sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 10 December 2014

Lucut Kewarganegaraan Alvin Dan Ali - PPUM @azwanbro



Pemuda Umno Malaysia hari ini menyokong penuh tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen membatalkan pasport Alvin dan Ali Abdul Jalil, berkuat kuasa semalam.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, PPUM mendesak di atas kedegilan mereka tidak mahu pulang untuk berhadapan dengan perundangan Negara, agar tindakan lebih drastik diambil oleh pihak Peguam Negara supaya tindakan mahkamah untuk melucutkan kewarganegaraan mereka dibuat. 


"Mereka tiada lagi hormat kepada prinsip Rukun Negara dan Malaysia tidak perlu mempunyai warganegara seperti mereka lagi," katanya selepas mempengerusikan sesi dialog Program Pertukaran Belia Malaysia-China 2014.



Semalam Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil disenarai hitam dan ditarik balik berkuat kuasa serta merta.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim, yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media semalam, berkata surat makluman rasmi akan dihantar ke alamat terakhir mereka di Malaysia selain mewartakan penarikan balik pasport itu di akhbar-akhbar tempatan.

Beliau menjelaskan tindakan Tan dan Ali telah menyebabkan ketidakselesaan dari segi keselamatan di kalangan rakyat Malaysia.

"Tindakan ini (penarikan pasport) satu amaran kepada semua bahawa jabatan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang menghina mahkamah, Islam dan Raja-raja. Tindakan ini bukan hanya pada Tan dan Ali tetapi kepada semua," katanya.

Penarikan pasport Tan dan Ali merupakan kes pertama dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia.

Alvin Tan atau nama sebenarnya, Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Pada 18 Julai 2013, Tan dan teman wanitanya, Vivian Lee, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook.

Susulan itu, pada 22 Ogos lepas, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap selepas Tan gagal hadir bagi sebutan kesnya.

Tan baru-baru ini dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran daripada mana-mana pihak.

Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

1 comment:

Anonymous said...

Dasar si PENGEPIT-BETINA-LIBERAL dlm. PEMUDA UMNO - memang jenis BANGANG!

Aku tak SETUJU KDN punya kuasa besar mcm. ni! Bayangkanlah kalau si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM memerintah! NA‘UZUBILLAHI MIN ZALIK!

Dan sekarang INTERPOL yg. diKUASAI si Barat-ZIONIS sewenangnya nak MELABEL umat Islam yg. anti-Barat/Zionis-ISrael sbg. 'pengganas' dan cuba MENGHASUT seluruh dunia tunduk kpd. SATU (NWO) sistem menghapus jenayah supaya senang mereka nak kawal tentangan Dunia Islam kpd. Barat-Zionis; termasuk dgn. menghalang org. yg. disyaki (belum dihukum sbg. bersalah) utk. menaiki kapalterbang - termasuk di AiraSIAL. Dan aku syaki MASPENGKHIANAT pun akan ikut - apalagi dikuasai OMPUTIH!

Sepatutnya Kesultanan Islam/Melayu/YDPA, melalui Majlis Raja-Raja dikembalikan KUASA EKSEKUTIF memberikan KERAKYATAN; yg. mana kuasa ini telah diRAMPAS sewenangnya oleh PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT. Maka, ini akan menentukan mana-mana PARTI POLITIK yg. menjadi K'jaan tidak boleh menghapuskan kerakyatan sesuka hati.

Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mahmad Naser Disa dari Yayasan Murni Aqidah – di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

Nenek TUA Sambal Petai.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive