Khabar angin itu kini diperkatakan gara-gara kelantangan Muhyiddin menyuarakan pandangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terutama selepas beliau tidak lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai termasuk ahli Umno untuk tidak percaya khabar angin tersebut dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
“Saya tak ada dengar pun, itu khabar angin. Anggap sahaja sebagai khabar angin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI), yang dipengerusikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment