Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis tidak mempunyai sebarang unsur perkauman dan tidak mensasarkan kaum India sahaja, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, cakap-cakap orang ramai yang mendakwa hanya satu kaum disasarkan adalah tidak benar dan merupakan "komen-komen nakal yang tidak sepatutnya dibuat".