sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TENTERA TERBUNUH. Show all posts
Showing posts with label TENTERA TERBUNUH. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

UPDATE OP DAULAT : PENGGANAS YANG MENEMBAK PEJUANG NEGARA KOPERAL AHMAD HURAIRAH TURUT TERBUNUH !! #Pray4Sabah


Pihak keselamatan Negara menemui 2 lagi mayat pengganas Sulu di Sungai Nyamuk tempat di mana pejuang negara Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah terkorban. 

Pihak berkuasa menemui pistol dan selaras senapang penembak tepat yang dipercayai digunakan untuk menembak Koperal Ahmad Hurairah Ismail.

APJ : HAPUSKAN PENGGANAS HINGGA KE AKAR UMBI !!!


Ahmad Hurairah, 24, terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan militan di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, Sabah semalam manakala Ahmad Farhan, 21, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Jenazah Ahmad Hurairah tiba di rumah keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang turut sembahyang jenazah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Suasana agak hiba seketika apabila Zulkifli menyerahkan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 54, sebaik selesai majlis pengebumian itu.

Tuesday, 12 March 2013

UPDATE OP DAULAT : GUGURNYA PEJUANG PREBET AHMAD HURAIRA ISMAIL SEBENTAR TADI !! AL-FATIHAH #Pray4Sabah



Takziah buat Keluarga 1163468 Pbt Mohd Hurairah . Kami kehilangan seorang lagi perwira tanah air . Semoga pejuang tanah air kita ini berada dalam kalangan orang yang beriman dan yang beramal soleh . Amin .
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi dan minta juga kepada penggiat Media Sosial tak perlulah Update Gambar yang Terkorban itu. Hormatilah perasaan Keluarga Mereka.

Beri Masa Anda dalam 3 Minit. Mari Kita Sama-Sama Membacakan Al-Fatehah dan Menyedekahkan Kepada Anggota Keselamatan Kita Yang Telah Terkorban Semasa Op Daulat . Hari ini seorang lagi anggota keselamatan kita terkorban .


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...