
Pemuda Umno Malaysia hari ini menyokong penuh tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen membatalkan pasport Alvin dan Ali Abdul Jalil, berkuat kuasa semalam.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, PPUM mendesak di atas kedegilan mereka tidak mahu pulang untuk berhadapan dengan perundangan Negara, agar tindakan lebih drastik diambil oleh pihak Peguam Negara supaya tindakan mahkamah untuk melucutkan kewarganegaraan mereka dibuat.
"Mereka tiada lagi hormat kepada prinsip Rukun Negara dan Malaysia tidak perlu mempunyai warganegara seperti mereka lagi," katanya selepas mempengerusikan sesi dialog Program Pertukaran Belia Malaysia-China 2014.
.jpg)
Semalam Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil disenarai hitam dan ditarik balik berkuat kuasa serta merta.
