sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

OPS TEGUR !! SUDAH 2 TAHUN BERLALU , DI MANA SKUAD BRIGED KESATRIA PEMUDA UMNO YB @khairykj @azwanbro


DIPETIK PADA TAHUN 2011

SHAH ALAM, 5 Jun 2011 - Pergerakan Pemuda Umno bakal melancarkan Briged Kesatria Pemuda Umno dalam masa terdekat untuk menjadi barisan hadapan parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kumpulan khas, yang dahulunya dikenali sebagai 'gerak gempur', ditubuh dan dibentuk semula bagi menjalankan tugas-tugas yang berhubung kait dengan pembabitan Pemuda dalam program utama Umno.

"Briged Kesatria yang akan diketuai oleh saya juga berfungsi menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan untuk menjadi pemimpin pelapis akan datang.

"Ini adalah kumpulan elit yang kita cari di setiap bahagian terutama di bawah umur 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini.

Khairy berkata sebagai permulaan, pihaknya menjangkakan keanggotaan lebih 30,000 orang di seluruh negara dan proses pemilihan akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini.

Anggota Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno yang terpilih akan melalui kursus ala ketenteraan dan bersifat ilmiah bagi membentuk mereka sebagai pemimpin generasi akan datang, katanya.

-- BERNAMA 7 Jun 2011

Saturday, 12 October 2013

HOT PEMILIHAN !!! @khairykj BUANG UNDI !!! @NajibRazak #KJ4KP #TF4MT


Apj dapat info dari Rembau , Penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia, Yb Khairy Jamaluddin telah sampai di Dewan Institud Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong tepat jam 8.50 pagi tadi untuk membuang undi bagi pemilihan Kepimpinan sayap Parti itu pada mesyuarat perwakilan Pergerakkan Pemuda Umno bahagian.

Bagi pemilihan kali ini , Khairy dicabar oleh 3 orang lagi bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Khairy telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau sebelum ini.

Friday, 26 July 2013

TUDIAAA !!! GENDANG PEMILIHAN SUDAH DIPALU !!!

Najib umum tarikh pemilihan Umno




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.


Wednesday, 24 July 2013

PANAS !!! SARANAN PEMUDA UMNO JOHOR JAWATAN KPUM DIPERTANDINGKAN BERSIFAT PERIBADI !! - KP PERLIS !!! @mohsin_yusoff @wan_cikgumuzik @amexleo82

Jangan cabar Ketua Pemuda Umno



Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melahirkan rasa hairan terhadap saranan Pemuda Umno Johor yang mahu jawatan itu dipertandingkan secara terbuka yang seolah-olah lebih bersifat peribadi.

“Saya hairan kenapa jawatan ini nak direbut sedangkan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sekarang seperti memberi tumpuan kepada mesyuarat cawangan dan sayap parti supaya lebih efisien

“Kami Pemuda Perlis menyokong penuh kepimpinan Khairy Jamaluddin,” katanya ringkas sambil enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. sinar 

Apj : kita pertahankan kepimpinan yang baik !! 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...