sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PMO. Show all posts
Showing posts with label PMO. Show all posts

Friday, 17 January 2014

PANAS !! BLOGGER PMO NAJIB KANGKANG , NAJIB KENA KANGKONG DENGAN PEMBANGKANG !!! @PMOMalaysia @NajibRazak #KANGKUNG


Mulanya aku kurang minat nak tulis pasal cerita kangkung ni kerana aku tahu PM sudah punya BECKUP yang cukup kuat dari jentera berbayar yang diupah oleh PMO di bawah pegawai medianya yang dikatakan hebat itu , dalam kalangan dunia blogger pro BN tahu pegawai medianya antara orang besar dalam kumpulan MYKMU dan sebuah NGO yang mendapat bayaran mewah dari PMO. 

Jadi kami blogger marhaen biarkan sajalah geng Pegawai Media PM ni buat kerja yang hebat menangkis tohmahan pembangkang terhadap PM , kalau kami kacau dikatakan penyibuk pulak tugas geng-geng pegawai media PM nih !! huh 

Wednesday, 8 January 2014

PANAS MELAMPAU !! AWEK CUN PEMANDU PM BAKAL KUBURKAN PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !! @NajibRazak



Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri menamatkan kontrak syarikat perhubungan awam Edelman dengan pihak itu berkuat-kuasa dalam tempoh sebulan bermula semalam berikutan kesilapan memuat naik Tweet yang menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Bekas Perdana Menteri.

Sumber memberitahu Mynewshub, surat mengenai penamatan kontrak berkenaan dikeluarkan PEMANDU berikutan terlalu banyak aduan diterima dari pelbagai pihak yang tidak dapat menerima cara kerja bodoh yang dipertontonkan oleh Edelman.

Edelman adalah syarikat yang mengaku diri mereka sebagai firma perhubungan awam (PR) terbesar di dunia.

Semalam, portal ini menyiarkan berita Twitter rasmi PEMANDU untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nama @etp_roadmap telah tersalah tweet berhubung kedudukan Najib.

Thursday, 2 January 2014

MELAMPAU !!! PM NAJIB DI MALUKAN PEGAWAI SENDIRI !!!! @NajibRazak



Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.

Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib?

Tuesday, 24 December 2013

PANAS !! PEJABAT PERDANA MENTERI GAGAL !! @NajibRazak



Satu persatu persepsi timbul mengenai harga barang dan juga coz sara hidup yang bakal naik tahun hadapan. Ada yang disampaikan adalah benar manakala ada juga yang merupakan propaganda pihak pembangkang. Saya melihat ini menjadikan BN tidak popular dan membuatkan rakyat memberontak. Malah sudah ada desakan dari pihak pihak meminta YAB PM Dato Sri Najib Razak meletakkan jawatan.

Tak nafikan YAB PM Najib Razak sedang melakukan Tranformasi ekonomi untuk negara memandangkan US dan Eropah sudah merudum jatuh ekonomi mereka. Negara ASIA perlu mengambil peluang ini dengan membuat anjakan ekonomi agar kukuh dan menjamin negara serta rakyat untuk 3 tahun akan datang. Ini usaha Najib Razak dalam memastikan negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi.

Masaalah nya sekarang adalah KEGAGALAN Strategi dan juga penerangan dari pihak Pejabat Perdana Menteri. PMO gagal merangka strategi penerangan yang berkesan kepada rakyat malah mereka dilihat tidak mengambil kisah apa yang dibualkan dikalangan rakyat mengenai kos sara hidup.

Friday, 3 May 2013

TUDIAA !! MAKIN TERUK !! ANWAR TUDUH PMO BAWA HANTU PULAK DAH !!!!

Untitled14

Dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim 2 Mei, beliau menuduh PMO membawa pengundi-pengundi hantu untuk mengundi di Semenanjung.

Tuduhan melulu ini sengaja dibuat untuk mencari alasan sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13.

Mula-mula dikatakan 130,000 pengundi diterbangkan ke Semenanjung, kemudian jumlah dikurangkan pula kepada 45,000 orang.

Belum apa-apa lagi, Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini.

Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah, kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.

Penipuan Pakatan Rakyat semakin melampau.

Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada. Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...