sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ULAMA PONDOK. Show all posts
Showing posts with label ULAMA PONDOK. Show all posts

Friday, 19 April 2013

TUDIAA !! RAMAI ULAMA TERPIKAT KERANA TRANSFORMASI NAJIB MEMARTABATKAN ISLAM #TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13 #PRU13 #BNBagus

Transformasi hebat UMNO perjuang Islam pikat ulama

Selama ini PAS bangga kerana mendapat sokongan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama.

BN kelihatan lebih terkehadapan dalam mengangkat martabat Ulama.Transformasi Najib Razak membawa Islam lebih tinggi dan terpuji.

APJ turut berbangga kini barisan ULAMA telah bersama Barisan Nasional dalam memartabatkan Islam di Malaysia. Satu transformasi yang amat baik oleh Najib Razak.

lagi cerita pasal ULAMA anda boleh ke SINI , SANA , SITU 

TAHNIAH ULAMA KERANA BERUBAH ATAS DASAR PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA


Wednesday, 10 April 2013

PANAS !! NIK AZIZ YANG SESAT LAGI MENYESATKAN !!! #TukarKelantan #TolakPR #GE13 #PRU13 #GelombangMerak #BoLaWeii


Selain berkeras mempertahankan kenyataan beliau bahawa solat orang UMNO tidak dapat pahala, Nik Aziz menambah lagi dengan kenyataan gila beliau bahawa “sekiranya Nabi Muhammad SAW masih hidup, UMNO juga akan menentang baginda Rasulullah.”



Kata-kata Nik Aziz seperti di bawah inilah yang telah membuat ulama-ulama semakin menjauhkan diri dari PAS..

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.

Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

JOM SAMBUNG BACA KAT BLOG PISAU PULAK

Tuesday, 9 April 2013

TUDIA !!! HIMPUNAN ULAMA-ULAMA PONDOK UMUM UNDI PAS DAN PKR ADALAH HARAM !!! PEHHH !!!! #TolakPR



GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

“Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa’amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

“Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).

“Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam,” kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.

“Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. – BERNAMA


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...