
Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Seminar Pena) memulakan siri jelajahnya yang pertama hari ini, bermula di negeri Kedah dan Perlis.
Seminar ini dianjurkan oleh Sekretariat Seminar PENA dengan kerjasama Kementerian Kewangan; Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai Jabatan serta Agensi Kerajaan.
Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang tiga (3) agenda besar ekonomi negara, iaitu:
· Bajet 2014
· Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
· Kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Seminar yang diadakan secara percuma ini memberi fokus kepada beberapa kumpulan sasaran, seperti:
1. Kalangan Politik & Pemimpin Masyarakat
2. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)
3. Agensi kerajaan
4. Kelompok Belia dan Siswa
5. Kelompok Swasta & GLCs
YB Datuk Ahmad Hj Maslan selaku Pengerusi Sekretariat Seminar PENA merupakan peneraju program yang julung kali diadakan ini.
Seminar ini akan diteruskan ke semua negeri di seluruh negara sehingga Februari 2014.
SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL (SEMINAR PENA)
PERINGKAT NEGERI KEDAH DAN PERLIS
TARIKH : KHAMIS, 19 Disember 2013
