
RAKYATNEWS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelarkan keputusan lima panel Hakim Mahkamah Pesekutuan yang menolak permohonannya berkaitan dengan kes liwat yang membabitkan beliau.
Anwar berkata, keputusan tersebut berat sebelah dan hanya bersifat politik untuk mengaibkan beliau selain tidak dibuat berdasarkan undang-undang.
"Keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi terhadap saya dilihat sebagai keterlaluan apabila menerima suatu perkara yang bukan fakta dan undang-undang tetapi lebih bersifat politik.
"Saya agak pelik kerana kesemua panel hakim menggunakan hujah yang pada saya hanya digunakan oleh UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memalukan saya.
Beliau merujuk terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi tadi yang menolak permohonan semakan beliau untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.
Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu.
