sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ANWAR LIWAT SAIFUL. Show all posts
Showing posts with label ANWAR LIWAT SAIFUL. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

PANAS !!! ANWAR LIWAT SAIFUL BANYAK KALI - HAKIM BALIA



Insiden liwat yang berlaku terhadap Saiful Bukhari Azlan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kejadian pertama tetapi ianya telah berlaku semenjak dua bulan lebih awal dari Jun 2008.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, keputusan tersebut dicapai setelah mendapat laporan dari dua pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (PW3) dan Dr Fazuin Rahimi (PW23) yang menjadi saksi pendakwaan dalam kes liwat-2 Anwar.

"Kedua-dua PW3 dan PW23 mengakui bahawa PW1 (Saiful) memberitahu mereka bahawa beliau telah diliwat oleh individu berprofil tinggi sekurang-kurangnya dua bulan dan kali terakhir insiden tersebut berlaku pada 26 Jun 2008," kata Balia menerusi keputusan bertulis yang dikeluarkan semalam.

Balia mengetuai panel hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat-2 Anwar bersama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Keputusan akhir perbicaraan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun namun hukuman tersebut ditangguh menerusi mitigasi yang dipohon peguam mendiang Karpal Singh sementara menanti proses rayuan.

Prosiding kontroversi itu menyaksikan kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan mempertahankan hujah mengenai sampel DNA yang diperoleh dari rektum Saiful yang akhirnya dibenarkan diguna di mahkamah sebagai bukti selepas mendapati spesimen yang diambil tidak dijejaskan oleh Supt Jude Pareira sepertimana yang didakwa oleh peguam pembelaan.

Friday, 18 April 2014

HOT NEWS : KEMATIAN KARPAL BUAT ANWAR PENING , RAYUAN KES LIWAT TINGGAL 10 HARI LAGI !! DI MANA MAHU CARI GANTI #LIWAT


Anwar tentunya pening memikirkan rayuan kes liwatnya hanya tinggal 10 hari sahaja lagi , jika tidak Anwar akan terus ke penjara selama 5 tahun selepas dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Peguam Anwar untuk kes ini Karpal Singh menemui ajal awal pagi semalam selepas terlibat dalam kemalangan di Ipoh. Dalam masa 10 hari ini Anwar perlu mencari peguam baru untuk membantunya membuat rayuan. Anwar tahu Karpal banyak menyimpan rahsianya dan adakah rahsia ini harus diceritakan kepada peguam lain ??

Malam tadi Anwar sudah membayangkan yang beliau akan ke penjara juga dan seperti beliau sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”

Friday, 7 March 2014

TUDIAAA !!! ANWAR KECUT TELOQ BERTENTANG MATA DENGAN TAN SRI SHAFEE !!! #LIWAT





Anwar nih , Masa nak saman Papa Gomo dan lain-lain selalu dia datang , dialah hero mahkamah tapi bila berdepan dengan kes liwat Saiful dan bertentang mata dengan peguam Tan Sri Shafee kecut teloq sampai tak berani nak masuk kandang saksi !! PUIHHHH !!! 

Ketua Pembangkang didakwa tidak berani tampil di mahkamah dan berada di kandang saksi bagi menjelaskan tuduhan liwatnya terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata, bukti terhadap Anwar amat jelas dan Ketua Pembangkang itu akan didapati bersalah.

"Ianya cuma satu rayuan (rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan tidak bersalah Anwar di atas pertuduhan liwat) yang sukar ditentangnya,"katanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Anwar akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan dakwaan keatasnya dan akan menentang cubaan untuk diperiksa.

"Pihak responden (Anwar) telah memilih jalan selamat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Ini adalah cara penafian kosong yang klasik. Penafian kosong selepas memberi notis alibi," katanya ketika berbalas hujah dengan ketua penel kehakiman, Hakim Balia Yusof Wahi.

Balia Yusoh mengetuai panel tiga hakim bersama Hakim Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Tambah Shafee, tiada sebarang alibi di keluarkan pihak defendan apabila alibi asal digugurkan setelah bukti kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dipamerkan.

"Beliau tidak menafikan berada di sana (di kodominium). Beliau tidak boleh menafikan kerana beliau tampil dalam paparan klip (CCTV) tersebut," katanya lagi.

Jelasnya lagi, menerusi rakaman CCTV tersebut turut memperlihatkan Saiful tiba dan meninggalkan unit kondominium tersebut.


- rakyatnews

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...