sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 25 September 2013

PANAS CERITA PARLIMEN !!! MAJLIS PEGUAM ANTI KERAJAAN !!! @NajibRazak

Majlis Peguam hari ini diselar kerana dilihat mengambil sikap menentang kerajaan serta kebanyakan keputusan dan kenyataan yang dikeluarkannya berbaur pembangkang.

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) berkata sebagai badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, Majlis Peguam bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat.

Katanya di bawah Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 difahamkan Majlis Peguam mempunyai peranan yang penting kerana badan itu yang akan mengeluarkan sijil amalan guaman kepada peguam asing yang akan datang berkhidmat di negara ini.

"Saya khuatir, jika Majlis Peguam ini diberi kuasa untuk meluluskan sijil-sijil ini, mereka akan memilih 'bulu', hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja akan diberi kelulusan untuk berkhidmat di negara ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau turut mencadangkan supaya wakil daripada Jabatan Peguam Negara secara automatik dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Majlis Peguam dalam pindaan itu.

Datu Nasrun berkata, langkah itu antaranya membolehkan kerajaan memantau dari segi penentuan keputusan pemberian sijil amalan guaman kepada peguam asing untuk berkhidmat di negara ini.

Katanya langkah itu juga bagi memastikan badan profesional itu bersikap berkecuali dan semua tindakan yang diambil tidak menyokong pembangkang.

"Saya berpendapat kerajaan terpaksa mengambil pertimbangan yang berat, kita tidak boleh bebaskan Majlis Peguam ini untuk membuat keputusan untuk menentukan siapa yang boleh berkhidmat dan tidak boleh berkhidmat di negara ini.

"Saya berpendapat perkara ini amat penting dan perlu diambil kira kerana jika dibiarkan, maka peguam yang pakar kononnya, diterima masuk oleh Majlis Peguam ini dan akan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti menentang kerajaan," katanya.

Katanya, beliau turut difahamkan Majlis Peguam diberi peruntukan RM2 juta setiap tahun dan meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan itu bagi memastikan badan profesional itu tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang menyambut baik cadangan itu mencadangkan supaya peguam asing yang mahu bergabung melalui perkongsian antarabangsa dikenakan bon bagi memastikan mereka yang berkhidmat di negara ini tidak menjalankan aktiviti selain daripada yang dibenarkan.

"Mereka dibenarkan untuk membuat amalan tentang perundangan perbankan Islam sahaja bagi penambahbaikan tetapi hendaknya jangan mereka mengadakan apa-apa perbincangan yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Bon ini perlu supaya apa sahaja kesalahan yang mereka lakukan, bon itu ditarik semula dan syarikat berkenaan disenaraihitam," katanya. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Benar. Tengok lah sekarang, tak ada sekor pun dari Majlis Peguam bersuara berhubung dengan penipuan dalam pemilihan CEC DAP. Semua pakat2 tutup mulut. Peguam ape namanya nih. Hampeh.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive