
Jika anda seorang peminat tegar Johan, sudah pasti akan sedia maklum bahawa laman Instagramnya dipenuhi dengan foto bersama isteri dan anaknya.
Bagaimanapun, semalam laman Facebook dipenuhi dengan cerita daripada beberapa blog gosip yang mendakwa kononnya pelawak terkemuka tanah air, Johan Raja Lawak telah tertidur ketika sedang bersolat.
Berasa hairan dengan kisah itu, penulis lantas membaca artikel tersebut yang turut menuduh bahawa isterinya, Ozlyn telah membuka aib Johan apabila sengaja memuat naik foto tersebut di laman Instagram.

Foto yang dimuat naik oleh Ozlyn