sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 5 May 2016

Terkini : Najib Tidak Berani SAMAN WSJ Dan ABC ( Skandal 1MDB )


Peguam: Tiada arahan failkan saman ke atas WSJ, ABC

Walaupun The Wall Street Journal (WSJ) dan media Australia sejak beberapa hari lalu melemparkan tuduhan berat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB, namun kata peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun, beliau belum menerima sebarang arahan untuk bertindak atau memfailkan saman terhadap mereka .

Buat masa ini, beliau berkata, arahan yang diberikan adalah untuk mewakili Najib dalam saman RM2.6 bilion yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

"Saya tidak menerima apa-apa arahan lagi. Terkbaru, saya diminta untuk mewakili Najib dalam kes lawan Mahathir," katanya kepadaMalaysiakini dalam satu mesej teks.

Hafarizam yang mewakili Najib dalam enam kes mahkamah lain ditanya sama ada beliau menerima sebarang arahan untuk bertindak terhadap media Australia dan WSJ berhubung pendedahan terbaru mereka.

Selain saman Dr Mahathir, peguam itu juga mewakili Najib dalam saman terhadapMalaysiakini ; akhbar rasmi PAS,Harakah ; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Beliau juga bertindak bagi Najib dalam saman Anina Saadudin terhadap presiden Umno dan kes saman PKR dan Pakatan Rakyat terhadap Najib berhubung penggunaan lebih RM2.6 bilion pada pilihan raya umum ke-13.

4 comments:

Anonymous said...

Camne nak saman jika hampir semua tuduhan benar2 belaka?

Anonymous said...

Media luar negara memang susah nak saman sebab tertakluk kepada undang2 di negara mereka. Tapi adalah diharapkan Najib saman Tun dan Mukris suatu hari nanti kerana memfitnah.

Shamdona Anor said...

Dedak gred A ni. Baguih sunggih paratroppers back up.

Shamdona Anor said...

Dedak gred A ni. Baguih sunggih paratroppers back up.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive