sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 15 September 2013

OPS CANTAS !! KAUM MELAYU PALING RAMAI DITANGKAP !!! RASISKAH ITU ??



Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis tidak mempunyai sebarang unsur perkauman dan tidak mensasarkan kaum India sahaja, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, cakap-cakap orang ramai yang mendakwa hanya satu kaum disasarkan adalah tidak benar dan merupakan "komen-komen nakal yang tidak sepatutnya dibuat".

"Tangkapan yang paling ramai adalah terhadap orang Melayu.

"Kita tangkap lebih kurang 15,000 orang Melayu berbanding hanya lebih 3,000 lebih orang India. Lebih 15,000 orang Melayu ditangkap, itu rasiskah?" katanya dalam sidang media hari ini.

Bercakap lebih lanjut, Khalid berkata polis sehingga kini telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 130 orang yang akan didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966 manakala 56 orang lagi akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 susulan Ops Cantas.

Ops Cantas bermula pada 17 Ogos lalu untuk membanteras jenayah gangster dan masih lagi berterusan sehingga hari ini

Apj : maka terjawablah tuduhan sesetengah kaum lain yang menyatakan bahawa op cantas ni hanya ditujukan pada setengah kaum saja adalah tidak betul .

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive