sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 31 May 2013

DAULAT TUANKU : YDP AGUNG DAN PERMAISURI DI MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPERNA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda di Masjid Negara, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad diadakan selepas solat Maghrib.

Kira-kira 2,500 umat Islam membanjiri perkarangan masjid yang terletak di tengah ibu kota itu sejak 6.30 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Orang kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan wakil kedutaan asing.

Tuanku Abdul Halim, 85, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, ditabalkan pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka Baginda pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970 ketika berusia 42 tahun. - Bernama 

DAULAT TUANKU 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive