sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AGAMA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label AGAMA ISLAM. Show all posts

Friday, 21 June 2013

ISU SYIAH BERLELUASA , DIMANA MENTERI AGAMA ISLAM KITA ? @NajibRazak




Apj ulang video diatas untuk bersuara lagi tentang isu Syiah yang makin berleluasa di Malaysia ni .Kat Malaysia ni negara Ahli Sunnah Wa Jama'ah yang bermazhabkan Imam As-Shafie RA. Semenangnya Malaysia tidak mengiktiraf  Syiah kat Malaysia ni dan sesetengah negeri ,Syiah difatwakan sebagai ajaran sesat. 

Dalam rasa kerisauan akan berleluasanya Syiah di Malaysia dan yang terbaru mereka telah merasmikan markas Syiah di Klang, Selangor seperti video diatas, hati ni rasa terkilan dimana suara dan tindakkan pemegang amanah menjaga Agama Islam di Malaysia ni termasuk Menteri Agama Islam? Apakah tindakkan atau hanya memekak dan membutakan mata sahaja mengenai isu ini. 

Kali ini mungkin ayatnya agak menentang tapi tentangan ini untuk apa ? Untuk memastikan amanah dan tanggungawab yang diberikan itu dilaksanakan. Kita kena ingat betapa beratnya amanah untuk menjaga Agama Islam ini !! Kalau sesibukmana sekalipun amanah yang diberikan kena laksanakan tatkala Agama Islam diserang kiri, kanan , depan , belakang , atas dan bawah ini. Nak kata sibuk politik, pru dahpun tamat dan tanggungjawab dahpun diberikan. 

Tiada suara-suara besar yang menentang akan penyebaran syiah ni, ini baru kes syiah belum lagi kes lain yang melibatkan Agama. Siapa lagi nak bersuara dan bertindak ? Adakah nak minta ah chai atau mutusamy menolong kita untuk bertindak ? 


Gerakan Syiah Di Kedah -

Inilah dia wajah-wajah penganut Agama Syiah di PENDANG, KEDAH yang membuat laporan polis terhadap Ustaz Alaudin bin Dato’ Abu Bakar yang berani membongkar ajaran sesat Syiah di sana. penganut Syiah ni ibarat penganut Qadiani, semakin lama semakin membiak, lepas tu mula buat masjid sendiri, buat perkampungan sendiri, buat komuniti sendiri.

Kawasan kawasan yang dikatakan mempunyai pengaruh Syiah antara kawasan paling banyak menaikkan bendera hitam seperti di Kuala Kedah, Padang Terap, Baling, Jerai dan beberapa lagi kawasan kecil di Kedah..- Sumber FB 

Syiah di Malaysia dah berani menonolkan diri , kerana apa ? kerana kita tiada suara dan tindakan keatas mereka ? Penakut atau sibuk dengan hal lain sampai tanggungawab yang diamanahkan kita abaikan? 

Apj harap sangat pihak yang dipertanggungjawabkan termasuk Menteri Agama kita melakukan sesuatu bagi membanteras segala ancaman terhadap Islam di Malaysia ni. Jangan sampai amanah itu memakan diri kita sendiri sudah la. 

Politik-politik jugak jangan sampai politik itu membunuh kita sudah la no. 


Thursday, 13 December 2012

JAMIL KHIR : KAFA : 13 NEGERI CATAT KEPUTUSAN LULUS 100 PERATUS

Jamil Khir Baharom


PUTRAJAYA - Tiga belas buah negeri mencatatkan keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hanya Wilayah Persekutuan mencapai keputusan 99 peratus lulus.

"Secara keseluruhan, 24,962 calon mendapat 8A berbanding 17,684 pada 2011. Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah di Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Katanya bagi kelulusan mengikut mata pelajaran pula, subjek Amali Solat mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93 peratus diikuti Penghayatan Cara Hidup Islam 99.91 peratus manakala bidang al-Quran 98.47 peratus.

Jamil Khir berkata berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Selangor muncul negeri terbaik dengan 1.55 mata, diikuti Melaka (1.59 mata) dan Terengganu (1.64 mata).

Seramai 186,966 calon menduduki peperiksaan UPKK 2012 yang diadakan dari 1 hingga 4 Okt lepas.

Di KOTA KINABALU, Sabah mencatatkan 100 peratus pelajar lulus UPKK berbanding 99.9 peratus pada tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Katanya daripada 4,422 calon peperiksaan itu, jumlah calon yang mendapat gred A ialah 1,567 orang iaitu 35.4 peratus berbanding 371 orang pada tahun lepas.

"Jumlah calon yang mendapat 8A seramai 811 orang (18.34 peratus) berbanding tahun lepas hanya 13 orang (0.3 peratus) dan sembilan orang (0.2 peratus) pada 2010," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Nasir berkata tiada calon yang mendapat 8D atau status lulus tidak mencapai tahap pada tahun ini berbanding lima orang atau 0.1 peratus pada tahun lepas.

"Ini menunjukkan lonjakan peningkatan yang sangat besar telah dicapai dan membuktikan pelaksanaan program Kafa menunjukkan kesan yang baik kepada peningkatan ilmu agama di kalangan anak-anak kita," katanya. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...