sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 6 February 2013

PANAS !! MAZLAN ALIMAN MENIMBULKAN KEMARAHAN PENDUDUK FELDA LAGI !!! PERGADUHAN TERCETUS DI HULU SELANGOR !!



HULU SELANGOR: Kedamaian Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru malam tadi terganggu bila satu kekecohan berlaku di program anjuran PAS Selangor di Dataran Felda Sungai Tengi yang melibatkan penduduk kampung, Unit Amal dan penyokong PAS.

Penduduk membantah kehadiran pemimpin pembangkang, Mazlan Aliman yang dikatakan cuba datang untuk menghasut peneroka membenci kerajaan. Menurut kenyataan salah seorang wakil penduduk, ceramah yang diadakan itu tidak mempunyai permit, malah majlis perhimpunan awam yang melibatkan aktiviti makan malam di situ turut tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Ini membuatkan perhimpunan tersebut melanggar syarat Akta Perhimpunan Awam.


Kain rentang yang mengutuk kehadiran Mazlan Aliman ke Felda Sungai Tengi kelihatan banyak terpasang di tepi-tepi jalan sekitar perkampungan itu menandakan ketidaksenangan hati penduduk bila Mazlan Aliman dijemput berceramah di kawasan Felda mereka.

Manakala hampir 200 orang penduduk berkumpul di laluan masuk utama ke Felda Sungai Tengi bagi menghalang kehadiran Mazlan Aliman. Setiap kereta yang melalui jalan tersebut diperiksa bagi memastikan pengerusi ANAK itu tidak memasuki desa Felda tersebut.

Namun Mazlan Aliman diberitakan hadir di majlis ceramah malam tadi melalui laluan alternatif kira-kira jam 10 malam. Kekecohan mula berlaku bila Mazlan Aliman memulakan ucapan. Unit Amal dan penyokong PAS dikatakan merempuhan penduduk yang berkumpul di tepi dataran sambil melaungkan amaran supaya Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan keluar dari Felda Sungai Tengi.

Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan majlis tersebut disambung dengan tayangan video ceramah. -EH/PjO- ( Putrajaya Online )

APJ : KERANA MAZLAN ALIMAN BEBAL NI , RAKYAT BEGADUH SESAMA SENDIRI !! SIAL PUNYA MANUSIA !!!

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive