Anwar tentunya pening memikirkan rayuan kes liwatnya hanya tinggal 10 hari sahaja lagi , jika tidak Anwar akan terus ke penjara selama 5 tahun selepas dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Anwar untuk kes ini Karpal Singh menemui ajal awal pagi semalam selepas terlibat dalam kemalangan di Ipoh. Dalam masa 10 hari ini Anwar perlu mencari peguam baru untuk membantunya membuat rayuan. Anwar tahu Karpal banyak menyimpan rahsianya dan adakah rahsia ini harus diceritakan kepada peguam lain ??
Malam tadi Anwar sudah membayangkan yang beliau akan ke penjara juga dan seperti beliau sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.
Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:
“Ini mungkin pidato terakhir saya di sini.”
Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap “ketidakadilan” sekitar kesnya.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.
Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.
Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah tidak memihak padanya.
5 comments:
Semoga hukuman penjara dia ditambah kepada lebih dari 5 tahun.
lawan tetap lawan sampai bn(brg naik)tumbang...
Lawan tetap lawan sampai peliwat masuk penjara....
korang yg dok bela sgt king of liar ni elok p dok skali dlm pnjara dgn dia...nnti kmponan pulk bntot n anu bngkok tu...huhuhu
Bagi dia dok lama sikit kat kajang tu supaya dia boleh betul betul tobat nasoha.
Post a Comment