sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label POLIS DIRAJA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label POLIS DIRAJA MALAYSIA. Show all posts

Friday, 7 June 2013

HADI DILANTIK KETUA JABATAN JENAYAH

Hadi Ho dilantik Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuatkuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang kini Timbalan Ketua Polis Negara.

Hadi Ho, 59, akan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP), menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Perak SAC Mohd Ab Rahman Harun pula dilantik sebagai Pegawai Khas PDRM kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri ACP Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dengan memangku
pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dengan memangku pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Briged Tenggara, Supt Rooslan Radzi dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah (Teknikal/Surveillance) JSJ Narkotik Bukit Aman Supt Ab Rahman Nawi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1, JSJ Narkotik Bukit Aman, memangku pangkat ACP.

Menurut kenyataan itu, pertukaran dan kenaikan pangkat berkenaan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan PDRM.- Bernama

APJ : TAHNIAH DARI SAYA 

Thursday, 11 April 2013

VIDEO PANAS !!! KENA MAKI HAMUN OLEH PAKATAN biaDAP !! HAMPA NAK JILAT DEPA LAGI KA WAHAI PENJAWAT AWAM !!!! #ManifestoBN #APromiseofHope #GE13 #PRU13 #BetterNation #TolakPR

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, penjawat-penjawat awam sering jadi mangsa cemuhan, kritikan dan sindiran ahli-ahli politik pembangkang seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah dan Latheefa Koya.

Kebanyakkan penjawat awam di Malaysia ni adalah dari golongan orang Melayu , sedih jugak lihat bangsa sendiri dihendik, dimaki , dihamun bukan saja dari bangsa sendiri tapi bangsa lain. 

Inilah akibat dari sengketa sesama kita , akhirnya kita yang terluka dek kerana kuasa politik kotor yang dimainkan pembangkang.

Aku tahu ramai diantara penjawat awam yang menyokong pakatan biaDAP ini. Mungkin mereka rasa tidak terhina dek kerana belaian kaum biaDAP ini yang menggelar mereka anjing, kami hamun dan macam-macam lagi , jom kita renungkan video ini buat tatapan kita semua.




Video ni mengingatkan aku pada kaum-kaum biaDAP yang tak kenang budi ini. Antara sedikit kata-kata depa adalah seperti kata-kata DAP, depa kata penjawat awam lembab, dan nak kurangkan kakitangan kerajaan jika depa perintah , maka makan pucuk ubi la hampa nanti dan  Nurul Izzah pulak mahu kurangkan anggota polis, sudahlah pihak polis banyak berjasa pada negara terutama semasa konflik militan Sulu di Sabah, nak kurang pulak anggota polis. Subhanallah !!! 

Latheefa Koya pula meroyan maki penjawat awam pasal Ic . Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? hebat bukan ?? tapi ada juga tenuk-tenuk yang buta hati perut terus menyembah kaum biaDAP ini.

Tapi buat kaum biaDAP , hampa dok kata macam-macam kat depa ni , hampa pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!!!

Jangan la hina depa sampai hampa ingat hampa manusia paling bagus di dunia ni , penjawat awam macam haiwan !!! 

Hampa penah ka kena dari pihak kerajaan Barisan Nasional macam mana kaum biaDAP buat kat hampa , tengok saja manifesto BN !! macam-macam kerajaan BN tolong hampa, cuba bukak kat sini  !! apa lagi hampa nak !!!

Inline image 10

BUKALAH MATA WAHAI PENJAWAT AWAM !!! SAMPAI BILA HAMPA NAK JADI LAGU NI !!! 

Wednesday, 3 April 2013

OP DAULAT : LAMAN WEN OP DAULAT !! HEBAT !!! #OpsDaulat #PeaceSabah #ESSZONE #Pahlawanku




Demi kedaulatan dan keamanan Negara tercinta, kami rakyat Malaysia menyokong sepenuhnya perjuangan pahlawan Malaysia dalam misi menghapuskan penceroboh militan di 
Lahad Datu.

JOM LAWATI LAMAN SESAWANG OP DAULAT DI 


JOM SAMPAIKAN DEDIKASI KITA DI #Pahlawanku



JOM DENGARKAN 


Friday, 29 March 2013

VIDEO PERANG DARI IPK SELANGOR !!! JOM SAKSIKAN #PDRM


Sempena Hari Polis 206 , IPK Selangor telah mempersembahkan sebuah pentomen sempena Hari Polis Peringkat IPK Selangor . Jom saksikan .

Sumber : PDRM Kontinjen Selangor

- TERBAIK IPK SELANGOR 

Tuesday, 5 March 2013

UPDATE LAHAD DATU : VIDEO @11.00 #LahadDatu





LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN

Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...