sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 12 July 2016

Umno Kian Rebah Angkara Najib , 100 Lagi Cawangan Keluar Parti



Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.

Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

"Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT Umno dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," beliau dipetik sebagai berkata.



Shafie antara pemimpin lantang Umno yang terselamat daripada dipecat, seperti bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.

Sementara itu, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat “Sabah untuk Sabah” atau menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia berlandaskan “Sabah untuk Sabah”.

"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin Umno peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya seperti dilaporkan harian itu.

6 comments:

Anonymous said...

Dah ramai ahli UMNO yang telah keluar parti dari yang berjawatan tinggi sehinggalah yang hanya ahli biasa peringkat cawangan yang telah silih berganti keluar masuk UMNO. Berdirinya UMNO bukan kerana sokongan terhadap individu tertentu tetapi kerana sokongan terhadap parti UMNO itu sendiri oleh ahli parti yang tetap setia berjuang bersama samada dalam susah mahupun senang.

Siapa mahu keluar dipersilakan kerana parti tidak memerlukan ahli yang ada bersikap pentingkan diri sendiri. Presiden akan datang dan pergi bertukar ganti apabila tiba masanya,tetapi parti UMNO akan tetap berjaya walaupun siapapun pemimpinnya.

Anonymous said...

Sesuatu yang pelik berlaku...600 orang dari 100 buah cawangan. Bermakana 1 cawangan 6 orang sahaja. Biarlah betul.

Anonymous said...

fuyoo, ramainya keluar. bodoh punya admin, banyaklah buat kaji selidik. ni terperap di pendang saja. apa mamak madey dan sanusi junid buat untuk pendang masa depa berkuasa dulu? habaq mai kat pembaca semua.

Anonymous said...

Apa yang ditulis oleh Aktivis Pendang Jr tidak mencerminkan suara masyarakat Pendang.

Saya syorkan admin buat sedikit tinjauan minta pandangan orang-orang Pendang dari golongan muda hingga ke veteran.

Kami penduduk Pendang bersyukur sejak Dato Othman Abdul ambil alih banyak perubahan ketara yang kami nikmat di daerah Pendang.

Antara projek mega adalah Hospital Pendang dan Asrama Penuh yang telah diluluskan peruntukan masa pemerintahan DS Najib.

Admin boleh rujuk kelulusan budjet dibawah pimpinan DS Najib :-
http://www.bnm.gov.my/files/Budget_Speech_2016.pdf

* Muka surat 23 (asrama penuh) ms35 (hospital)

Untuk pengetahuan Tok Man Bedui memperjuangan untuk masyarakat Pendang memohon Hospital dari zaman Tun M lagi semasa beliau memjadi MP dan setiausa Parlimen ketika itu. Tetapi tidak menjadi kenyataan.

Jadi kita boleh simpulkan dibawah pemerintahan DS Najib dan atas keperihatinan beliu masyarakat Pendang akan menikmati kemudahan Hospital, asrama dah kemudahan infra pada masa akan datang insya-Allah.

Saya agak musykil dengan penulis blog ini...adakah peranan anda untuk memecah belahkan keharmonian masayarakat Pendang am nya? Sebelah siapa anda ni sebenarnya??

Sekiranya anda merasakan diri anda dipihak yang betul saya syorkan Tuan Aktivis Pendang Jr buat kajian selidik terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Anonymous said...

hahaha kelakar dah aku tgk puak2 sokong pakatun ni.sebab sokong tun nak keluar UMNO.mcm bengap je aku tgk.paling bangang dalam sejarah malaysia.korg x ingat ke apa yg tun lakukan kat korg masa tahun 90.korg ni melayu dah lupa

Anonymous said...

golden goose outlet
hermes birkin
kyrie shoes

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive