sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 31 July 2017

Video Panas !! Zahid Umno Kantoi Menipu !! Rakyat Terus Balun Umno


Laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini, yang turut menamakan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Khairuddin mendakwa Zahid berniat jahat dengan mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sementara itu, Khairuddin berkata Zahid dan JPN telah melakukan kesalahan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi susulan langkah itu.

“Timbalan perdana menteri dan ketua pengarah JPN telah menyalahgunakan data peribadi untuk agenda peribadi,” katanya.





Video fitnah oleh Zahid terhadap Tun Mahathir di bawah 


Yang peliknya, Zahid cuma melihat gambar depan IC lama milik Tun Dr. Mahathir bila berkata bahawa beliau adalah anak kepada Iskandar Kutty, padahal IC yang lama tidak letak nama di hadapan.


Nampaknya lakonan Zahid ini tidak berkesan kerana dia tidak perasan kamera boleh mengambil gambar dari jarak jauh. Ini adalah gambar IC lama tersebut dari jarak dekat:

Gambar di bawah pula adalah gambar belakang IC lama milik Tun Dr. Mahathir:


Tidak tertera di situ nama Iskandar Kutty sebagai bapa Tun Dr. Mahathir.

Zahid Hamidi diminta jangan jadi bodoh untuk menipu rakyat semua. Malah dia juga telah menjual nama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kononnya sebagai pembekal kepada maklumat ini.


Dato’ Mohd Yazid bin Ramli

Adakah YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Ramli tahu bahawa namanya telah digunakan oleh si tolol ini semasa berucap di dalam satu majlis di hadapan ahli-ahli UMNO?

Mungkin Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara boleh mengeluarkan salinan surat beranak Tun Dr. Mahathir dan menyumbatkannya ke dalam mulut Zahid Hamidi supaya dia bertambah cerdik sedikit.



Orang seperti Zahid, yang sedang kepanasan di Bagan Datoh, tidak perlulah bertindak secara hentam keromo atau menyondol membabi buta memfitnah keturunan seseorang. Ini dipanggil ‘low-class’. Jika orang memfitnah keturunan Zahid pun dia akan tahu marah.

Kita minta Ketua Pengarah JPN, Dato’ Mohd Yazid bin Ramli menafikan pembohongan Zahid Hamidi jika betul beliau orang yang tidak suka pada penipuan.

Kita juga meminta Zahid Hamidi untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada Tun Dr. Mahathir kerana telah melakukan fitnah dan pembohongan yang amat hina.

Amat hina kerana Zahid Hamidi mengamal sikap teramat ‘racist’ dengan mempersendakan dan menfitnah keturunan seorang negarawan. 

dari jebatmustdie.wordpress.com
Antara Salasilah Keluarga Tun Mahathir 



Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002) Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan sembilan orang anak.

Catatan dalam buku Sejarah Kedah mengesahkan salasilah keturunan Wan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah.

Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd. Yusof, menjelaskan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim.

Menurutnya, Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang.

Semasa hukuman dijalankan, petanda yang ditugas menikam telah tertikam buah dada Mahsuri lantas mengalirkan air susunya.

“Pada masa kejadian, Mahsuri baru dua bulan melahirkan Wan Hakim hasil perkongsian hidupnya dengan Wan Derus.

“Oleh kerana itu orang mengatakan Mahsuri keramat, kerana melihat darah yang mengalir berwarna putih. Tapi yang dilihat itu adalah air susunya,” kata Wan Shamsuddin lagi.

Semasa sedang nazak itulah Mahsuri berdoa kepada Allah supaya memberikan petunjuk kepada orang yang memfitnahnya.

“Ya Allah, ya Tuhanku, tunjukkanlah kekuasaan-Mu. Jadikanlah Langkawi ini huru-hara selama tujuh keturunan, disebabkanangkara fitnah mereka,” rintih Mahsuri dalam doanya. Sebaik melafaz dua kalimah syahadah, dia pun menghembuskan nafas akhir.

Selepas kematian Mahsuri, Wan Derus membawa Wan Hakim meninggalkan Langkawi kerana ada khabar mengatakan, kedua-duanya sedang dicari oleh Karma Wijaya. Dari Langkawi, Wan Derus menyusur pantai dan tiba di sebuah perkampungan Melayu di Phuket, Thailand. Dia diterima baik oleh orang-orang pulau itu lalu menetaplah kedua-dua beranak itu di Kampung Kemala.

Wan Hakim kemudian berkahwin dengan gadis kampung tempat dia membesar. Keturunan beliaulah yang berkembang biak sampai sekarang.

Menurut Wan Shamsuddin lagi, antara keturunan Mahsuri di Kedah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Ibunya Wan Tempawan Wan Hanafi daripada keluarga Wan Su, keturunan Datuk Temenggong Kulut salah seorang cucu-cicit Mahsuri dari Bukit Lada.

“Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak memakai gelaran Wan di pangkal nama kerana ibunya Wan Tempawan berkahwin dengan Mohamad Iskandar yang bukan dari kalangan Wan,” katanya.




Ayah Tun Mahathir : Mohamad Iskandar 




Pencerahan Keturunan Tun.M.

Dalam celahan pembentukan Negeri Kedah Darulaman pada 1881,Lahirlah Mohamad Bin Iskandar di Pulau Pinang.

Mohamad,Bapa kepada Tun.M bukanlah lahir di Kerala India,jauh sekali seorang Mu'alaf apatah lagi dari Kasta itu dan ini.


Ibu Mohamad,isteri kepada Iskandar, seorang Melayu tulin bernama Siti Hawa dan berasal dari Johor.

Ibu Tun.M pula bernama Wan Tempawan Bt Wan Hanafi, seorang Melayu tulin yang merupakan keturunan Anak tunggal Mahsuri bernama Wan Hakim.

Atas sebab itu, Tun.M menggunakan nama pena nya sebagai Che Det berikutan ibunya Wan Tempawan berkahwin dengan orang kebanyakkan dan anak yang lahir dari perkahwinan tersebut di beri gelaran " Che", namun Tun.M tidak meletakkan gelaran tersebut pada pangkal namanya.

Iskandar di datangkan oleh Syarikat British Hindia Timor ke Pulau Pinang bagi tujuan mengajar Bahasa Inggeris pada kerabat Istana ketika Pulau Pinang di serah kepada Sir Franchise Light pada 1786.

Ayahanda Tun.M merupakan seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan merupakan Pengasas Maktab Sultan Abdul Hamid,Kedah pada 1908 dan merupakan Pengetua yang Pertama di Maktab berkenaan.


Keturunan Zahid Hamidi 

1 comment:

Anonymous said...

pi tanya anwar al-juburil, mat sabu, rafizi lembu pasal isu ni.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive