sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BUKIT AMAN. Show all posts
Showing posts with label BUKIT AMAN. Show all posts

Friday, 7 June 2013

HADI DILANTIK KETUA JABATAN JENAYAH

Hadi Ho dilantik Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuatkuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang kini Timbalan Ketua Polis Negara.

Hadi Ho, 59, akan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP), menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Perak SAC Mohd Ab Rahman Harun pula dilantik sebagai Pegawai Khas PDRM kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri ACP Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dengan memangku
pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Briged Tenggara, Supt Rooslan Radzi dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah (Teknikal/Surveillance) JSJ Narkotik Bukit Aman Supt Ab Rahman Nawi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1, JSJ Narkotik Bukit Aman, memangku pangkat ACP.

Menurut kenyataan itu, pertukaran dan kenaikan pangkat berkenaan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan PDRM.- Bernama

APJ : TAHNIAH DARI SAYA 

Wednesday, 15 May 2013

HOT NEWS : TIGER PDRM KETUA POLIS NEGARA YANG BARU !! TERBAIK


Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada 17 Mei ini.

Sementara timbalan KPN yang baru pula ialah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Khalid sebelum ini.

Sebelum bergelar timbalan KPN, Khalid berkhidmat sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Khalid, 56, juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor.

Beliau mengambil alih jawatan timbalan KPN bermula April 2011.

Sementara Mohd Bakri pula sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

sinar online

APJ : HARAPAN BESAR NEGARA 

Wednesday, 13 March 2013

UPDATE OP DAULAT : PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR #Pray4Sabah




SELEPAS 48 JAM TENANG, PASUKAN KESELAMATAN KEMBALI BERTEMPUR

Kuala Lumpur, 12 Mac - Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Sulu kembali menumpahkan darah hari ini.

Operasi membanteras, menggeledah dan pembersihan militan yang memasuki hari kelapan hari ini menyaksikan seorang anggota keselamatan terkorban, kematian pertama dialami pasukan tentera sejak Operasi Daulat dilancar Selasa lalu.

Kejadian di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu itu terjadi selepas pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi pembersihan bertembung dengan sekumpulan musuh yang bertindak melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

"Dalam pertempuran itu dua musuh berjaya dibunuh, malangnya seorang anggota kita turut gugur dan seorang lagi cedera," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang media pada 8 malam.

Hari kelapan Operasi Daulat juga menyaksikan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

Di sebalik rasa hiba, ada juga berita menggembirakan diterima selepas tragedi pendaratan pengganas di Kampung Tanduo yang genap sebulan hari ini - kampung tersebut diisytiharkan bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas militan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang mengumumkan perkara itu berkata operasi pembersihan pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian.

Sehingga sidang akhbar itu, polis mengesahkan 56 orang kumpulan militan ditembak mati dengan 24 mayat berjaya dikeluarkan, manakala 97 orang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dan 196 orang lagi ditahan kerana memasuki kawasan larangan.

Sementara itu pengganas yang menceroboh Lahad Datu dan Semporna yang ditahan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas polis membuka dua kertas siasatan berhubung pencerobohan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bentuk tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas itu akan ditentukan selepas dibincangkan bersama Peguam Negara.

Dalam pada itu, nasib penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas turut diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan apabila mengumumkan tiga bantuan khas bagi Kampung Tanduo dan
Tanjung Batu.

Bantuan meliputi pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
ketika melawat ke kawasan tragedi itu hari ini.

Kesemua bantuan itu hanya akan diberi kepada penduduk yang memiliki kad pengenalan dan dokumen kelahiran yang sah sebagai warganegara ini.

"Bagi kesemua bantuan itu, penduduk perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung, pemimpin setempat dan pihak berkuasa bagi menentukan mereka merupakan penduduk yang terjejas dalam Operasi Daulat," kata Muhyiddin.

Selain dua anggota tentera yang terkorban hari ini, krisis pencerobohan itu turut meragut nyawa lapan anggota polis yang terbabit dalam serangan hendap pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna sehari
selepas itu.- BERNAMA

Tuesday, 12 March 2013

POLIS KL CARI WARIS ONG LING TIONG UNTUK MENUNTUT MAYAT #PolisKL


Kuala Lumpur, 12 Mac - Polis Kuala Lumpur sedang mencari waris
atau anggota keluarga Ong Ling Tiong, 47, bagi membantu proses pengecaman dan tuntutan mayat.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kuala Kumpur hari ini, alamat terakhir si mati ialah di No. 51 Lorong PJS10/7B, Taman Sri Subang, Sunway Petaling Jaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga si mati boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Sachari Pardiman di talian 019-5532334 atau Balai Polis Pantai di talian 03-22822222 atau hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...