sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 5 May 2016

1MDB : Angkara Najib , Malaysia Dalam Bahaya ?




BAGAIMANA AUTA SKANDAL 1MDB AKAN MENJERAT NEGARA KITA



Akhirnya Lim Sian See a.k.a Eric See-To si prepaid blogger telah menulis jawapan balas (rujuk blog dia) mempertahankan bosnya DS Najib Razak berhubung pendedahan dahsyat The New York Times berhubung siasatan bukan saja FBI tapi turut sama panel juri agung (grand jury) unit Inisiatif Menyelamatkan Aset Rompakan Kleptocrat di bawah Justice Department yang lebih kurang macam kita punya Jabatan Peguam Negara.

Lim Sian See adalah "spinmeister" kelas satu. Tertinggi. Dapat maklumat terus dari PMO dan 1MDB. Sifat dan modus operandi Lim Sian See adalah “spin" atau auta.

Pusing dan auta sampai pembaca tidak dapat tumpu “essence” kepada pendedahan penting New York Times, dan Wall Street Journal. Dan beliau dibayar untuk jaga imej 1MDB dan Najib Razak, sekali sekala adalah tolong UMNO dan Barisan Nasional. Sebab itu dia buat “fake account”. Lim Sian See bukan nama sebenar. Dan beliau juga disokong oleh para bloggers seperti Seademon, BigDog, Rocky Bru juga tidak lupa Pak Haji CFO kita Azmi Arshad dan laman-laman pro-Najib/UMNO seperti MyNation.

Di samping itu Lim Sian See juga kitar semula dan “amplify” kerja-kerja kotor Raja Petra dan juga laman-laman blog yang mengugut Tun Mahathir, SPRM, Tony Pua, Bank Negara (Zeti, Shamsiah), Sarawak Report atas tuduhan palsu lagi batil kononnya mereka semua ini ingin gulingkan kerajaan di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code).

Dalam keghairahan mereka menyerang Tun Mahathir dan pertahankan Najib Razak, cyber trooper paling hebat mereka Lim Sian See samada lupa atau SENGAJA tinggalkan fakta-fakta yang lebih penting yang didedahkan FBI, Justice Department (DoJ) dan The New York Times. He simply omitted the most glaring fact of that report!

Kenapa? Sebab KPI mereka hanya jaga Najib Razak dan 1MDB. BUKAN Jho Low! Apatah lagi seorang wanita yang The New York Times (NYT) telah bongkarkan namanya yang kini dalam perhatian FBI dan DoJ iaitu JASMINE LOO AI SWAN!!!

Dalam keadaan panik inilah mereka terlupa jaga “rear guard” dan meninggalkan saja rakan-rakan yang bersubahat dengan aktiviti songlap dan pengubahan wang haram. Kalau di Malaysia tak apa. Tapi ini Amerika. FBI. Bukan calang-calang.

Dan insan yang malang itu ialah Jasmine Loo Ai Swan.


Bagi peniliti dan pengkaji laporan The Edge dan Sarawak Report sampai lumat seperti saya (ya saya baca, kaji dan semak secara kritis SEMUA DOKUMEN dan posting The Edge serta Sarawak Report), pendedahan NYT ini TIDAK MENGEJUTKAN.

Nama Jasmine Loo Ai Swan sudah banyak kali dibangkitkan oleh The Edge dan Sarawak Report kerana penglibatan beliau bersama Jho Low dalam urusan “flipping companies” milik keluarga Taib Mahmud iaitu UBG Berhad yang pernah satu ketika memiliki Loh & Loh dan Putrajaya Perdana Berhad (ada kaitan dengan Tabung Haji).

Tak percaya? Semak sendiri dalam Annual Report 2009 UBG Berhad (http://cdn1.i3investor.com/my/fi ... 1793-1981640131.pdf)

Jelas terang-benderang bahawa Jho Low dan side-kick-nnya Tan Vern Tact duduk sebagai ahli lembaga pengarah dan kalau kita semak corporate profile UBG untuk tahun itu salah seorang Company Secreatary (Co-Sec) adalah Jasmine Loo Ai Swan!

Seperti ulas Sarawak Report semalam, FBI dan DoJ telah berhubung dengan kerajaan Britain untuk mendapatkan bahan bukti “money laundering” Jho Low di Amerika yang telah pun diserahkan oleh Sarawak Report iaitu segala macam dokumen yang dimiliki oleh Xavier Justo. Bank Negara pun ada, The Edge pun ada. Semua dah diserahkan juga kepada Gani Patail, SPRM juga polis.

FBI dan DoJ setakat ini tidak masuk campur urusan songlap duit 1MDB yang berlaku di London, Swiss, Hong Kong dan Singapore kerana fokus mereka ketika ini seperti laporan NYT tertumpu kepada pembelian aset kondominium super-mewah di Bangunan Time Warner, Manhattan yang Jho Low gunakan “syarikat kerang” (shell companies) iaitu syarikat yang “dormant” tiada sebarang aset dan operasi, hanya sebagai kenderaan untuk salur duit (selalunya duit haram la) untuk buat money laundering.

Jadi yang uruskan pembelian dan tanda tangan dokumen pembelian sudah tentu bukan Jho Low tapi siapa? Seperti disahkan Louise Story yang melaporkan untuk NYT ianya adalah JASMINE LOO!

Masa Gani Patail masih jadi Peguam Negara, dan Pasukan Siasatan Khas 1MDB masih tertubuh sebelum dibubarkan oleh AG baru Apandi Ali, bukankah Bank Negara telah keluarkan notis “WANTED” untuk Casey Tang dan Jasmine Loo??!!

Maka kini anda faham kenapa pimpinan tertinggi Bank Negara seperti Tan Sri Zeti, Datuk Shamsiah (Financial Intelligence) difitnah, diugut, digertak dan diburukkan nama-nama mereka. Obvious isn’t it? It’s all because they KNOW THE WHOLE BLOODY TRANSACTIONS!

Kalau saya anak muda yang masih “green shoot” dalam hal-hal “corporate finance” boleh cantumkan “puzzles” yang Sarawak Report, The Edge laporkan takkanlah FBI, NYT, DoJ, Bank Negara tak tahu peranan kecil Jasmine Loo?

Atau takkanlah seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun iaitu Tun Mahathir dan sidekick beliau, “grand master” dunia korporat Tun Daim bahlul nak faham semua permainan ini?

Apa permainannya? Once you identify the Co-Sec, it’s game over!

Semua jejak-jejak penting aliran tunai, transaksi songlap dan pengubahan wang haram PASTI BOLEH DIBUAT. Di sinilah ketakutan sebenar Najib Razak dan kepura-puraan Lim Sian See dan keangkuhan Pak Haji CFO Azmi Arshad.

FBI dan DoJ seperti saya ulas panjang berkenaan Akta RICO yang berkemungkinan besar dikenakan ke atas 1MDB, tidak akan cekup Najib Razak dulu. (baca disini:http://www.rausyanfikir.com/2015 ... plied-to-1mdb.html; versi Bahasa:http://www.sinarharian.com.my/ka ... iasat-1mdb-1.399923)

They will take out the WEAKEST among all. Siapa lagi kalau bukan Jasmine Loo kalau di Amerika. Next Riza Aziz, kemudian Jho Low.Begitu juga dengan kes dua pelarian melibatkan SRC International dan wang pencen KWAP iaitu Datuk Suboh Yassin dan Nik Faisal.

Ya memang benar kata Lim Sian See, Najib Razak takkan kena. Ada immunity bagai. Tapi orang-orang kanan beliau yang terlibat dan sempurnakan transaksi pengubahan wang haram (money laundering) ini akan jatuh satu-demi satu, seperti mana FIFA kena.

Seperti mantan presiden FIFA Sepp Blatter, last man standing barulah Najib Razak.

Jangan lupa juga dan buat-buat bodoh wahai Lim Sian See dan semua yang bersekongkol makan dedak, NYT juga sahkan bahawa FBI dan DoJ seperti makluman NYT turut sama menyiasat “DERMA” RM 2.6 BILION.

Mungkin ada orang meroyan dan marah: Haram jadah kau Yahudi! Haram jadah kau Amerika! Celaka lu kacau Najib Razak, kacau UMNO, kacau Malaysia! Apa hak kau nak siasat derma untuk UMNO??!!!

Kalau orang awam, orang kampong marah saya boleh terima sebab mereka jahil. Tapi saya menulis untuk orang berpelajaran tinggi.

Saya pasti anda tidak lupa gambar bukti WSJ tentang “derma” itu bukan?Anda nak tahu kenapa Amerika ada hak untuk siasat “derma”? Simple.

Sebarang aliran tunai dalam matawang US Dollar atas talian yang gunakan penghantaran telegrafik WAJIB lalui sistem Society of Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) yang berpusat di Belgium tetapi dibelakang tabir dikawal oleh Amerika dan sekutunya. Semua transaksi “derma” itu akan direkod oleh SWIFT juga akan melalui (by-pass) bank di New York (dalam kes derma UMNO itu Wells Fargo).

Dengan jumlah sebesar itu TIADA SYAK LAGI FBI DAPAT TANGKAP SEMUA MAKLUMAT DAN TAHU SIAPA “PENDERMA” kerana mereka TERPAKSA REKOD untuk memenuhi SYARAT AKTA PENGUBAHAWAN WANG HARAM di bawah peruntukan perundangan Amerika seperti “18 U.S. Code § 1956 - Laundering of monetary instruments” dan banyak lagi.

Lebih menakutkan, kalau kalian baca dan kaji sendiri, selain daripada Akta RICO, silap hari bulan Jasmine Loo, Jho Low, Riza Aziz, dan Najib Razak boleh didakwa di bawah US PATRIOT ACT yang brutal itu khusus di bawah Seksyen 319 (b), 352, 351.http://www.fincen.gov/statutes_regs/patriot/

Lebih-lebih menakutkan, US takkan dakwa tapi akan gunakan semua ini sebagai “blackmail” Najib Razak untuk melaksanakan dasar “containment” (kepungan) mereka ke atas Cina menggunakan negara kita yang mana salah satunya ialah TPPA.

Jadi wahai rakyat Malaysia, ini bukan lagi soal seorang individu bernama Najib Razak tapi paling penting SOAL KEDAULATAN NEGARA.

Mereka – Singapura, UK, Amerika, Swiss – biarkan semua ini berlaku tanpa ada “red flags” awal kerana ianya dari mula adalah PERANGKAP ke atas MALAYSIA kerana kebodohan Perdana Menteri kita.

Sekarang anda faham kenapa Tun Mahathir bising dan mati-matian berjuang walaupun dah uzur? Dan mangkuk hayun yang fitnah beliau kata semua ini kerana Tun Mahathir nak jaga kantung kroni IPP beliau?

I will say this straight to their faces: BULLSHIT! IT WAS ALL ABOUT GRAND CORRUPTION AND GEOPOLITICAL PLAY THAT IS DETRIMENTAL TO OUR NATIONAL SOVEREIGNTY!

Ya Allah selamatkan negara ini daripada dihina dan disiat musuh kerana kebodohan kami yang gagal menasihati pemimpin kami! Maafkan kami ya Allah kerana kami letak taqwa bukan di hati tapi di kepala lutut kami! Kami benar-benar dihinggapi penyakit yang Nabi-MU (SAW) sabda iaitu “al-Wahn” iaitu “hubb al-Dunya wa karahiyah al-Mawt” (cintakan dunia dan takutkan mati) sehingga sanggup berkompromi dan bacul meneggakan yang benar dan membanteras yang salah ketika semua hal ini belum meletus ya Allah! Berikanlah kami satu lagi peluang ya Allah untuk selamatkan agama, bangsa dan negara ya Allah!

https://www.facebook.com/photo.p ... 15989308&type=3


naseb ko laa..........


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive