sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SULTAN. Show all posts
Showing posts with label SULTAN. Show all posts

Friday, 31 May 2013

DAULAT TUANKU : YDP AGUNG DAN PERMAISURI DI MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPERNA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda di Masjid Negara, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad diadakan selepas solat Maghrib.

Kira-kira 2,500 umat Islam membanjiri perkarangan masjid yang terletak di tengah ibu kota itu sejak 6.30 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Orang kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan wakil kedutaan asing.

Tuanku Abdul Halim, 85, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, ditabalkan pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka Baginda pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970 ketika berusia 42 tahun. - Bernama 

DAULAT TUANKU 

Thursday, 27 December 2012

HUKUM DAP HINA RAJA MELAYU !!!


Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.



Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

MEDAN TEMPUR KEDAH 

Sunday, 16 December 2012

HOT NEWS : KEDAH MARA KE FINAL !!!



KUALA TERENGGANU - Kedah melangkah ke final Kejohanan Bolasepak Piala Emas Raja-Raja menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas seri 1-1 dengan Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi.

Pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar pada 5 Dis lalu, kedua-dua seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun, beraksi di hadapan hampir 6,000 penyokong, Terengganu bermula dengan begitu bersemangat untuk mendahului 1-0 pada minit ke-16 menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Nurul Aliff Zainal Abidin.

Namun, Kedah bangkit semula pada babak kedua dengan mengatur gerakan kemas serta melakukan serangan bertali arus.

Usaha Kedah itu berbaloi apabila Hattapon al/ Bun An menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85, sekali gus memastikan pasukan itu mara ke pentas
final tahun ini dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan. - Bernama

Wednesday, 12 December 2012

AL-FATIHAH !!PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA MENINGGAL


Dulu waktu kecik kecik orang ini lah yang menceriakan semua kanak kanak termasuk aku semasa mengumumkan tarikh bermulanya puasa dan hari raya..


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

SUMBER : MTK

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...