sudah jelas pengusaha ini sudah berbelanja besar dan membuat pelaburan serta kos yang sudah dihabiskan.


"Siapa akan bayar balik ganti rugi? Kerajaan seharusnya memberi panduan dan membantu kawal selia. Merampas bukan penyelesaiannya," ujarnya.

Pada 29 Oktober lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

Ia sekali gus dilihat berita baik kepada pengguna vape, pembuat perisa vape dan penjual vape.

3 comments:

Anonymous said...

HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

JUMPA LAGI DI PRU-14.

SEKIAN TERIMA KASIH.

SEPUTIH KAPAS said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

goyard store
yeezy 500 blush
a bathing ape
golden goose outlet
palm angels outlet
jordan shoes
golden goose sneaker
off white nike
ggdb sneakers
bape shoes

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive