sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CHIN PENG. Show all posts
Showing posts with label CHIN PENG. Show all posts

Saturday, 28 September 2013

PANAS !! ANAK PERAK HARAMKAN PENGGANAS DISEMADI MALAYSIA !!! @NajibRazak @azwanbro #OneBro4NKP




Mayat Chin Peng Tidak Boleh Dibawa Pulang

Pihak-pihak yang menaruh impian hendak membawa pulang mayat atau pun abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok untuk disemadikan di bumi Malaysia adalah dikecam.

Kita tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang pernah beliau lakukan. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik. Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi Malaysia. Chin Peng mengetuai PKM yang bertanggungjawab penuh keatas kematian beribu anggota keselamatan dan rakyat waktu darurat.

Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa mayat atau abu Chin Peng harus dibawa balik ke Malaysia. Chin Peng sudah mati dan mayat seorang teroris seperti beliau tidak layak disemadikan di Malaysia - azwan bro 

APJ : SUARA ANAK PERAK MEMPERTAHANKAN BUMI BERTUAH !! 

Wednesday, 25 September 2013

PANAS CERITA PARLIMEN !!! MAJLIS PEGUAM ANTI KERAJAAN !!! @NajibRazak

Majlis Peguam hari ini diselar kerana dilihat mengambil sikap menentang kerajaan serta kebanyakan keputusan dan kenyataan yang dikeluarkannya berbaur pembangkang.

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) berkata sebagai badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, Majlis Peguam bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat.

Katanya di bawah Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 difahamkan Majlis Peguam mempunyai peranan yang penting kerana badan itu yang akan mengeluarkan sijil amalan guaman kepada peguam asing yang akan datang berkhidmat di negara ini.

"Saya khuatir, jika Majlis Peguam ini diberi kuasa untuk meluluskan sijil-sijil ini, mereka akan memilih 'bulu', hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja akan diberi kelulusan untuk berkhidmat di negara ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau turut mencadangkan supaya wakil daripada Jabatan Peguam Negara secara automatik dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Majlis Peguam dalam pindaan itu.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...