sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 19 December 2013

TUDIA !! #SeminarPena: Jelajah #GST Bermula Di Perlis/Kedah @NajibRazak @AhmadMaslan @MukhrizMahathir



Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Seminar Pena) memulakan siri jelajahnya yang pertama hari ini, bermula di negeri Kedah dan Perlis.

Seminar ini dianjurkan oleh Sekretariat Seminar PENA dengan kerjasama Kementerian Kewangan; Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai Jabatan serta Agensi Kerajaan.

Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang tiga (3) agenda besar ekonomi negara, iaitu:

· Bajet 2014
· Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
· Kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Seminar yang diadakan secara percuma ini memberi fokus kepada beberapa kumpulan sasaran, seperti:

1. Kalangan Politik & Pemimpin Masyarakat
2. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)
3. Agensi kerajaan
4. Kelompok Belia dan Siswa
5. Kelompok Swasta & GLCs

YB Datuk Ahmad Hj Maslan selaku Pengerusi Sekretariat Seminar PENA merupakan peneraju program yang julung kali diadakan ini.

Seminar ini akan diteruskan ke semua negeri di seluruh negara sehingga Februari 2014.


SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL (SEMINAR PENA)

PERINGKAT NEGERI KEDAH DAN PERLIS

TARIKH : KHAMIS, 19 Disember 2013

*Seminar Pena Peringkat Negeri Perlis *
*Dewan 2020, Kangar*


8.00-9.00 pagi
Pendaftaran

9.00-10.00 pagi
Kebaikan GST
oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia
dan Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan Malaysia

10.00-11.00 pagi
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
oleh Pengarah Kanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera,
Sdr Norizan Sharif

11.00-12.00 tgh
Bajet 2014
oleh Timbalan Menteri Kewangan
YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan

12.00 tgh
Ucapan Penutup
oleh Menteri Besar Perlis
YAB Tuan Azlan Man

*Seminar Pena Peringkat Negeri Kedah*
*Dewan Wawasan, Jitra*


12.30 tgh
Pendaftaran

2.00-3.00 ptg
Kebaikan GST
oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia
dan Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan Malaysia

3.00 – 4.00 ptg
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
oleh Pengarah Kanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera,
Sdr Norizan Sharif

4.00 – 5.00 ptg
Bajet 2014
oleh Timbalan Menteri Kewangan
YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan

5.00 ptg
Ucapan Penutup
oleh Menteri Besar Kedah
YAB Dato’ Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir


Telefon: 03-4048 2662/ 2657
e-mail: seminarpena@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/seminarPENA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive