DIPETIK PADA TAHUN 2011
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kumpulan khas, yang dahulunya dikenali sebagai 'gerak gempur', ditubuh dan dibentuk semula bagi menjalankan tugas-tugas yang berhubung kait dengan pembabitan Pemuda dalam program utama Umno.
"Briged Kesatria yang akan diketuai oleh saya juga berfungsi menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan untuk menjadi pemimpin pelapis akan datang.
"Ini adalah kumpulan elit yang kita cari di setiap bahagian terutama di bawah umur 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini.
Khairy berkata sebagai permulaan, pihaknya menjangkakan keanggotaan lebih 30,000 orang di seluruh negara dan proses pemilihan akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini.
Anggota Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno yang terpilih akan melalui kursus ala ketenteraan dan bersifat ilmiah bagi membentuk mereka sebagai pemimpin generasi akan datang, katanya.
-- BERNAMA 7 Jun 2011
Itu adalah petikan dari artikel bernama 2 tahun lebih yang lalu , namun sehingga sekarang Apj tidak nampak bayangpun skuad Briged Kesatria Pemuda Umno yang dikatakan bakal ditubuhkan 2 tahun lalu.
Bukan niat mncari masalah tetapi kena ingat apa yang kita cakap kita kena buat demi kekuatan Umno . Kita boleh lihat bagaimana Pas menubuhkan Jabatan Amal mereka yang mengawal setiap program mereka, mantap dan jitu terutama ketika pilihanraya !!
Apj ambil contoh semasa PRK Sg Limau baru-baru ini , di setiap PDM jabatan Amal ini menjalankan tugas mereka dengan cemerlang sehinggakan mendatangkan gerun pada pihak lawan. Keselamatan penyokong mereka juga boleh dikatakan terjamin.
Jadi kepada Yb Khairy , buatlah sesungguh hati , jangan nanti orang kata kat kita hangat-hangat tahi ayam saja na !! Pemuda adalah tonggak kekuatan Umno !!
Buat sesuatu agar Pemuda kembali gak di mata rakyat dan penyokong Umno !!! Berani Berubah !!!
No comments:
Post a Comment