sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Thursday, 1 January 2015

Misi Bantuan Banjir Felda Wilayah Utara Dilepaskan Datuk Tajuddin Abdullah


Semalam majlis pelancaran bantuan untuk mangsa banjir dari Felda wilayah utara. Felda menyumbangkan barangan makanan dan keperluan mangsa banjir.

Pelancaran ini dibuat oleh Exco Kemajuan luar bandar Kedah Datuk Tajudin Abdullah di hotel Seri Malaysia Alor Setar.

Usaha Felda ini selaras dengan usaha kerajaan Kedah yang juga sedang gigih mengumpul bantuan dari setiap pihak dan UMNO bahagian di negeri ini.

Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mengarahkan UMNO Kedah supaya menyediakan one stop center di Sri Mentaloon untuk mengumpul barangan bantuan dari semua pihak dan akan menghantar bantuan tersebut secara berperingkat.

Barangan tersebut akan diserahkan kepada negeri yang memerlukan bantuan mengikut saluran masing-masing supaya ianya dapat disalurkan kepada mangsa bencana banjir yang memerlukan.




Sebelum itu , Yb Datuk Tajuddin telah menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR kepada 33 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak warga Felda dan pelajar yang bersekolah di rancangan Felda. 

Untuk anugerah kepada PT3 terbaik, seramai 22 pelajar menerima anugerah, mereka terdiri daripada anak-anak warga Felda. 

Saturday, 18 October 2014

HOT NEWS : AKIBAT FITNAH, WAN AZIZAH TERSUNGKUR DI KAKI FELDA



Felda hari ini menang saman malu atas tuduhan Suara Keadilan. Suara Keadilan pada tahun 2010 yang sebut Felda Bangkrap. Saya terlibat untuk saman itu atas persetujuan Perdana Menteri ketika jaga Felda penggal lepas. Taksiran kerugian sedang dikira & kita saman Wan Azizah dan lain-lain pemilik Suara Keadilan sebanyak rm200 juta. Mereka fitnah kita saman.

Sebelum ini Harakah juga memfitnah Felda jual minyak ke Israel. Kita saman & Felda menang. Dibayar gantirugi rm200 ribu. 2 suratkhabar pemfitnah yang berjaya kita saman - Datuk Ahmad Maslan 


Keratan akbar di atas adalah fitnah yang di siarkan oleh Suara Keadilan terhadap Felda.  Inilah hukuman yang patut di terima oleh kaki-kaki fitnah ini dan penulis mengucapkan tahniah kepada pihak Felda khususnya Datuk Ahmad Maslan yang pada masa itu menjaga Felda kerana tidak membiarkan puak Pakatan Rakyat ini terus  menfitnah Felda dan Kerajaan. 

Wednesday, 6 February 2013

PANAS !! MAZLAN ALIMAN MENIMBULKAN KEMARAHAN PENDUDUK FELDA LAGI !!! PERGADUHAN TERCETUS DI HULU SELANGOR !!



HULU SELANGOR: Kedamaian Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru malam tadi terganggu bila satu kekecohan berlaku di program anjuran PAS Selangor di Dataran Felda Sungai Tengi yang melibatkan penduduk kampung, Unit Amal dan penyokong PAS.

Penduduk membantah kehadiran pemimpin pembangkang, Mazlan Aliman yang dikatakan cuba datang untuk menghasut peneroka membenci kerajaan. Menurut kenyataan salah seorang wakil penduduk, ceramah yang diadakan itu tidak mempunyai permit, malah majlis perhimpunan awam yang melibatkan aktiviti makan malam di situ turut tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Ini membuatkan perhimpunan tersebut melanggar syarat Akta Perhimpunan Awam.


Kain rentang yang mengutuk kehadiran Mazlan Aliman ke Felda Sungai Tengi kelihatan banyak terpasang di tepi-tepi jalan sekitar perkampungan itu menandakan ketidaksenangan hati penduduk bila Mazlan Aliman dijemput berceramah di kawasan Felda mereka.

Manakala hampir 200 orang penduduk berkumpul di laluan masuk utama ke Felda Sungai Tengi bagi menghalang kehadiran Mazlan Aliman. Setiap kereta yang melalui jalan tersebut diperiksa bagi memastikan pengerusi ANAK itu tidak memasuki desa Felda tersebut.

Namun Mazlan Aliman diberitakan hadir di majlis ceramah malam tadi melalui laluan alternatif kira-kira jam 10 malam. Kekecohan mula berlaku bila Mazlan Aliman memulakan ucapan. Unit Amal dan penyokong PAS dikatakan merempuhan penduduk yang berkumpul di tepi dataran sambil melaungkan amaran supaya Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan keluar dari Felda Sungai Tengi.

Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan majlis tersebut disambung dengan tayangan video ceramah. -EH/PjO- ( Putrajaya Online )

APJ : KERANA MAZLAN ALIMAN BEBAL NI , RAKYAT BEGADUH SESAMA SENDIRI !! SIAL PUNYA MANUSIA !!!

Sunday, 16 December 2012

GEMPAQ !!! WARGA FELDA HALAU KEMBARA OREN BEBAL !!! JOM TENGOK !!!



Hebat juga penangan Mazlan Anak Aliman bersama hampir 250 peserta Kembara Oren kena dengan warga Felda Selasih di Besut Terengganu.. Sampaikan 80 kenderaan puak puak pembangkang ni kena undur sebab dihalang oleh penduduk kampung.

Inilah bukti bahawa warga peneroka Felda pun dah meluat dengan fitnah yang direka oleh Mazlan Anak Aliman dengan pembangkang ni..Sebab tu semua penduduk kampung ats semangat sayangkan Felda mereka sanggup menghalang kumpulan Anak ni dari memasuki kampung mereka untuk membuat fitnah..

Saksikan video dibawah


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...